Sudah tentu kita mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman. Malah tentu ruang rumah ditata rias mengikut idaman hati.
Salah satu ruang yang menjadi idaman adalah ruang dapur. Tak kiralah ruang itu kecil atau besar, apa yang pasti tentu rasa kepuasan dalam menyediakan keperluan makanan dan memasak hidangan yang enak – enak untuk seisi keluarga.
Bagi yang mencari idea untuk dekorasi ruang dapur bersaiz kecil, boleh lihat idea ni.Comel-comel semua.
Jom lihat!
Idea 17 Reka bentuk ruang dapur bersaiz kecil.
Semoga menjadi ilham untuk dekorasi dapur menjadi bertambah cantik dan kemas.
Kredit: Dunia Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hiba hati seorang anak apabila mendapat tahu ibu bapa tersayang pergi selamanya akibat kemalangan sebaik sahaja baru menyelesaikan pendaftarannya di Kolej Matrikulasi Perak, beberapa hari lalu.
Memetik laporan Utusan Online, pasangan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 43 tahun itu maut setelah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu pada petang Isnin.
Nahas tersebut telah mengorbankan Mohd Ramddan Abd Rahim dan isteri, Kisdalliana Saad di lokasi kejadian.
Sementara itu, ibu kepada Kisdalliana berusia 63 tahun yang juga pemandu kereta berkenaan dan anak perempuan pasangan maut yang berusia tujuh tahun mengalami kecederaan parah.
“Pasangan berkenaan baru mendaftar masuk anak mereka ke Kolej Matrikulasi Perak dan keluar membeli barangan keperluan di Pekan Gopeng sebelum terbabit dalam kemalangan ketika mahu menghantar barang yang dibeli,” ujar kenyataan.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan berlaku di kawasan kilang memproses tayar terpakai di mana kenderaan dinaiki mangsa dari arah Gopeng menuju ke Kota Bharu.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, sebuah kereta terbabas sendiri dengan kenderaan itu berada di atas pagar.
“Kemalangan berlaku di jalan lurus dan berturap dengan satu lorong dua hala serta garisan putih panjang berkembar. Ketika kejadian, jalan kering dengan cuaca baik dan lalu lintas juga tidak sibuk.
“Setibanya di lokasi, didapati mangsa lelaki tersepit di bahagian penumpang dan disahkan maut oleh petugas perubatan. Tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak telah pun dikeluarkan oleh orang awam. Seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia,” katanya.
Takdir telahpun tertulis, Fatin Syafika yang kini jadi yatim piatu redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya apabila mendapat tahu ibu bapanya maut dalam kemalangan sebaik sahaja baru selesai mendaftar dirinya masuk ke kolej.
Fatin dalam hantaran di laman TikTok miliknya menyatakan, tiada perkara yang lebih menyakitkan buat dirinya kecuali perlu menerima kenyataan sebenar mengenai ibu bapanya.
Fatin Syafika berkata, biarpun hatinya remuk dan sedih, namun dia harus kuat demi adik-adiknya yang masih kecil serta memerlukan kasih sayang daripada seorang kakak.
“Hanya Allah sahaja tahu betapa hancurnya hati aku bila sampai tempat kejadian tadi.
“Tidak mengapa, aku redha. Kuat demi adik-adik aku,”luahnya.
Rata-rata warganet turut bersimpati dan menzahirkan takziah buat anak mangsa selain menitipkan kata-kata semangat buat remaja tersebut bagi meneruskan kehidupan.
Di Instagram, penyanyi Siti Nordiana berkongsi khabar duka bapanya, Alias Ahmad meninggal dunia pagi ini.
Menurut pengurus Siti Nordiana iaitu Anas Osman, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Tambah Anas, kakak ipar Siti Nordiana mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri sekitar jam 10 pagi tadi.
“Allahyarham sudah lama uzur, tetapi masih mampu berjalan menggunakan tongkat. Nana baru sahaja bertemu arwah pada Rabu. Keadaannya baik-baik sahaja ketika itu. Cuma, arwah ada menghidap penyakit kencing manis dan beberapa penyakit lain.
“Keluarga menghubungi hospital dan pegawai perubatan yang datang melakukan mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.” katanya.
Sekadar info, Siti Nordiana membolosi dua pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) tahun ini bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolabrasi/Duo/Kumpulan Popular.
Terdahulu, pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35, selain Nana, sembilan artis lain diumum mendahului undian ketika itu, iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Anna Jobling.
Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam ini. Peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 bermula jam 9 malam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan harmoni. Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan.
1. Isteri tidak mengungkit atau memburukkan kekurangan suami di hadapan suami atau orang lain.jati.
2.Isteri marah dan berleter sekiranya suami tidak memberitahu atau merahsiakan perkara buruk yang terjadi terhadap suaminya.
3. Isteri sering memasak makan kesukaan suami. Sentiasa akan bertanya menu kegemaran suami. Sanggup memasak walaupun penat dengan urusan kerjaya dan anak-anak.
4. Isteri sering membuat kejutan kepada suami melalui hadiah dan perkara dan peristiwa yang istimewa pada suami. Misalnya meraikan hari jadi suami dan ulang tahun perkahwinan.
5. Isteri tidak mengungkit hal-hal tanggungjawab suami yang tidak mampu suami lakukan. Sanggup hidup secara sederhana tanpa meminta kerana memahami tahap kemampuan suami.
6. Isteri berusaha menjaga anak-anak dengan baik. Biarpun suami sibuk berkerja, isteri tetap menguruskan anak dengan baik tanpa merungut.
7. Isteri melayani keluarga suaminya dengan baik. Layan mak mentua dan adik beradik suami macam keluarga sendiri. Cuba menjaga keharmonian hubungan keluarga dan suami dengan baik agar tidak wujud salah faham.
8. Isteri sering mengucapkan atau melafazkan isi hatinya kepada suami seperti ‘I love u’ , ‘honey sayang ayg’, syg sayangkan abg’ kepada suaminya.
9. Isteri manja dan buat perangai keanak-anakan, mudah merajuk dengan suami dan cepat tersentuh sekiranya suami berkasar dengannya tetapi cepat baik apabila dipujuk.
10. Isteri tidak sanggup berjauhan dengan suaminya walau sehari. Sentiasa ada perasaan rindu walaupun suami pergi bekerja. Akan bertanya khabar suami di tempat kerja dan mendoakan keselamatan suami.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.