Benar kata orang, pengalaman hidup yang kita lalui itu boleh dikatakan sebagai guru sejati. Lihat sahaja ibu ini, sering berdepan dengan masalah kesihatan anak hingga diwadkan, sekali gus menjadikan dirinya kini tahu serba sedikit ilmu dan ingin dikongsi bersama agar ibu-ibu yang lain dapat manfaatkannya.
Jom kita semak apa perkongsiannya.
“JANGAN AMBIL MUDAH BILA ANAK BATUK SELSEMA”
Pengalaman yg SANGAT PAHIT tapi PENUH DENGAN PENGAJARAN.. Bermula July 2016, perasaan trauma sering menjengah tiap kali Aafiy mula2 nmpk tanda² batuk or selsema.. Sebabnyaaaa.. Aafiy penah kena RSV Pneumonia & sampai admit PICU.. Lepas pada tu, Aafiy kerap admit bbrp kali sebab post-effect dr RSV Pneumonia (Doktor info mcm tu lah).. Penah jugak kena Adenovirus Pneumonia.. Total bilangan keluar masuk wad sampai sekerap 2minggu atau Sebulan sekali.. Selama 1tahun lebih, separuh daripada usianya dipenuhi dgn memori keluar masuk wad.
Once dh kena pneumonia, paru² akan jadi lebih sensitif & mudah terkena jangkitan.. Masa Aafiy kena tu, dia selsema & batuk tak teruk dengarnya.. bunyi wheezing tapi tak berkahak pun.. Tengok2 je nafas dah laju.. Sebelum tu mmg dh bawak pegi klinik & amek neb.. Doc ckp dh okay sikit tapi esoknya tgk dia nafas laju, mmg terus pegi emergency.. Terus kena admit sebab kadar pernafasan 75/minit.. Tak normal utk bby 6m.. Terlalu laju.. Stay kat RED ZONE.. & tak lama lepas tu admit PICU..
Jadi.. Saya nak share pengalaman & ilmu yg saya belajar sepanjang saya jaga anak kat wad.. Boleh buat rujukan ibu² & saya nasihatkan JANGAN AMBIL MUDAH bila anak batuk selsema lagi² dlm tempoh lama..
APA YANG PERLU IBU BUAT KALAU ANAK BATUK SELSEMA?
Ads
A) MONITOR SETIAP MASA KEADAAN ANAK
1- Jika anak SELSEMA & hidung tersumbat, boleh ke klinik @ farmasi utk dapatkan nasal spray & sedut keluar hingus anak, gune nasal aspirator ye, bkn guna mulut sebab boleh sebabkn infection & kte tak yakin mulut kita betul2 bersih dr sebarang kuman..
2 – Ikhtiar macam² cara utk bantu melegakan batuk & selsema anak.. Mula dari awal anak start batuk selsema.. –Buat chest physio (tepuk percussion).. Waktu pagi sekitar 5-7 pagi paling afdhal. –Sapu minyak or balm yg sesuai.. Sapu kat dada & tapak kaki.. Mcm anak saya guna DIY minyak blend & balm guna ekstrak tumbuhan. –Diffuse bau2an dari ekstrak tumbuhan @ guna air purifier. –utk ibu bf, pastikan jaga pemakanan.. Elakkan dr makanan yg boleh menggalakkan mucus (esp. Dairy product)-boleh rujuk gambar.. –kalau anak dh besar pun sama.. jaga pemakanan jugak..
3- Sentiasa ALERT dengan keadaan anak.. Cek suhu, kira (Respiratory Rate) & tgk keadaan anak sama ade aktif atau tak.. (boleh refer gambar)
TANDA-TANDA YANG PERLUKAN IBU AYAH BAWA ANAK KE HOSPITAL OR KLINIK BERDEKATAN
Ads
-NAFAS LAJU (RR lebih dari normal) @ DADA BERLEKUK (tanda2 awal jangkitan paru2) -anak batuk selsema teruk lebih dari 4hari -anak batuk selsema disusuli dgn demam.. Biasanya demam tu ada kemungkinan boleh jd tanda dlm badan ada jangkitan sama ada virus@kuman.. -anak selsema sampai x nak menyusu lebih dr 6jam (x selesa sebab selsema) ataupun tak nak makan minum. Terutamanya yg menyusu badan. -anak batuk teruk sampai x boleh tido (maksudnya batuk berpanjangan – jangan ambil mudah ye.. Bila anak batuk berterusan, dorg struggle utk bernafas.. Penah jadi 1 kes anak batuk sampai susah nk nafas tiba2 dah biru.. Jgn ambil mudah!) -anak nampak tak bermaya..
Jangan takut nak ke hospital ye kalau nak anak kita betul² sihat.. Doctors know better keadaan anak kita..
ELAKKAN BAWA ANAK KE TEMPAT² AWAM ATAUPUN SESAK (MALL, KENDURI,etc)
➖ Bila anak tak sihat, kebarangkalian untuk berjangkit lebih tinggi ye.. Boleh jadi dia berjangkit pd org lain ataupun dpt jangkitan dari org lain.. Kadang2 kita tak tahu sekeliling kita ni pun ade yg tak sihat @ kuman yg kte taktahu.. Virus & kuman boleh merebak melalui udara. Parents pulak jangan pikir diri sendiri je.. Dah tau anak tak sihat, nak jugak angkut pegi sana sini.. Tolong kesian kt anak ye..
Ads
JAUHKAN ANAK DARI PEROKOK
1- Asap rokok boleh jadi penyebab jahat kuman yg menyebabkan kahak terkumpul dlm badan baby. 2 – Kalau ada visitor yg merokok dtg rumah.. Minta dia hisap rokok kat luar rumah.. Lepas tu jgn bg dia dekat sebab bau rokok tu boleh melekat kt baju, badan lagi2 mulut.. 3- Kalau ade anak2 yg sering sakit, cuba perhatikan sekeliling kita.. Kadang2 org yg terdekat dgn kita pun penyebab baby kita sering sakit. Plus environment yg kurang sihat.. 4- Diffuse bau2an yg bantu utk purify udara dalam rumah..
Last but not least! Bila anak kita sakit@tak sihat, cuba kita muhasabah diri balik.. Mungkin Allah nak uji kita melalui anak.. Time2 mcm ni, banyakkan dekatkan diri dengan Allah & banyakkan berdoa semoga anak kita sentiasa sihat.. Allah nak jentik hati kita dengan macam2 cara..
Semoga ibu2 semua dikurniakan kesabaran & ketabahan yg tinggi dlm membesarkan anak2 & semoga anak2 sentiasa sihat & dilindungi di bwh lembayung rahmatNya.. Aaminn..
Alhamdulillah bila tengok Aafiy sekarang, syukur sgt².. Banyak sgt improvement dari sebelum² ni.. Kalau ada ibu² yg pernah ada pengalaman ataupun sedang lalui mcm saya pernah lalui, yang perlukan sokongan moral & emosi, yg nak share pengalaman, yg nk try apa yg saya ikhtiar utk anak, saya sedia membantu.. Hanya yg pernah lalui je faham apa yg kita rasa.
Siapa sahaja yang tidak sedih malah marah bila terbaca berita berkaitan kes dera kanak-kanak apatah lagi bila dilakukan oleh pengasuh yang berkerja di pusat jagaan kanak-kanak tersebut.
Pastinya setiap ibu ayah mengharapkan anak-anak yang dihantar di pusat jagaan kanak-kanak dapat menggalas tugas menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang dan sebaik mungkin.
Namun tiada siapa dapat membayangkan mereka pula tergamak mendera bayi yang baru berusia 4 bulan hingga koma sebagaimana viral kisah ini dikongsikan di media sosial baru-baru ini. Apalah dosa anak sekecil itu hingga sanggup diperlakukan hingga sedemikian rupa.
Memetik laporan akhbar, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Terengganu apabila seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok.
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Darah Beku Dalam Kepala Bayi
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu.
Baru 3 Hari Daftar Masuk
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Siapa kata hanya rumah yang besar dan mewah sahaja dapat dijelmakan menjadi ruang yang cantik dan selesa kepada penghuninya. Lihat sahaja perkongsian fb daripada Kasih Abadi ini, siapa menduga dekorasi indah kediaman tersebut adalah merupakan sebuah rumah kayu yang dihias sempurna dengan konsep Inggeris.
