Masalah nyamuk tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menjadi serius yang akhirnya mencetuskan penyakit buat kita sekeluarga. terutama sekali sekarang ini kes yang melibatkan demam denggi akibat dari nyamuk aedes.
Justeru, ibu bapa kena alert bab ini dan elakkan anak-anak terdedah pada nyamuk. Ikuti tip yang dikongsikan ini, cukup ringkas dan mudah untuk dipraktikkan.
CARA BUNUH NYAMUK MENGGUNAKAN SABUN JOY
Panduan membunuh nyamuk boleh guna Sabun basuh Joy… sabun joy akan menarik nyamuk jika campuran sabun & air ialah 1:1
Klu cecair terlalu pekat atau cair tidak dpt menarik nyamuk… Nyamuk akan ‘minum’ cecair dr pinggan atau bekas plastik dan akan mati dlm campuran sabun.
Ads
Kadangkala nyamuk yg kekenyangan darah pun akan didapati perutnya pecah.
Tuangkan campuran joy & air ke dalam bekas yg dalamnya 1 cm & diletakkan di tempat yg gelap.
Cth dibawah almari kasut. Pastikan tiada kucing boleh dekat dgn campuran tersebut & minum dari situ.
Ads
Pada esok paginya bolehlah dilihat jika ada nyamuk yg mati dlm cecair joy itu.
Cecair joy tu boleh diguna semula & sekiranya cecair bertukar pekat atau menjadi kering, bolehlah ditambah sedikit air, cuma pastikan campuran sabun tadi tidaklah terlalu cair.
Kredit: Sabun Collagen Wangian
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalu juga kita mendengar keluhan orang lain tentang pasangan mereka, ada sahaja yang tidak kena.
“Dia tak suka masak…”, “Balik-balik rumah masih tak kemas…” dan macam-macam lagi.
Walaupun keluhan itu seakan melepaskan rasa tidak puas hati, namun sedarlah setiap antara kita tidak ‘perfect’.
Bahkan perkahwinan itu adalah melengkapkan antara satu sama lain dan perlu ingat bahawa kita berkahwin dengan manusia biasa dan bukannya malaikat. Ini sebagaimana perkongsian Ahmad Affzan Abdullah.
Pasangan Kita Juga Manusia Biasa
Untuk adik-adik yang merancang untuk berkahwin, sedang berkahwin atau dah lama kahwin, ingin aku berkongsi sedikit petua.
Antara perkara yang kita selalu kena peringatkan diri, ialah kenyataan bahawa pasangan kita ini manusia biasa.
Kita berkahwin dengan manusia.
Ada kalanya dia sedih, adakalanya dia malas, adakalanya dia rasa down, adakalanya stress. Semua ni sifat manusia.
Kalau pasangan kita itu sepanjang masa memang bertanggungjawab, selalu tolong kita, tapi ada satu dua masa dia rasa down dan buat perkara yang tak kena pada pandangan kita, kita maafkanlah.
Kita bukan kahwin dengan malaikat.
Isteri kita memang rajin buat kerja untuk keluarga, rajin masak. Kalau satu hari kita balik kerja tengok tak ada makanan terhidang, janganlah bagi komen sarkastik “Hai, makan angin je ke kita malam ni?”
Mungkin isteri kita penat, mungkin dia tengah sedih kena marah dekat ofis. Komen sarkastik kita tak membantu.
Apa kata kita terus cakap, “Jom kita makan luar malam ni. Abang belanja.”
Bukankah itu lebih baik? Terubat sikit hati isteri yang luka.
Suami kita juga biasanya memang rajin mengemas, rajin basuh pinggan basuh baju. Tapi ada satu hari dia tinggalkan kain pelikat bergulung atas lantai, janganlah kita terus membebel tak berhenti-henti.
Pejam sebelah mata, dan angkat sajalah kain itu masuk ke tempat baju kotor.
Pasangan kita manusia. Ada hari dia malas, ada hari dia terlupa, ada hari dia nak cepat lalu tak sempat buat rutin kebiasaan.
Ini kita kena faham dan kena selalu ingatkan diri.
Lainlah kalau pasangan kita memang bermasalah, memang pemalas setiap hari, memang tak bertanggungjawab. Kalau ini, memang perlu sesi kaunseling, tak boleh berdiam diri.
Namun jika pasangan kita dalam kebanyakan masanya memang terbaik, bertimbang rasalah. Jangan sampai tidak ada ruang untuk pasangan kita bersifat dengan sifat manusiawi.
Sekali-sekala terlupa, alpa, malas, penat, rasa down, ‘slack off’, kita yang okey ini tampunglah mereka. Bukan tinggalkan mereka keseorangan apatah lagi membebel dan menyindir yang tak mendatangkan sebarang solusi positif.
Kita terima pasangan kita sebagai manusia yang ada cacat celanya.
Kita terima kekuatan dia, kita juga terima kelemahan pasangan kita.
Waktu dia kuat, waktu dia lemah, kita sentiasa ada di sisi, memberi sokongan dan bantuan tanpa mengira waktu.
Itulah hakikat rumahtangga, berkongsi hidup bersama-sama.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Rak dapur kecil yang selalunya kita letakkan disini dapur sebenarnya besar kegunaannya buat dapur comel kita. Ia sebagai pelengkap untuk meletakkan beberapa barangan kecil yang berselerak di atas kabinet.
Rak bagi meletakkan periuk nasi, pembakar roti atau microwave mungkin sudah biasa kita lihat. Bagaimana pula dengan rak kecil lagi comel yang super mewah kualitinya.
Ia dihasilkan oleh Jeffry Jefisz di facebooknya. Buatannya nampak kukuh dan cukup berkualiti. Paling menarik bukan hanya tahan lasak tetapi juga boleh digerakkan dan mudah alih. Kalau hendak memasak, tarik sahaja rak comel ini dan memasaklah dengan penuh yakin.
Bagaimana Nak Hasilkannya?
Enam langkah mudah untuk buat rak dapur mudah alih pelbagai guna dari kayu pallet, mengikut cara saya. Terpulang kepada idea masing-masing.
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood).
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku.
3. Gosok dengan kertas pasir atau mesin ke atas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
Datin Almy Nadia berkongsi kisah lucu anak sulungnya yang pulang dari sekolah.
Isteri kepada Dato Fizz Fairuz memberitahu, anaknya Afrina Arianna pulang dari sekolah dengan air mata apabila kasut sekolahnya hilang.
Kisah lucu tersebut dimuatnaik Almy menerusi laman Instagramnya beserta sepotong video.di dalam video tersebut, kelihatan anak sulungnya itu meraung sambil memberitahu yang kasut sekolahnya lesap.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.