Melihat cara Hafiy Altamis Haniffa menguruskan adik kecil nya  dan kerja rumah tanpa rasa kekok membuatkan ramai kagum.

Tidak dinafikan, setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam didik anak-anak. Demikian juga cara yang dipraktikkan  pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, bagi memastikan anak sulungnya ini mampu melakukan kerja rumah termasuk memasak.

“Tak Kekok Pun, Pandai Urus Adik & Kerja Rumah.” Umur 11 tahun Bantu Uruskan Adik Baru Lahir, Masak & Jaga Ibu Berpantang!

Tular video di tiktok yang mana Hafiy bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang. Kebolehannya kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu membuatkan ramai melahirkan rasa kagum dan memuji kerajinannya menguruskan rumah walaupun masih kecil.

@geehan09 #anaksoleh #anaksolehamin #berpantang #berpantanglepasbersalin #berpantangsendiri #fypシ #fyp #foryou #fypシ゚viral @hanifjhon888 ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@geehan09 #anaksoleh #anakbaik #anakrajin #budakbaik #fyp #foryou #fypシ゚viral #tiktokmalaysia @hanifjhon888 ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

@geehan09 #anaksoleh #anakbaik #adikberadik #adikberadikduniaahirat #fyp #fypシ゚viral #foryou @hanifjhon888 ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@geehan09 #anaksoleh #anakbaik #budakbaik #adikberadikduniaahirat #fyp #fypage #fypシ゚viral @hanifjhon888 ♬ bunyi asal – Geehan ❤️

@geehan09 #anaksoleh #anakbaik #budakrajin #budakbaik #fyp #for #foryou #tiktokmalaysia @hanifjhon888 ♬ bunyi asal – Geehan ❤️

Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.

“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.

“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.

IKLAN

“Tak Kekok Pun, Pandai Urus Adik & Kerja Rumah.” Umur 11 tahun Bantu Uruskan Adik Baru Lahir, Masak & Jaga Ibu Berpantang!“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya. Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.

“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.

“Tak Kekok Pun, Pandai Urus Adik & Kerja Rumah.” Umur 11 tahun Bantu Uruskan Adik Baru Lahir, Masak & Jaga Ibu Berpantang!Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.

“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.

“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.

“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.

“Tak Kekok Pun, Pandai Urus Adik & Kerja Rumah.” Umur 11 tahun Bantu Uruskan Adik Baru Lahir, Masak & Jaga Ibu Berpantang!Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.

“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.

IKLAN

“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.

“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun. Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.

“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.

“Tak Kekok Pun, Pandai Urus Adik & Kerja Rumah.” Umur 11 tahun Bantu Uruskan Adik Baru Lahir, Masak & Jaga Ibu Berpantang!Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.

“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.

Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.

@geehan09 #anaksoleh #anakbaik #budakbaik #budakrajin #penyanyang #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #foryou @hanifjhon888 ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Sumber: mStar & Tiktok Geehan 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI