Merancang masa depan anak-anak dari awal adalah sangat penting agar masa depan anak-anak tersayang terjamin. Tapi, bukan mudah untuk merealisasikan semua ini tanpa simpanan yang kukuh.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda.

Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Baru Nak Simpan, Yang penting Konsisten. Ini Idea Menyimpan Yang Wajar Dicontohi!

Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.

Sekarang ibu bapa sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit  untuk anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.

Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?

Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Baru Nak Simpan, Yang penting Konsisten. Ini Idea Menyimpan Yang Wajar Dicontohi!

Menerusi SSPN dapat membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

IKLAN

Akaun SSPN ini terbahagi kepada dua iaitu SSPN -i dan SSPN -i Plus. Kedua-dua skim simpanan  ini adalah pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Justeru SSPN mendidik rakyat Malaysia untuk mengutamakan simpanan demi masa depan dan pendidikan anak-anak. Sekali gus menyemai minat menabung kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.

Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Baru Nak Simpan, Yang penting Konsisten. Ini Idea Menyimpan Yang Wajar Dicontohi!

Keistimewaan SSPN

SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan.

IKLAN

Banyak manfaat yang diperoleh melalui simpanan ini. Antaranya termasuklah:

  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan dan skim patuh syariah.
  • Kadar dividen yang diberikan adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain
  • Merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.
  • Perlindungan takafl secara percuma untuk pendeposit turut disediakan apabila simpanan telah mencecah RM1,00.
  • Dengan simpanan serendah RM30 sebulan, boleh mendapat perlindungan takaful sehingga RM40,000, selain khairat kematian dan manfaat bagi 36 penyakit kritikal serta elaun harian hospital.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Pemberian geran sepada kerana memasuki institusi tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
  • Simpanan di dalam akuan SSPN -i dijamin oleh kerajaan serta layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Baru Nak Simpan, Yang penting Konsisten. Ini Idea Menyimpan Yang Wajar Dicontohi!

Cara nak buka akaun SSPN -i ini sangat mudah:

Akaun SSPN -i ini boleh dibuka di mana-mana kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen SSPN -i yang sah yang telah dilantik oleh pihak PTPTN.

IKLAN

Antara ejen-ejen SSPN -i yang sah adalah Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, CIMB Bank, Maybank dan Pos Malaysia.

Anda juga boleh membuka Akaun SSPN -i secara online. Ini adalah lebih mudah jika anda mempunyai kemudahan internet.

Sama seperti membuka Akaun SSPN -i dengan ejen-ejen yang sah ini, anda akan diminta untuk mendepositkan minima RM20

Bagi mendapatkan info lanjut berkenaan tabungan, anda boleh sama-sama  menonton Keluarga Talk yang dibawakan oleh SSPN dengan kupasan tajuk: Nak Menabung Asyik Tak Jadi Apa Punca & Kaedah Terbaik Buat Simpanan.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI