Pengguna lebuh raya akan menikmati kadar tol percuma selama dua hari bermula Jumaat ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian kadar tol itu melibatkan semua konsesi lebuh raya di seluruh negara membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM40 juta.
“Ini merupakan inisiatif Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam perbincangan bersama pihak konsesi dan bersetuju supaya ditiadakan tol bagi tarikh tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ads
Menurut Anwar, keputusan itu memudahkan perjalanan rakyat untuk bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
“Cuma nasihat kita seperti biasa, jaga keselamatan di jalan raya, patuh peraturan dan elakkan peningkatan jumlah kemalangan,” katanya.
Ads
Sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka berada di atas lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti itu yang bermula hujung minggu ini.
Dalam memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna pada tahap tertinggi sepanjang tempoh berkenaan, Alexander dilapor berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil beberapa inisiatif antaranya mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Terlalu lama rasanya kita seisi keluarga tidak berpeluang untuk bercuti bersama-sama. Anak-anak pula tidak dinafikan asyik sahaja bertanya, bila masanya mereka boleh dibawa berjalan-jalan untuk melakukan aktiviti menyeronokkan dan sekali gus memanfaatkan musim cutil sekolah kali ini.
Memandangkan anak-anak sudah berasa ‘puas’ duduk di rumah, saban hari melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti menonton tv, bermain games, atau mungkin sekali sekala di hujung minggu berkhemah di laman rumah. Jadi apa kata kali ini kita bawa anak-anak meneroka ke destinasi mengujakan tanpa perlu pergi jauh dan yang penting dapat jimat bajet!
Caranya bagaimana?
Mudah sahaja sebab ada Klook, di sini anda akan dapat tawaran harga lebih murah berbanding membeli tiket di kaunter, tidak perlu beratur panjang dan semuanya di hujung jari.
Jadi tunggu apa lagi, jom bawa keluarga anda bercuti dan di sini dikongsikan beberapa aktiviti menarik lagi berbaloi untuk anda sekeluarga lakukan bersama;
Membawa anak-anak menerokai lebih 20,000 hidupan laut, 250 spesis berbeza dari dalam dan luar negara, sekali gus anak-anak dapat mempelajari kepentingan pemuliharaan hidupan laut. Menarik juga bila ke sini, anda sekeluarga dapat melihat dengan lebih dekat ikan jerung bila melalui terowong bawah air sepanjang 90 meter. Boleh melihat Sand-Tiger Sharks, Green Sea Turtles dan Red-Bellied Pranhas. Pengalaman ini sungguh menakjubkan! Pastinya menjadi antara pengalaman menarik yang tidak akan dilupakan.
Waktu operasi:
Di buka Setiap Hari : 10.00am-8.00pm (Kemasukan Akhir : 7.00pm)
Untuk mendapatkan tiket, anda tidak perlu beratur panjang boleh beli tiket di Klook. Ianya lebih mudah dan jimat hingga 20% daripada harga di kaunter. Memang Wow!
Zoo Negara antara lokasi wajib pergi bersama anak-anak. Berkunjung di sini kita akan dapat memerhati haiwan-haiwan seperti gajah, singa, harimau dan pelbagai haiwan lain hidup di habitan semulajadi. Malah sebenarnya terdapat lebih 5000 spesis haiwan mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan ada di Zoo Negara ini. Berkunjung di Zoo Negara pastikan anda sekeluarga jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan melihat aksi comel beruang panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari 9am-5pm
Jadi usah tunggu lagi, segera tempah tiket secara online dengan tawaran harga yang cukup berbaloi hingga potongan harga 13% dengan klik di Klook.
Jangan lupa untuk menyenaraikan Sunway Lagoon sebagai antara destinasi percutian anda sekeluarga. Bila berkunjung di sini, anda boleh habiskan masa seharian bersama-sama untuk menjelajah di 6 zon; iaitu Nickelodeon, Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Wildlife Park, dan Extreme Park.
Waktu operasi :
Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa pada jam 10.00am-6.00pm
Jadi pastikan anda membuat tempahan awal mengikut tarikh yang dirancang dengan hanya tempah di Klook dan berpelung menikmati diskaun 7% .
Tidak usah pening kepala memikirkan destinasi pelancongan untuk keluarga dan anak-anak. Jom rasai pengalaman liburan yang meriangkan di taman tema Legoland. Bukan sahaja anak-anak akan teruja bermain dengan pelbagai jenis permainan, malah orang dewasa juga pasti teruja untuk meneruskan pengembaraan di Legoland,Johor.
Waktu beroperasi : Isnin-Ahad (10.00am-5.00pm)
Segera dapatkan tiket online di Klook dan dapatkan tawaran menarik bermula 15 Mac – 3 April ini dengan potongan promosi hingga 45%.
Rugi sekiranya jika anda lepaskan tawaran hebat dan istimewa ini dengan begitu sahaja. Apa yang pasti dengan menggunakan Klook menjanjikan harga tiket yang jauh lebih murah daripada harga yang dijual di kaunter bahkan ianya dijamin. Tanpa ragu-ragu anda boleh terus membuat tempahan lebih awal dan ianya cukup mudah. Semua tersedia untuk anda buat pilihan hanya dengan tawaran harga yang berbaloi.
Promosi ini memang cukup menarik. Pasti anda sekeluarga berpuas hati dengan potongan yang diberikan khusus buat anda yang menggunakan khidmat pembelian dalam talian bersama Klook. Memang Wow!
Jadi pastikan cuti sekolah ini, anda bersama seisi keluarga dapat mengunjungi beberapa taman tema dan aktiviti yang digemari di seluruh Malaysia. Bagaimana caranya, dapatkan sahaja di Klook:
– Jaminan harga terbaik (lebih murah daripada harga di kaunter)
– Tanpa perlu beratur panjang
– Banyak tawaran kombo
Lebih menarik, bermula 22 hingga 27 Mac 2021 ini, Klook akan mengadakan kempen School’s Out JOM CUTI! KLOOK menawarkan sehingga 50% tawaran kilat untuk percutian terpilih. Bahkan bila anda menggunakan kod promo FAMILIKKLOOK15 anda berpeluang mendapatkan tambahan potongan RM15 lagi untuk setiap baucer aktiviti bermula RM80.00 minima.
Tidak lengkap sekiranya bercuti jika tidak menikmati makanan istimewa di hotel-hotel ternama, dan bertambah berbaloi bila ditawarkan dengan potongan harga yang menarik.
Memang Wow setiap promosi yang bakal dinikmati bersama Klook dan caranya juga cukup mudah. Gunakan sahaja kod promosi FAMILIKKLOOK15 dan baucer boleh digunakan sehingga 31 Disember 2021.
Terma dan syarat
*Kod promosi FAMILIKKLOOK15 ini hanya sah untuk pengguna baru Klook dan boleh digunakan hanya sekali sahaja. Kod promosi ini melayakkan pengguna untuk mendapatkan potongan harga RM15.00 untuk pembelian pertama dengan had minima perbelanjaan sebanyak RM80 dalam satu tempahan.
*Bagi menikmati promosi ini, pastikan kod promosi digunakan ketika daftar keluar di halaman pembayaran.
*Kod promosi hanya SAH untuk warganegara Malaysia sahaja.
*Kod promosi ini tidak sah untuk promosi, baucar atau tawaran diskaun yang lain.
*Klook mempunyai hak untuk menolak, membatalkan atau mengubah terma dan syarat promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Untuk maklumat lanjut atau promosi lain yang menarik, boleh layari terus www.klook.com untuk info lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana yang tidak penat menguruskan anak. Terlampau penat malah kadang kala rasa ‘down’ sehingga tidak tahu hendak buat apa.
Namun ia adalah perkara biasa bagi seorang ibu. Ikhlaskanlah hati kerana ada ganjaran besar diakhirat kelak.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, tekanan yang dihadapi ibu saban hari adalah perkara biasa. Namun lakukanlah rutin harian ini agar hidup lebih terkawal malah kepenatan juga seakan tidak dirasakan. Jom cuba!
Ibu penat, letih, lemau, stress dan rasa malas, itu normal.
Ibu tak cukup tidur? Itu selalu. Ibu rasa nak marah? Itu biasa. Ibu rasa tak ada me time? Itu kerap. Ibu rasa buat ker ja semua sendiri?
Ramai rasa macam ni. Cuma tulah, kita siapa nak mengeluh. Penat itu juga makhluk. Allah yang bagi rasa penat, sekelip mata juga Dia boleh hilangkan rasa penat tu.
Saidatina Fatimah rha, puteri kesayangan manusia teragung di dunia Rasulullah SAW, pun ada rasa penat, dan mengadu pada ayahnya. Apatah lagi kita ni, manusia biasa.
Penat itu normal untuk kita seorang manusia. Sebab kita memang tengah usaha sehabis baik buat anak dan keluarga tersayang kan. Cuma, tak boleh selalu dan layan rasa penat tu.
Kata Ustaz Wadi Annuar, sedih sekali sekala, down sekali sekala. Itu biasa. Ketahuilah ketika kita selalu “down”, iman kita mempunyai penyakit.
Saya share tips, untuk taknak rasa penat lama-lama, cuba konsisten buat 3/10 je daripada list ni, dalam seminggu, dan lihat hasilnya dalam kehidupan seharian.
1. Bangun sebelum Subuh, cari masa hanya kita dengan Allah je.
2. Join majlis ilmu agama 30 minit. Offline a tau online.
3. Buat 10 to do list sebelum tidur, apa kita nak buat esok.
4. Baca Quran paling kurang 1 mukasurat.
5. Istighfar 100 kali.
6. Selawat 100 kali.
7. Tasbih Fatimah, baca setiap kali selepas waktu solat dan waktu sebelum tidur.
8. Solat awal waktu, sebaiknya dalam masa 15 minit selepas azan.
9. Keluar lihat alam ciptaan Tuhan 15 minit, sunning dan grounding dengan alam.
10. Tidur sebelum 10 malam.
Boleh pilih 3 sahaja daripada 10 tips ini. Dan konsisten buat paling kurang seminggu. Kesannya ajaib, insyaAllah.
Kerana kita balikkan rasa penat, letih, lemau, stress dan malas tu kepada Allah. Mohon pada dia kuatkan kita selalu untuk menjaga amanah yang Dia berikan pada kita sebagai seorang ibu.
Ramai wanita yang kematian suami tidak mengetahui secara jelas prosedur tuntutan harta pusaka sehingga nasib diri dan anak-anak tidak terbela. Lebih menyedihkan apabila isteri tidak bekerja sehingga mengakibatkan proses tuntutan menjadi lama.
Bagi wanita ketahui hak anda demi anak-anak sebagai waris. Bukan ingin harta semata tetapi sebagai persediaan
Selanjutnya ikuti penjelasan peguam ini menerusi Roslina Sabiyah & Co mengenai hak-hak dan tindakan yang perlu isteri tahu setelah pemergian suami.
Wanita.. ketahuilah hak anda!
Jangan sampai ditendang ke sana sini umpama bola gara-gara tidak tahu prosedur yang betul menuntut harta pusaka suami yang dah meninggal. Jangan sampai maruah anda dipijak hanya kerana anda tak tahu nak membela dan mempertahankan hak anda sendiri!
Saya membelek senarai dokumen yang diserahkan seorang wanita yang baru setahun kematian suami. Saya perasan macam ada sesuatu yang tak kena. “Kamu dah uruskan insurans, akaun bank dan kereta ni semua?”
“Sudah puan.. saya sudah uruskan semuanya. Hampir 10 bulan saya uruskan tapi tak selesai-selesai lagi. Sekarang ini rumah pulak nak kena mohon. Urus pusaka memang macam ni ye puan? Saya dah penat..”
Saya menggeleng.. rasa terkilan sebab masih ramai wanita yang tak dapat maklumat yang lengkap untuk mengurus harta pusaka dengan betul. “Boleh ceritakan apa urusan yang puan dah buat?” Tanya saya sekadar nak tahu sejauhmana laluan ‘berliku’ yang dah dilaluinya..
“Suami ada tinggalkan wang simpanan di bank. Saya pergi ke bank untuk keluarkan duit. Pihak bank suruh saya pergi ke Amanah Raya untuk dapatkan surat Arahan. Saya pergi ke Amanah Raya. Pihak Amanah Raya pula suruh saya ke Mahkamah Syariah untuk mohon sijil faraid. Saya ke Mahkamah Syariah pula untuk mohon sijil faraid. Dah dapat sijil faraid saya hantar ke Amanah Raya. Saya pun dah ke JPJ untuk urusan yang sama. Dalam surat JPJ ada minta beberapa dokumen dan saya pilih untuk uruskan dengan Amanah Raya sahaja”.
Kalau dah berurusan di sana, kenapa baru sekarang puan nak jumpa peguam?
“Sebenarnya saya dah tanya ramai orang..kat mana saya nak uruskan harta pusaka ni. Tapi jawapan mereka berbeza-beza. Ada yang suruh saya ke pejabat tanah. Jadi saya ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah suruh saya buat carian persendirian tanah tu di pejabat tanah negeri pula (sebab hakmilik tanah adalah HS.(D)). Saya dah buat carian dan pergi semula ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah dah bagi saya borang permohonan pusaka..”
