Tak Perlu Panggil Tukang,  DIY Tukar Kepala Paip Sendiri, Tak Susah Ikut Je Step By Step Ni. Ibu-Ibu Pun Boleh Buat!

Share

Peralatan di  dalam rumah jika sudah lama digunakan pasti akan menimbulkan masalah. Lebih-lebih lagi kalau banyak tangan yang menggunakannya. Apabila rosak, satu hal pula nak kena panggil tukang untuk datang ke rumah membaikinya.

Jadi, kalau rasa boleh buat sendiri, tak payah nak buang duit. Sementelah sekarang banyak tip dan DIY yang dikongsikan yang boleh kita jadikan panduan. Contohnya, tukar sendiri kepala paip seperti yang dimuat naik oleh saudara Ridwan Safar

#diy #tukangDIY #tukangkongsi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga TAH.i selamat berhujung minggu .

minggu ni saya tukar Paip sinki dapur dimana kepala flexible tak boleh naik lagi sebab dah patah.

01 : Patah Kepala tak boleh naik lagi.
02 : Tutup Stopcock
03: Longgarkan Screw Collar
04 : Guna Tools jika Perlu
05: Macam ni
06: Cabut Begini
07 : JIka ketat gunakan Tools utk buka Paip Air
08: Dah terbuka
09: bersih menggukan berus
10: Sediakan Pipe Baru
11: Longgarkan Screw collar ni . dan cabut dahulu leher pipe
12: Balut pita Teflon ikut arah jam
13: haa balut macam ni , dalam 20 – 30 pusingan
14: balut
15 : masukkan dan pusing gunakan tangan
16 : Lapik kain atau Tisu tebal dan ikat secukup rasa, jangan memaksa. ngam ngam jer.
17 : bersih dan keringkan kawasan ini.
18: lepas buka stopcock di paip utama, biarkan 5-10 minit dan periksa jika ada sebarang leaking
19 : pasang semula leher kepala pipe, ikat srew semula
20: dah siap . Kepala paip boleh digunakan tanpa was was. Terima kasih.
jadi saya nak kongsi lah skit hasil kerja yang amatur ini. Versi video : https://www.youtube.com/watch?v=Bhy_Q_4T998
versi video ada pembetulan skit , minit ke 3:36​ lapikkan kain jika tidak mahu pipe bercalar.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

IKLAN