Ingin mengenali keluarga ini, ayuh baca perkongsian penuh daripada Puan Fazilawati.
“Saya tinggal di sini bersama suami dan 3 orang anak. Rumah yang disewa oleh kami anak beranak ini rupanya diam tak diam, 22 tahun lamanya. Bermula tahun 1997, dari sewa RM180 sebulan hinggalah sekarang menjadi RM500, dari berdua hinggalah berlima, apa yang pasti di sinilah syurga kami anak beranak.”
Nyata rumah kayu yang disewa oleh puan Fazilawati Besah bersama keluarganya ini mampu mencuri tumpuan. Cantik dan rapi terhias indah dengan konsep Inggeris yang ringkas sekali gus memberikan suasana kediaman yang cukup selesa buat lima beranak ini.
Rumah Kampung Dalam Bandar
Kami pilih rumah sewa ni sebab lokasinya cukup strategik, ia terletak di tengah-tengah bandar. Pertama kali masuk rumah ini dulu, apa yang kami ada adalah hanya almari tv dan peti ais sahaja. Kemudian adalah sikit-sikit kelengkapan dapur yang asas.
Keadaan dapur terkini
Ruang tamu pula tiada perabot, maklumlah baru hendak mulakan hiduplah katakan. Perlahan-lahan, saya cuba cantikkan rumah ini. Rail langsir pun saya pasang sendiri, suami pergi kerja, saya memanjat pasang railing. Sebab rumah papan senang la nak pasang. Bila suami balik kerja, tengok rumah sudah dipasang langsir.
Cat pun saya buat sendiri. Jarang minta tolong suami. Bukan sebab apa, saya rasa lebih puas kalau buat sendiri. Rumah ini masa mula-mula masuk warna krim. Lama juga kekal dengan warna itu. Kemudian tukar warna oren dan kuning. Kekal lama juga dan yang terbaru hingga sekarang warna biru muda. Senang cakap dalam hal mengecat, suami sumbang tenaga cat siling rumah sahaja.
Konsep
Menyentuh tentang konsep, ibu kepada tiga orang cahayamata ini diberi kuasa penuh oleh suaminya untuk merencana ruangn kediaman mengikut kreativiti peribadi.
“Menghias rumah ini memang saya yang tentukan. Suami dan anak-anak ok saja. Jiwa saya sukakan yang cantik dan tenang dan ini mempengaruhi gaya dekorasi yang saya terapkan untuk rumah kami.
Tip Rumah Terurus Rapi
Tidak ada apa-apa tip istimewa pun daripada saya, cuma apa-apa pun kalau hendak rumah kita terlihat kemas dan rapi, rahsianya kena rajin. Mungkin satu tip yang boleh saya kongsikan untuk penjagaan rumah papan, kadang-kasang saya akan lap dinding rumah dengan air sabun untuk nampk cat kembali cantik. Umur pun sudah meningkat, tidak larat sangat nak buat tapi masih juga buat perlahan-lahan.
sumber : Kasih Abadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, seharusnya bab mendidik bukan sekadar dilepaskan pada pihak sekolah semata-mata. Di rumah juga patut dititikberatkan. Tak kisahlah sibuk ataupun tidak, bab mendidikk ini memang penting jika mahu anak-anak berjaya.
Bagaiamana kaedah yang dipraktikkan terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Bagi selebriti bernama Afdlin Shauki, dia mahu anaknya kelak tidak sekadar menghafal nama-nama mereka yang terkenal di barat sahaja. sebaliknya, dia mahu anaknya tahu akan nama-nama orang hebat di dalam Islam.
Kerana itu, dia berkongsi 24 nama hebat dalam Islam menerusi laman instagramnya supaya apabila ditanya anaknya kelak dia boleh memberikan jawapan. Memang terbaiklah Afdlin!
“org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? kalau anak tanya, ternganga nak jawab..so simpan nota nih”Ujar Afdlin sambil menerangkan 24 nama tokoh Islam yang perlu diingati.
4 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS). 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.