Teka- teki selebriti cantik manis, Mira Filzah hamil bertebaran di media sosial penghujung Tahun lepas, Namun empunya diri menafikan dan meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik buatnya.
Namun selepas pulang dari bercuti baru-baru ini, Pasangan ini kemudiannya mengumumkan berita bakal menimang cahaya mata Sulung tidak lama lagi.
Mira kini sedang hamil dan kini kandungannya memasuki trimester ketiga.
“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far. Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.
Dalam pada itu, Mira turut mengucapkan terima kasih atas dia yang dititipkan selama ini buat dirinya dan rumahtangga yang dibina bersama Wan Emir.
Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA.
Ads
“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du’a”
(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku)
Pasangan sama cantik sama padan ini memuatnaik berita gembira tersebut bersama sekeping gambar berdua berserta alat kehamilan.
Ads
Rata-rata termasuklah rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan buat Mira sepanjang kehamilannya.
lisasurihani MasyaAllah Tabarakallah!!! Congratulations! So happy for u both and the fam! 💙 dayahbakar Alhamdulillah❤️❤️❤️😍😍😍 Semoga dipermudahkan semua urusan, diberikan keselamatan untuk mommy and baby ❤️ irine_nadia Alhamdulillah tahniah Mira😍😍😍😍😍😍 moga dipermudahkan urusan mengandung hingga bersalin nanti❤️ ctdk Alhamdullillah, jaga diri & kandungan baik baik.❤️ ali_jawahiriy Xnmpk baby bump tau² 7 bulan… Neelofa pun kantoi🔥 cheenta.my Omggg tak sabar nak tengok baby emiramirah mesti comel gilaa kan kan mcm parents dia😍😍 lala_0mar Alhamdulilah, dah agak sbb mira nampak kurus maybe morning sickness teruk. Congrats miwa & husband❤️ aries_huda89 Alhamdulillah… Kenapa mira kurus dh terjawab kan guys..doa semoga dipermudahkan urusan bersalin nya nanti
Cabaran terbesar ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, mengenal penciptaNya dan berbakti kepada ibu bapa. Itu sebahagian perkara utama yang wajib mak ayah lakukan.
Namun berdepan dengan kedegilan anak-anak buat mak ayah buntu dalam mendidik. Pelbagai ragam anak-anak mengundang rasa marah mak ayah. Kesabaran pun mulai
tipis. Tips yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini mungkin boleh diamalkan oleh mak ayah. Kita usaha mana yang termampu.
1. Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Aliff Syukri berbakat besar rupanya. Qadejah El-Zahra, 12, mempunyai masalah gangguan kognitif berkaitan membaca iaitu disleksia.
Walaupun ada kekurangan tetapi dia mempunyai bakat kreatif melukis dan membuat solekan kesan khas atau lebih popular sebagai makeup special effect.
Ibunya, Datin Sri Shahida pernah mendedahkan simptom disleksia yang ditunjukkan oleh anak keduanya itu ketika Qadejah berusia 8 tahun di laman Instagram milik beliau.
Mengikut terma perubatan disleksia atau masalah perkembangan pembacaan ialah gejala yang berkait dengan kesukaran belajar membaca lancar dan dengan kefahaman yang tepat sungguhpun memiliki kecerdasan yang normal atau melebihi purata.
Anak Alif Syukri berbakat & kreatif
Biarpun mempunyai kekurangan tetapi ia tidak menghalang Qadejah untuk membesar sebagai anak yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Sepertimana pernah dikongsi oleh Shahida berkenaan ciri-ciri disleksia yang dimiliki oleh anaknya iaitu suka pakai kasut terbalik, suka menulis huruf terbalik, sukar fokus pada sesuatu perkara dalam masa yang lama, dia juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu imaginasi tinggi, suka melukis, berfikiran di luar kotak yang orang lain tak terfikir.
Tak hairanlah Qadejah mempunyai bakat besar dan kreatif sehingga boleh menghasilkan idea solekan kesan khas pada wajah ibunya.
Walaupun si ibu beranggapan anaknya mempunyai minat yang pelik tapi sebagai ibu dia tetap memberi sokongan.
Bahkan Datin Sri Shahida sendiri yang dari peringkat awal prihatin pada kekurangan Qadejah dan menghantarnya ke Pusat disleksia bagi mendapatkan rawatan dan terapi sehingga anaknya mampu membaca, menulis seperti normal selain mengasah bakat yang dimiliki.
Tengok sahaja bagaimana hasil kreativiti tangan Qadejah menyolek muka ibunya dengan kesan khas yang ala-ala seram seperti dikongsi dalam Instagram Datin.
Ramai followers memuji bakat yang dimiliki oleh Qadejah dan memberi saranan agar dia terus menggilap bakat tersebut supaya lebih berjaya di masa akan datang.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman.
Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di