Tidak dinafikan merokok dikaitkan masalah paru-paru, namun masih ramai yang tidak mampu berhenti dan ketagih dengan rokok.
Malah penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah sekarang ini memang amat membimbangkan.
Ikuti pendedahan oleh Dr Hana Hadzrami mengenai kesan rokok vape kepada remaja.
Saya pernah dapat pesakit muda, baru 18 tahun yang datang ke hospital tiba-tiba dada ketat tak boleh bernafas. Tak lama lepas tu dia pengsan jantung berhenti.
Rupa-rupanya dia ada spontaneous pneumothorax yang terlalu kembang sehingga menjadi tension pneumothorax. Selepas CPR dan ditebuk dada untuk masuk tiub (chest tube) barulah jantungnya boleh mengepam darah semula.
Ingatkan baru balik menyelam ke apa. Rupanya baru mencuba rokok elektronik (e-cigarette) jenis vape sejak 7-8 bulan lepas.
Dia bukan satu-satunya pesakit yang paru-paru bocor. Ada beberapa lagi. Semua muda belaka.
Ads
Rokok elektronik ni walau tanpa nikotin, vapor atau wapnya boleh mengikis lapisan perlindungan paru-paru. Jadi sel paru-paru tak mampu melawan kuman, mudah rosak dan menipis. Akhirnya lapisan paru-paru boleh bocor. Itu baru tanpa nikotin. Kalau campur nikotin atau ganja lebih teruk lagi.
Pesakit sebegini perlukan pembedahan besar untuk membuang lapisan paru-paru yang rosak. Jika tiada pakar bedah thorasik, maka dia perlu menggunakan tiub paru-paru (chest tube) selama hampir seminggu.
Ads
Rokok elektronik hanya kurang sedikit bahayanya berbanding rokok. Namun tak bermakna ia selamat. Jika pesakit saya nak berhenti merokok, saya takkan nasihatkan dia mencuba rokok elektronik. Ia ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
Lagipun kalau guna vape bernikotin, sama saja dengan rokok. Pi mai pi mai tang tu jugak.
Nak berhenti rokok, berhenti je. Toksah konar sana konar sini guna rokok elektronik. Hasilnya tak boleh berhenti vape atau kembali ke rokok semula. Mudharatnya sama, penyakitnya sama, dosa pun sama. Ada cara lain lebih sihat dan berkesan untuk berhenti.
Hana Hadzrami
Bersedia nak terima pesakit kanak-kanak pula dengan paru-paru rosak akibat vape.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiba-tiba perwatakan anak berubah? Bila dilihat semula, anak seperti meniru watak kartun yang ditontonnya. Sejauh manakah kartun yang anak tengok memberi kesan terhadap perwatakan serta emosi anak-anak?
Menurut perkongsian dari Developmental Psychologist, Pn Pija Ramli menonton kartun pada dasarnya adalah untuk mendapatkan input sensori anak tetapi jangan sampai salah pilih kartun.
Matlamat anak tengok cerita kartun adalah untuk mendapatkan input sensori seperti penglihatan, pendengaran, gambar dan grafik yang cantik serta bunyi-bunyian yang pelbagai dan seronok.
Satu lagi anak tengok kartun biasanya sebab suka dengan emosi dalam kartun tersebut. Ada lari-lari dan rasa teruja selain mempelajari perkara baru seperti kosa kata baru dan sebagainya.
Pun begitu ada kartun-kartun yang kurang sesuai untuk anak. Antaranya adalah Huggy Wuggy, Shinchan dan Pingu.
Kartun Shinchan ini sebenarnya memberi pengaruh yang tidak baik dimana memperlihatkan tingkah laku seksual yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Selain itu siri kartun Pingu juga dirasakan kurang sesuai untuk kanak-kanak kerana siri kartun ini tidak bercakap dan ini kurang bagus terutamanya pada kanak-kanak peringkat awal untuk mengembangkan komunikasi mereka.
Huggy Wuggy pula dilihat sebagai siri kartun yang menyeramkan dan keadaan ini boleh mengganggu emosi dan perkembangan kanak-kanak untuk membesar.
Ciri-ciri kartun yang menyebabkan tidak sesuai untuk kanak-kanak
1. Tingkah laku agresif
Tak semestinya memukul sahaja tetapi mengejek, membuli dan memulau dan ini banyak berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Ada adegan sebegini tidak bagus untuk anak.
2. Penggunaan bahasa negatif/kesat
Tidak hanya kata-kata kurang sesuai bahkan kartun yang tidak bercakap juga perlu dielakkan. Kartun biasanya dilihat oleh kanak-kanak Bawah 2-3 tahun dan para peringkat ini kanak-kanak perlu berkomunikasi untuk mengembangkan kemahiran percakapan mereka.
Bila mendengar bahasa pelik dan tidak bermakna ini tidak membantu kosa kata anak-anak malah mengelirukan anak-anak.
Impak emosi negatif pada anak
“Tengok saja bukan nak tiru”. Itu mungkin kata-kata sesetengah ibu bapa tetapi ini anda perlu tahu kesannya kepada anak selepas menonton.
1. Kurang empati dan simpati
Pendedahan berterusan boleh mengurangkan sensitiviti anak. Anak jadi kurang kasihan pada orang sekeliling.
2. Takut atau bimbang keterlaluan
Boleh jadi gangguan kepada tidur anak dan terbawa-bawa dalam mimpi.
