Ramai yang terkesan akibat pandemik hingga menjejaskan sumber kewangan. Jalan terakhir adalah menggunakan simpanan yang ada untuk kesinambungan hidup.

Menyedari akan kesukaran ini, urusan pengeluaran wang dipermudahkan secara online bagi penyimpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Sebenarnya ia sudah tersedia di Aplikasi Mudah Alih myASNB bermula 27 April 2020. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Jadi kita tidak perlu lagi beratur di kaunter atau pejabat pos untuk keluarkan duit. Hanya buat secara online sahaja. Tidak perlu dah bersesak dengan orang ramai di bank.

Merujuk kepada website MyASNB  jumlah pengeluaran telah dinaikan kepada RM1000 sebulan (sebelum ini had sebulan RM500).

Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya.

 

IKLAN

Seterusnya ikuti perkongsian Nabilah Fairuz tentang cara keluarkan duit ASB online melalui Portal ASNB.

Lihat langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:

Daftar sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.
Tekan DAFTAR & isikan maklumat pengguna
Login seperti biasa bila dah daftar. Masukkan ID & KATA LALUAN.
Klik pada menu PORTFOLIO
Klik pada butang TRANSAKSI (rujuk gambar di bawah)
Pilih pada JUALAN BALIK
Baca & fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
Masukkan jumlah berapa RM yang anda ingin keluarkan duit ASB.
Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
Tekan pada butang TERUSKAN
Klik PERMINTAAN TAC & anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
Masukkan nombor TAC yang anda terima itu.
Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin.
Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.

selesai!
NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri anda.

IKLAN

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya. Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya. Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya. Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya. Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya.Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya. Tak Perlu Bersesak Beratur Di Kaunter, Duit ASB Boleh Keluar Cara Online, Wanita Ini Kongsikan Caranya.

Maklumat Tambahan Tentang Pengeluaran ASB Online
Had Pengeluaran ASB Online

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM100 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

IKLAN

Waktu Urusniaga

Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan
Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan
Baca juga : Cara Buat Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar KWSP
Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter, sila rujuk laman web rasmi myASNB dan baca Soalan Lazim (FAQ) di SINI.

Keluarga: Bagaimana dengan adanya kemudahan ini, orang ramai dingatkan supaya kekal menabung untuk masa hadapan. Pengeluaran ini adalah untuk keperluan waktu terdesak.

Sumber: Fairuz Nabilah &  www.asnb.com.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI