Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Namun siapa kita mampu menolak andai ditakdirkan tali pernikahan putus di tengah jalan.
Demikian bagi wanita bernama Ayu Aziz ini. Status ibu tunggal disandang dalam usia muda memberi dugaan dan cabaran yang cukup besar. Namun, demi anak-anak dia cuba bangkit.
Baru-baru ini menerusi twitternya, Ayu memuat naik kisah dirinya selain berkongsi bagaimana dia melalui semua cabaran tersebut.
Semoga menjadi inspirasi buat ibu tunggal di luar sana untuk kembali bangkit demi anak-anak.
Tidak dinafikan peningkatan mendadak kes Covid-19 kebelakangan pasti merisaukan rakyat Malaysia. Malah, setiap hari boleh dikatakan mencecah angka antara 2000 ke 3,000 kes sehari. Lebih merisaukan jika tidak dibendung kebarangkalian boleh melangkau melebihi 5,000 kes sehari.
Lantaran itu, pada 11 Jan 2021, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Serta PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak.
Menyedari akan hal ini, sudah pasti kita akan mematuhi SOP dalam norma baharu, bagi memastikan menjaga keselamatn diri termasuk keluarga tersayang daripada virus ini. Namun, siapa kita untuk menghalang daripada jangkitan virus ini yang merupakan musuh halimunan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Begitulah yang dialami oleh Menteri Kewangan Malaysia kesayangan ramai, Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz , 47 tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya beliau memaklumkan perlu melakukan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) ekoran merupakan kontak rapat individu yang positif Covid-19. Selaras dengan peraturan kesihatan, beliau menjalani kuarantin kendiri sehingga 19 Januari ini.
Juga menarik perhatian apabila memuat naik sepucuk surat coretan anak perempuan yang berusia tujuh tahun. Kata-kata rindu seorang anak yang tidak dapat memeluk ayahnya dalam tempoh kuarantin.
Hari ini, saya mendapat sepucuk surat dari anak perempuan saya, Zahira, yang berumur 7 tahun. Walaupun di rumah, saya tidak boleh bersama keluarga atas faktor kesihatan.
Ingin saya maklumkan bahawa saya merupakan kontak rapat kepada seorang individu yang positif COVID-19.⠀ ⠀ Saya telah melakukan ujian saringan COVID-19 semalam dan Alhamdulillah, keputusannya negatif. Saya juga telah memulakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) and will be working from Home (WFH) sejak beberapa hari lalu sehingga 19 Januari. ⠀ Buat yang diluar sana, mohon doakan kesihatan dan keselamatan kita semua. Stay safe and stay strong. Let’s flatten the COVID-19 curve together!
Papa misses you, too, Zahira! InsyaAllah, Papa will see you soon!
P/S. Buat yang keliru dengan isi surat Zahira, ini kandungannya,
“Papa this is from me. I want to give you this picture because I love you and I miss you so, so, so, so, so, so, so much, more than infinity.
Begitulah corentan yang ditulis sendiri oleh anak perempuannya itu. Tengku Zafrul Abdul Aziz dan pasangannya Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad dikurniakan empat orang anak iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel).
Menjenguk ruangan komen, rata warganet mendoakan kesihatan menteri ini dan keluarganya. Ada juga memuji anak perempuannya seorang yang pandai.
“Allahuakbar. Moga Allah lindungi dan permudahkan segala urusan ya
“Semoga tiada apa2 yg memudaratkan InsyaAllah
“Semoga tengku sihat selalu , menteri kewangan paling hensem dalam sejarah
“She’s so sweet, she must be missing her papa very much. Hang in there Papa Zahira. May Allah SWT keep you safe and all your family safe, aamiin
“Shes so clever. Get well soon sir. And keep strong,” antara komen warganet.
“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”
Begitulah nukilan yang telah mencuri tumpuan wargamaya apabila luahan hati si anak ini yang ditulis di atas kertas dengan menggunakan pensil jelas menampakkan kejujurannya dalam menceritakan perihal ayahnya.
Hal ini mengundang sebak di kalangan warganet, apatalah lagi seakan kisah yang sama sebenarnya terjadi pada anak sendiri.
Percayalah bila lihat karya atau lukisan mahupun tulisan anak-anak berkenaan siapa kita di mata dan di hati mereka, pasti kita tersentuh hati.
