Orang dulu-dulu selalu pesan dekat anak-anaknya yang masih belajar : ingat jangan termakan semut, nanti jadi pelupa. Umumnya mana ada orang suka-suka makan semut melainkan ada yang termakan dek kerana minum air yang bersemut, atau termakan makanan manis yang telah dihurung semut atau sebagainya.
Memandangkan semut dan gula berpisah tiada, menjadi tugas utama ibu-ibu untuk pastikan bekas gula di dapur bebas daripada dihurung semut. Jadi dengan cara ini kita yakin, air yang kita sediakan untuk anak-anak dan keluarga tidak mengandungi semut.
Namun kadang-kadang pernah juga terjadi, bila kita membancuh air dalam keadaan hendak cepat hingga terlupa menutup rapat penutup gula tersebut. Alih-alih nampak penuh sahaja bekas gula tu dengan semut. Jadi bagaimana caranya? Takkan hendak dibuang gula sebekas, tentu membazir.
Jadi ketahui cara atau petua nak halau semut dengan cara mudah dan pantas sebagaimana yang dilakulan oleh Mem Nazeffa di akaun fbnya.
“Habis semua semut keluar. Mabuk bawang putih. Ni petua gula x disentuh semut.Misi Berjaya. Yeahh”– Mem Nazeffa.
Bahan yang diperlukan:
Bawang putih
Cara Buat :
1. Potong 3 ulas bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dlm bekas gula.
Jadilah bolehlah dicuba.
Selain itu orang dulu-dulu ada juga berpesan kalau hendak elakkan daripada gula dihurung semut lakukan beberapa perkara ini.
1. Ikat bekas gula dengan tali atau kain perca yang direndam dengan minyak masak.
2. Masukkan dua tiga kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula.
3. Letakkan bekas gula di dalam pinggan yang berisi air.
4. Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas gula.
Selain itu, SERBUK KOPI juga boleh dijadikan alternatif cara untuk menghalau semut daripada menghurung gula atau makanan yang manis. Ini kerana serbuk kopi mempunyai bau yang kuat. Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
Jika tidak pun, ibu boleh gunakan DAUN SIRIH dengan menghiris halus beberapa helai daun sirih dan kemudian taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut di masa akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar ibu bapa pastinya mendidikan anak adalah cabaran yang sukar lebih-lebih lagi apabila anak meningkat remaja.
Melalui FB milik Dr Hana Hardzami, beliau berkongsi panduan mendidikan anak remaja oleh ceramah Ustazah Norhafizah Musa & Prof Muhaya.
Perkongsian Panduan Mendidik ANAK REMAJA:
1. Anak-anak adalah CERMIN ibubapa. Jika imej di cermin itu buruk, jangan dipersalahkan atau dipecahkan CERMIN tersebut. Malah ibubapa perlu BERTAUBAT dan MEMPERBAIKI diri sendiri. Ada bahagian kita dalam setiap kepincangan peribadi anak-anak.
2. Untuk merubah tingkah laku negatif kepada positif pada anak-anak, usah diperbesarkan tingkah laku negatif itu, tetapi BERILAH PERHATIAN kepada setiap tingkah laku POSITIF mereka. Carilah walaupun sekecil mana pun.
3. Berilah PUJIAN REALISTIK kepada setiap perkara positif yang anak-anak lakukan. Elakkan memberi pujian kosong atau melampau kerana ianya hanya akan memakan diri sendiri. KEMBALIKAN SETIAP PUJIAN KEPADA TUHAN, supaya anak-anak sedar yang bakat adalah ANUGERAH daripada Tuhan yang Maha Memiliki dan boleh ditarik bila-bila masa.
4. Bantulah anak-anak untuk MENGENALI DIRI MEREKA sendiri. Tumpukan kepada BAKAT dan KELEBIHAN yang mereka miliki. Jangan sampai anak-anak menanti bakat yang bukan-bukan dicungkil oleh orang lain seperti kawan-kawan yang liar. Tunjukkan yang kita menghargai kelebihan anak-anak.
5. Kebanyakan anak remaja cenderung meminati perkara yang ibubapa kurang berkenan. Contohnya budaya K-pop, muzik Rock atau Heavy Metal, anime dan sebagainya. Tidak kira betapa menyirap pun perasaan kita, raikanlah minat anak-anak selagi ianya TIDAK MELAMPAUI BATAS AGAMA.
Memperlekehkan minat mereka hanya mengundang isolasi dan rasa benci serta menyebabkan sukar untuk kita mendekati hati anak-anak. Adalah lebih bijak jika kita lorongkan minat mereka ke arah perkara yang positif tanpa menyinggung perasaan mereka.
Kita sendiri pernah muda suatu masa dulu dan mempunyai minat yang mengarut juga!
6. KENALI dan HARGAI SAHABAT anak-anak. Banyak kelebihannya. Disamping boleh mengenali jenis sahabat yang didampingi anak kita, ianya juga menimbulkan perasaan dihargai pada anak-anak.
7. Akhir sekali, perkara terpenting adalah banyakkan BERSABAR serta MEMANJATKAN DOA kepada Tuhan yang MEMEGANG SETIAP HATI MANUSIA agar diperbaiki kekurangan kita dan dibantu perelokkan akhlak anak kita. Panjatkan doa setiap masa, terutama pada waktu-waktu mustajab. Tiada doa yang ditolak, apatah lagi doa ibubapa untuk anaknya.
(Cerapan dari ceramah Ustazah Norhafizah Musa & Prof Muhaya)
Melihat kes harian Covid-19 yang semakin melonjak dan kini jumlahnya mencapai angka lebih 20 ribu, timbul perasaan bimbang dan menyebabkan kita semua lebih berhati-hati.
Selain memastikan setiap kali keluar rumah akan memakai pelitup muka dan kerap menggunakan hand sanitizer. Bahkan tidak dinafikan kita juga akan kerap menggunakan kit ujian lebih meluas untuk memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat untuk langkah berjaga-jaga.
Viral Kid Ujian Covid-19 Guna Air Paip Keputusannya Positif
Pun begitu, kesahihan keputusan kit saringan kendiri atau juga dikenali sebagai Rapid Antigen Test menggunakan sample air liur mula dipersoalkan apabila viralnya satu video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat, terlihat seorang lelaki membuat ujian kit tersebut dengan menggunakan air paip.
Apa yang mengejutkan keputusan ujian tersebut menunjukkan positif, terlihat jelas dua garisan pada kid tersebut.
Beli Yang Original & Lulus KKM
Ekoran daripada video tersebut Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan keputusan tepat.
Ujarnya hanya kit ujian kendiri Covid-19 ‘asli’ dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil.
Jika palsu melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
Beliau berkata, tidak dinafikan ada kit ujian kendiri Covid-19 menunjukkan keputusan tidak jitu, sebab itu KKM menyarankan penggunaan kit ujian yang diluluskan sahaja.
“Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri Covid-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas berhubung video tular memaparkan keputusan kit ujian kendiri Covid-19 yang positif hanya dengan menggunakan air paip.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga ada yang mempersoalkan berhubung keputusan kit ujian kendiri Covid-19 terbabit.
Dr Hanafiah berkata, penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak sesuai akan menyebabkan keputusan tidak jitu terhasil.
“Jika menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
“Harga kit ujian kendiri Covid-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.