Walau pun cuti sekolah akan bermula minggu depan, tapi kalau dilihat di pasar raya seakan sudah berpesta menjual pakaian seragam kepada pengguna. Di sana sini ada sahaja promosi yang ditawarkan.
Hal ini ada baiknya, jadi dapatlah ibu bapa membuat perbandingan harga dan sekali gus merancang perbelanjaan lebih awal untuk persiapan anak ke sekolah. Satu lagi kebaikan bila mana membeli pakaian seragam awal, secara tidak langsung akan memudahkan kaum ibu untuk membuat persiapan menjahit lencana sekolah. Maklumlah kerja-kerja menjahit ini bukan mudah dan harus dilakukan dengan teliti. Jika dilakukan dengan tergesa-gesa, bimbang juga lencana yang dijahit senget pula peletakannya.
Gambar hiasan
Itu jika ibunya tahu menjahit, jika tiada kemahiran menjahit mesti pakaian tersebut akan dihantar kepada tukang jahit pula. Dan ini bukan sahaja akan memakan masa malah kos juga harus diperuntukkan untuk membayar upah.
Misalnya caj menjahit satu lencana adalah RM2 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Ads
Tapi kini, tahukah anda sebenarnya lencana baju tidak perlu pun dijahit. Ada cara yang lebih mudah dan sesiapa pun boleh lakukannya. Menariknya juga hasil tampalan nampak kemas dan terletak sempurna. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada puan Akmar Laily ini.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Ads
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambil kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Ads
“Berdasarkan pengalaman, lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dicuci dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.”
Selamat mencuba!
Sumber : Akmar Laily
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adakah kita tahu bahawa anak lelaki kita yang sudah berkahwin melunaskan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka? Sebenarnya tanggungjawab bermula sejak mereka kecil lagi. Didik dan semai dalam diri mereka, anak lelaki bahawa tanggungjawab mereka sangat besar.
Jika anda seorang bapa, hulurkan wang nafkah pada isteri anda di hadapan anak-anak supaya mereka tahu dan nampak keperluan mereka dan ibunya sentiasa dijaga oleh anda sekaligus anak-anak akan faham erti tanggungjawab. Tunjukan yang baik-baik supaya mereka dapat contohi.
Wang Nafkah Bulanan Isteri: Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua ************************************* Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.
“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.
“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.
“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.
“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.
Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.
Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.
Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.
“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.
“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.
Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.
Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.
Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.
Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?
Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.
Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.
Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.
Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.
Rumah sudah pastinya menjadi tempat yang selesa untuk tinggal bersama keluarga.
Malah ia menjadi tempat mengumpulkan energi untuk menghadapi hari esok.
Namun, apa jadinya jika di rumah kita sendiri berasa gelisah, tidak selesa. Ia umpama rumah itu terdapat energi negatif dan gangguan jin. Apabila kamu merasa demikian itu tandanya kediaman sedang didatangi jin.
Adalah menjadi tanggungjawab kita berusaha dan berikhtiar melindungi diri, ahli keluarga dari gangguan makhluk halus.
Tidak sukar untuk Ruqyah rumah sendiri. Nak tahu carany, ikuti perkongsian ini.
Hari tu ada terbaca share pasai buang energi negatif & gangguan jin dalam kediaman/ pejabat/kedai. Dah tu try la buat. Letak garam kasar + cuka dalam gelas jernih then baca surah yang di share. Letak dibiar terdedah.
Letak dekat bahagian yang selalu guna. So cheq letak dekat 3 ruang. Bilik tidoq utama, ruang menonton & dapoq. Biaq selama 24jam.
Lepas tu kena basuh & salin baru. Dalam bilik utama, letak ataih almari. Malam yang buat tu, dengaq bunyi punya kuat. Nasib tok laki ada. Tidak, mau lari tidoq luaq
Bunyi macam batu dibaling dalam ayaq. Berkocak ayaq. Lama jugak la dengaq. Pahtu terlena gutu jaa dalam ketakutan. Haha Garam, Cuka & Gelas putih.
Baca : -Al Fatihah 7x -Al Ikhlas 1x -Al Falaq 1x -Al Kafirun 1x -An nas 1x -Ayatul Kursi 3x -Surah Yassin Ayat 9 6x Kemudian hembus kat bahan tadi. Niat niat untuk usir benda negatif. Biar 24jam
Kalau garam tu paling banyak lekat kat cawan tu. Banyak benda negatif.
Semua orang akan merasai kehilangan. Saat Allah menguji dengan kehilangan orang yang kita sayang, ujiannya cukup berat untuk ditanggung. Hanya reda dan doa dijadikan peneman untuk merawat duka dihati.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apa yang pasti, hidup ini perlu diteruskan dan dalam meniti hari-hari tanpa insan tersayang pasti ada rasa rindu yang bertandang di hati. Sungguh, perasaan rindu itu cukup sakit untuk ditanggung dan kita akan sentiasa mengenangkannya.
“09.10.2022, Aqil dilahirkan. Kalau dia ‘ada’ umur dia dah 23 tahun. Allahumaghfirlahu, Warhamhu,Waa’fihi Wa’fuanhu. Al-Fatihah mohon hadiahkan buat anak saya Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.”
Itulah tulis penyanyi popular awal 90-an, Azian Mazwan Sapuan yang kembali mengenang arwah anak lelakinya, Mohammad Aqil yang telah pergi menghadap Illahi pada 16 Disember 2019 lalu.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Azian yang juga bekas finalis Bintang RTM 1986 dan bintang Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu menjelaskan, hari ni genap ulang tahun kelahiran arwah anaknya yang ke-23 tahun.
Terdahulu, Aqil yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik itu dilaporkan meninggal dunia ketika berusia 19 tahun selepas tiga minggu koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, akibat kemalangan jalan raya motosikal pada 22 November 2019.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...