Kemudian? Kenapa tak teruskan permohonan? Tanya saya semakin tak sabar..
“Puan.. anak saya masih kecil. Suami cuma tinggalkan rumah ini sahaja untuk saya. Mak ayah mertua dah dapat pampasan insurans suami. Tak ada cara ke macamana saya boleh dapatkan rumah ini untuk saya dan anak? Sebab mak ayah mertua dah pernah bagitau.. rumah yang saya duduk ni atas nama anak mereka… “
Tak sempat habiskan ayat dia dah keluarkan sapu tangan dari dalam beg tangannya. Merambu air matanya. Mungkin dah lama sangat dipendam apa yang terbuku di hati.. usianya masih muda tetapi wajahnya jelas menggambarkan raut keletihan.. saya yang mendengar cerita pun dapat rasakan betapa letihnya dia mengurus semua seorang diri.
“… jadi mereka pun nak tuntut juga hak mereka atas rumah tu. Mak ayah mertua saya bukan orang susah puan. Mereka orang berada. Tapi sejak arwah hidup memang mak ayah mertua dan adik-beradik suami tak suka kami sebab kami bukan orang senang. Dia tak pernah pelawa cucu dia sendiri makan di rumah dia puan. Bila suami meninggal, dia dulu yang tuntut insurans suami. Tak bagi pun kat anak saya. Duit tu saya tak kisah sangat. Saya hanya nak rumah ini sahaja untuk tempat berteduh saya dan anak..”
Baru saya faham kenapa dia tak teruskan permohonan sendiri. Beliau rasa tak selamat untuk teruskan kerana ada isu yang beliau tak tau jalan penyelesaiannya.
Isteri tak tahu prosedur
“Puan tau tak, sebenarnya puan tak perlu pergi semua tempat tu. Jika arwah suami ada tinggalkan rumah atau tanah, puan sebenarnya hanya perlu mohon terus di unit pusaka kecil di pejabat tanah sahaja. Perintah dari pejabat pusaka tu nanti boleh digunakan untuk keluarkan duit di bank dan tukar nama kereta di JPJ dan juga untuk tukar nama pemilik rumah dalam geran. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu mohon faraid pun sebab di pejabat pusaka tu dah ada pegawai yang mahir kirakan faraid”.
Terkejut dia dengar saya bagitau macam tu. “Patutlah saya rasa macam orang bodoh je puan. Tak ada siapa pun yang bagi maklumat macam tu. Suruh ke sana saya ke sana. Suruh ke sini saya ke sini. Kadang rasa macam bola kena tendang ke sana sini. Dahlah keluarga mertua langsung tak ambil kisah.. sekarang apa perlu saya buat puan?“ ada harapan dalam nada suaranya.
“Sebenarnya, urusan pusaka kecil ni puan boleh mohon sendiri. Tapi jika ada isu dengan waris-waris, puan kena lantik pihak ketiga sebagai orang tengah. Ini untuk memastikan, puan mendapat nasihat yang betul dan hak puan serta anak terbela.
Walaupun bahagian puan di atas rumah tu hanya 1/8, puan masih boleh mohon Hak Harta Sepencarian. Bahagian mak ayah mertua akan semakin kecil selepas ditolak dengan bahagian harta sepencarian.
Jika mak ayah mertua masih tak setuju melepaskan hak faraid atas rumah tu, minta bapa mertua tandatangan surat, “saya setuju mengambil duit pampasan ini sebagai bahagian faraid saya dari harta si mati dengan sepenuh kesedaran bahawa tanggungjawab untuk menanggung anak si mati iaitu cucu saya adalah di bawah tanggungjawab saya sebagai datuknya”.
Lepas ni kalau datuk tu senyap dan buat tak tahu pasal cucu tu, puan boleh failkan tuntutan nafkah untuk anak puan di Mahkamah Syariah. Faham?
“Alhamdulillah faham puan. Terima kasih puan. Saya memang tak tau langsung pasal hak saya. Kan bagus kalau ramai wanita yang tau hak mereka. Tak adalah mereka kena lalui apa yang saya dah alami..” ada sinar di matanya. Ada senyum di bibirnya. Alhamdulillah.. lega saya drama air mata kali ini tidak berpanjangan.
Sejenak saya terfikir. Aduhai wanita.. kalau kita sendiri yang tak mempertahankan hak kita siapa lagi?
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.