3. Kawalan kendiri yang lemah
Anak tak dapat bezakan baik dan buruk, samada bahaya atau tidak dan ini salah satu tingkah laku impulsif kesan daripada kawalan diri yang lemah.
Bagi mengurangkan anak menonton, gunakan konsep cegah dan bimbing anak baik sebelum atau ketika menonton. Jika boleh tonton sekali bersama anak supaya dapat menapis adegan yang kurang sesuai.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Dulu, dapur berfungsi hanya sebagai tempat untuk memasak atau menyediakan hidangan. Namun kini , fungsi itu pun semakin luas apabila dapur bukan sahaja untuk memasak tetapi sebagai ruang terapi dan mengeratkan hubungan keluarga.
Ruang dapur yang kemas, bersih dan cantik pastinya menjadi idaman buat setiap wanita. Bukan sahaja dapat memasak dengan tenang tapi penuh stail!
Maklumlah, bila tempat memasak hari-hari pun tak rasa boring. Sudah tentu kita masak dalam keadaan mood gembira.
Jika dapur bersepah, nak masuk pun berserabut. Seperti wanita ini, Puan RasBie Ibrahim, dapurnya kelihatan begitu tersusun susun aturnya.
Ruang memasak kemas dengan bahan-bahan masak di letak berhampiran dengan pelekat nama bahan masakan. Juga rak terbuka untuk ruang menyimpan perkakasan memasak yang diletakkan dengan kemas. Memang praktikal.
Bahkan ruang dalam peti ais sungguh menakjubkan! Buka aje peti ais kelihatan semua barang memasak seperti sayur, barang basah termasuk buah-buahan di simpan dalam bekas serta pelekat. Kagum melihat peti ais yang penuh dan tersusun kemas seperti ini.
Jom kita lihat cara beliau susun atur bahan-bahan masakan, barangkali boleh menjadi pencetus idea untuk kita kemas dapur minggu ni!
SUSUN ATUR PETI AIS YANG KEMAS!
Setiap barang di dalam peti ais ditampal pelekat nama setiap bahan.
Bahan-bahan masakan seperti sayur disimpan dalam bekas telus pandang.
Turut ditampal pelekat. Kemas dan teratur.
RUANG DAPUR
Ruang dapur dengan tema putih menjadikan ruang kelihatan lebih luas.
Menarik! Semoga menjadi inpirasi untuk kita menghiasa dapur dengan lebih cantik dan kemas.
Sumber: RasBie Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika sudah bertahun-tahun melalui keadaan ini ada baiknya semak diri sendiri dan bukan menunding jari meletakkan kesalahan di bahu pasangan.
Pakar motivasi keluarga menyarankan lima perkara ini untuk memperoleh rumah tangga bahagia hingga akhir usia. Persoalannya adakah anda telah melakukannya.
Serasi dalam komunikasi
Berkomunikasilah dengan pasangan. Mungkin ia tidak mudah untuk dilakukan. Namun tanpa disedari, banyak masalah besar dalam rumah tangga muncul daripada hal yang paling mudah ini.
Silap pilih waktu untuk berbincang, silap penggunaan bahasa dan kata-kata yang tidak sesuai boleh menyebabkan timbulnya salah faham Kunci utama agar serasi dalam komunikasi tentu sama-sama memahami akan perbezaan antara suami dan isteri.
Kepercayaan pada pasangan
Salah satu tip untuk membina kepercayaan terhadap pasangan adalah saling berlaku jujur. Kejujuran terhadap pasangan, maka sikap saling percaya-mempercayai akan wujud dengan mudah.
Namun, ada juga pasangan suami mahupun isteri yang sukar untuk mempercayai pasangannya, bahkan memiliki tahap kecurigaan terlalu tinggi dan sering berprasangka buruk pada pasangannya.
Untuk membina rasa percaya, suami dan iosteri harus bertoleransi dan saling mengingatkan, bersifat terbuka adalah penting.
Berasa cukup dengan rezeki yang Allah beri
Wang memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan wang. Ini masalah klasik dalam rumah tangga.Banyak yang berakhir dengan perceraian hanya disebabkan oleh masalah wang.
Justeru, sebagai rahsianya adalah selalu bersyukur, saling menerima dan berasa cukup. Walau apapun keadaan keluarga anda hari ini tetap bersyukur, tetap tersenyum dalam menjalani hari-hari. Hindari mengeluh dan sering melihat mereka yang kurang beruntung daripada kita.
Usah ukur kebahagiaan dengan berapa banyak harta yang dimiliki. Setiap individu mempunyai rezeki masing-masing. Ada dikurniakan kesenangan dari segi wang ringgit. Ada pula dikurniakan rezeki dalam bentuk zuriat. Jadi kunci katanya, bersyukurlah.
Belajar bertoleransi
Perkahwinan yang dibina telah menyatukan dua orang berbeza kelamin, latar belakang keluarga, cara berfikir dan memiliki nilai-nilai yang berbeza – nilai-nilai dalam hidup, dalam rumah tangga, dalam mendidik dan mengasuh anak, dalam pendidikan anak dan sebagainya. Jadi, belajar untuk hidup bertoleransi dan berbincang dalam membuat sebarang keputusan dalam rumahtangga.
Cinta pada keluarga
Meskipun sudah menikah maka tetaplah berbakti dan membahagiakan keluarga. Baik keluarga suami mahupun isteri. Insya-Allah keberkatan akan membuat rumah tangga menjadi bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.