“Tak Penting Cantik, Janji Anak Gembira.” Ayah Ni DIY Playhouse Tempat Mainan Anak-Anak. Simple Janji Murah. Kreatif!

Share

Memandangkan kini semua dalam masih dalam suasana PKP dan anak-anak juga tidak bersekolah, jadi masa lebih banyak dihabiskan di rumah.

Bagi menghilangkan rasa bosan dan ada tempat untuk anak-anak bermain, lelaki ini berkongsi idea membuat playhouse yang diminta oleh anak-anaknya. Jim kita tengok cara buat playhouse yang dikongsikan oleh saudara Sadiqin Sulong ini.

Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.

Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar.

Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.

Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki.
Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.
Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.
Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.
Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.
Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse.

Semoga bermanfaat guys! 😘


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

IKLAN