Apa yang pasti, itulah luahan yang tak mampu mereka zahirkan kepada kita sebagai orang tuanya. Memang tidak akan ada mak ayah yang ingin melihat semua ini terjadi, tetapi keadaan memaksa.
Ramai akui terpaksa berkerja siang malam demi mencari rezeki dek kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui ketika ini.
“Saya Sayang Ayah Saya…”
Membaca luahan terakhir si anak yang menyatakan betapa dia sayangkan ayahnya benar-benar menyentuh perasaan. Siapa sangka anak sekecil itu, sebenarnya sedang cuba untuk memahami kesibukan orang tuanya.
Tidak hanya netizen tersentuh hati dengan keadaan anak kecil tersebut malah turut terkesan apabila membaca luahan hati ayah di kapsyen yang dengan ikhlas memohon maaf kepada anaknya itu.
“Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah”
Sumber foto : Shah thegret
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui bahawa kini, sesi persekolahan terpaksa ditunda pada 20 Januari 2021 ekoran peningkatan kes wabak ini.
Rentetan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berbanding persekolah secara bersemuka bagi menyekat penularan wabak ini.
Langkah ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua pihak termasuk ibu bapa. Pelbagai permasalah yang tular di media sosial berkaitan dengan PdPR ini. Tidak dinafikan usaha ini ada pro dan kontra.
Dalam pada itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah termasuk membantu golongan ibu bapa yang kurang bermampuan termasuk menyediakan bahan pembelajaran di sekolah secara pandu lalu, datang ke rumah memberi bahan pengajaran dan pelbagai insiatif lain.
Namun bak kata perpatah, alah bisa, tegal biasa, normal baharu ini harus diteruskan demi memastikan anak-anak tidak tercicir dengan pendidikan. Usah merungut atau menunding jari , terus ke depan demi anak-anak.
Menerusi perkongsian video Kak Long Kongsi di facebook, Keluarga, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik menitipkan nasihat mengenai PdPR agar ibu bapa terus bermotivasi untuk menghadapi cabaran normal baharu ini.
“Ibu bapa yang mempunyai anak pastinya sedang mengikti PdPR sedang bergelut dan berusah agar memastukan anak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Situasi yang yang kta tidak pernah alami. Saya yakin semua ibu bapa prihatin untuk masa depan anak,” ujar dalam program Kak Long Kongsi, Keluarga.
Dalam tempoh ini, beliau juga turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mendidik anak minat membaca dan menjadikan sesi dalam pembelajaran dalam talian yang mengembirakan walaupun ada cabarannya.
“Saya yakin anak-anak akan bosan ikuti kelas talian. Begitu juga dengan guru yang perlu melakukan persiapan dan bercakap. Tapi penghujungnya ia untuk kebaikan anak-anak dan juga negara.
BAHAN ILMU YANG BERKUALITI
Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk menuntut ilmu dan belajar. Ingatkan juga anak-anak dengan bahan-bahan pendidikan yang berkualiti di youtube. Juga mencadangkan laman sophia.my yang menyediakan pelbagai pengisan kelas-kelas menarik yang telah disediakan oleh guru yang berbakat untuk manfaat anak-anak.
“Galakkan juga anak-anak untuk menonton berita atau dokumentari di televisyen, rancangan bermanfaat dan sentiasa timbulkan fikiran yang kritis dengan bertanyakan soalan kenapa, bagaimana dan sentiasa berbicara dengan anak-anak.”
RUMAH MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA
Menyedari bahawa pentingnya ilmu, beliau menyarakan ibu bapa menjadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk mendidik anak-anak.
“Jadikan peluang di rumah adalah untuk jadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk anak-anak. Yang penting titipkan nilai-nilai mulia, kemahiran yang diperlukan dan akhlak yang terpuji di rumah,.
“Ibu bapa dan guru-guru boleh lakukan semua ini. Anak-anak pula di rumah sentiasa dengar nasihat ibu bapa dan guru. Juga sentiasa minat membaca dan jangan jemu membaca buku,” ujarnya mengakhiri perkongsian bermanfaat ini.
IKUTI LANJUT VIDEO ULASAN MANTAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, YB DR MASZLEE MALIK.
Sumber: Video Kak Long Kongsi, Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.