Setiap kali Fiza Halim berkongsi wajah dua anak daranya, pasti mendapat perhatian. Manakan tidaknya, kedua-duanya memiliki wajah Yang cantik dan lembut, persis ibu mereka.
Tidak hairanlah Ada yang mengusik kononnya ingin menjadi menantu pelakon berkenaan. Menganggap kata-kata tersebut sekadar gurauan, pemilik nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 41 memberitahu belum tiba masanya untuk bercakap soal cinta memandangkan kedua-dua anak gadisnya masih berusia belasan tahun.
“Saya mahu mereka fokus kepada pelajaran dahulu dan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Belum tiba masanya untuk fikir soal cinta.
“Kalau boleh saya tidak mahu mereka ulang kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu.
“Apabila bercakap soal cinta ini, semua ibu bapa semestinya akan bersikap tegas untuk kebaikan anak-anak mereka,” kata Fiza ketika dihubungi mStar.
Bagaimanapun, Fiza sedar suatu hari nanti kedua-dua anaknya iaitu Feera Aryanna, 14, dan Feeya Adyrra, 13, pasti akan bertemu pilihan hati mereka sendiri.
Sebagai ibu, Fiza berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria lelaki yang boleh mendekati anaknya, namun menjadi tanggungjawab buatnya untuk sentiasa memantau pergaulan mereka.
Ads
“Apabila mereka dewasa nanti, mereka akan ada kelompok rakan-rakan tersendiri dan mencari pilihan hati yang serasi dengan mereka.
“Saya tidaklah menetapkan sebarang syarat untuk mendekati anak saya, cuma sebagai ibu saya harus pantau pergaulan anak supaya mereka berkawan dengan orang-orang yang baik,” ujarnya.
Bercakap tentang perjalanan kerjaya, kata Fiza jadual hariannya sangat padat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
“Bukan hanya sibuk dengan penggambaran drama, saya juga terlibat dalam perniagaan hartanah selain membuat review dan menjual produk makanan Batang Buruk Asli.
“Jadual saya memang padat sehingga tak sempat hendak berehat panjang. Rumah pun dah jadi macam hotel yang hanya singgah sekejap untuk tidur dan mandi,” ujarnya.
Ads
Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin. Jodoh tak panjang, mereka kemudiannya bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kemudian bekas anggota kumpulan Elite ini berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama.
Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena.Fiza dan Aizat kemudiannya bercerai pada Julai 2019.
Open wardrobe semakin popular sejak ia mudah diuruskan dan bajet untuk menghasilnya tidak mahal.
Lebih menarik, pakaian digantung di satu tempat dengan ruang yang luas. Ia hanya ditutup dengan kain langsir. Jadi ruang kelihatan kemas.
Konsep ini tidak menggunakan almari yang besar. Ia hanya menggunakan palang atau rod yang panjang digantungkan pada dinding untuk menggantungkan pakaian.
Menarik dengan perkongsian puan Niarsly Hazwan mengunakan konsep open wardrobe. Hanya DIY dengan modal RM250 sahaja beliau dapat jimat beribu ringgit daripada membeli almari bersaiz besar.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Open wardrobe bajet under RM250.
Saya sakit mata tengok baju bersusun banyak camni. Jadi kita letak curtain kat open wardrobe supaya mata tak sakit. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger ja.
Modal murah saja. Bajet tak tinggi plus boleh isi banyak baju berbanding letak almari. Actually saya nak tambah lagi part atas sekali tu nk letak hanging rack tapi tunggu next budget plak la.
Pastu nak letak box kt lantai tu utk simpan barang-barang jarang guna. Tunggu nanti lah dah complete semua saya update lg hihi .
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Gurau senda, usik mengusik antara suami isteri sepatutnya dikekalkan setiap masa kerana dengan adanya usik mengusik dalam rumah tangga boleh menjadi ‘rencah’ dalam rumahtangga untuk kekal bahagia dan romantis.
Beru-baru ini penyanyi Datin Alyah sekali lagi berkongsi momen manis bersama suaminya, Datuk Ramli MS di akaun Tiktoknya dan sekali gus mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya.
Dalam perkongsian tersebut, Alyah telah memuat naik videonya bersama suaminya yang pada awalnya Tok Ram menyangka untuk merakam gambar berdua sebagai kenang-kenangan.
Pun begitu setelah bersedia dihadapan kamera telefon, buat seketika barulah Tok Ram menyedari isterinya bukan merakam gambar tetapi sedang merekod video. Lantas Tok Ram terus kelihatan malu dan berlalu pergi.
“Suami kita ni sejenis tak bole beza video ke gambar. Pernampakan saka dibelakang melompat-lompat,” tulisnya
Tertarik melihat kemesraan dan kelucuan gelagat pasangan suami isteri ini, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.
Bahkan ramai yang turut memuji Tok Ram yang kelihatan tidak garang, kelakar malah sweet apabila bersama isterinya, Alyah
Begitu juga ramai yang memuji betapa Aliyah dan Tok Ram meskipun jarak umur yang jauh namun tetap bahagia dengan cara mereka.
Dek kerana tidak mengikut peraturan sekolah, seorang guru sekolah menggunting rambut pelajar.
Perbuatan tersebut mendapat reaksi ramai. Ada yang mengecam tak kurang yang menyokong.
Bagi yang kurang bersetuju menganggap perbuatan tersebut tidak wajar dan telah melanggar hak peribadi.
Perkongsian guru Mohd Fadli Salleh mengenai isu ini meraih perhatian ramai.
Pasal rambut panjang pelajar, memang dah termaktub dalam buku undang-undang sekolah.
Dah masuk sekolah kerajaan, serba serbi percuma, bil api air pun tak perlu bayar, yuran bulanan tak ada, sumbangan pibg pun tak wajib, ikut je lah peraturan sekolah.
Apa benda anak kau rambut panjang, cikgu yang kena panggil tukang gunting ke sekolah? Kau ingat anak kau siapa? Anak raja?
Gambar sekadar hiasan
Dah tu kau tak reti nak bawa anak ke kedai gunting? Atau kau la panggil tukang gunting datang rumah potong rambut anak kau dah kau spesis manjakan anak sangat.
Analogi mudah. Kau pakai kereta tak patuh undang-undang. Tinted gelap yakmat, sportrim lagi, ubah suai melampau, roadtax pun mati.
Bila kena tahan roadblock JPJ, boleh tak kau suruh pegawai JPJ tu panggil tukang kedai accessories buang balik tinted, tukar balik sport rim, panggil pomen suruh ubah balik kereta tu jadi standard. Boleh ke tak?
Ikut je lah peraturan tu. Dah susah sangat ikut peraturan, kumpul duit banyak-banyak hantar anak sekolah swasta yang bayaran RM60k setahun tu. Sekolah swasta pun masih ada undang-undang okeh.
Or better homeschooling je anak tu jika nak manjakan sangat anak tu. Hah, itu kali semua undang-undang kau yang punya, kau yang reka.
Simple kan?
#MFS
– Tak boleh ikut peraturan, bersedialah untuk dihukum, bukan minta dilayan macam raja.