Mak ayah dah bawa anak-anak pergi periksa gigi? Kalau belum cepat-cepatlah bawa. Tak perlu tunggu gigi banyak tumbuh baru bawa. Dah boleh bawa check gigi seawal gigi pertama tumbuh lagi.
Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.
Ads
Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.
Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Ads
Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Ads
Sumber: Iqbal Rosali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahaya datang tanpa kita jangka. Adakalanya walaupun di dalam kawalan kita sendiri, anak-anak mudah terdedah kepada bahaya. Jadi mak ayah kenalah sentiasa awas dengan mana-mana perkara yang boleh mendatangkan bahaya pada anak.
Suis utama rumah walaupun kedudukannya tinggi dan jauh daripada anak-anak, ada perkara yang harus anda periksa dan perhatikan demi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.
Suis utama ini jika rosak boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas dan seterusnya risiko kepada kebakaran dalam rumah ini. Suami kenalah periksa selalu ya.
Ini cara yang boleh dilakukan di rumah. Tip yang dikongsikan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit ini kita kena ikuti supaya tak menyesal di kemudian hari. Suami wajib buat ya!
Periksa ELCB
Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh, pastu kita tolak naik semula ke atas tu), benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada di rumah memeriksa sebulan
sekali.
Caranya ialah dengan menekan butang ‘push to trip’ di sebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang ‘push to trip’ automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dalam keadaan baik tetapi jika anda tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, maka
cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.
Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang ‘push to trip’ rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan. Jangan bimbang, just tolak semula ke ke atas dan bekalan elektrik anda akan
kembali kepada sediakala.
3 Langkah Mudah
1. Tekan butang ‘push to trip’.
2. Jika butang ‘push to trip’ jatuh semasa ditekan, bermakna ELCB dalam keadaan baik.
3. Jika tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, cepatlah tukar pada baru.
Sejak kecil lagi malah sejak berada di dalam kandungan lagi, anak sudah boleh dirangsang untuk menjadi lebih baik. Nak tahu apa tipnya?
Tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad wajib ibu ayah praktikkan sejak di dalam kandungan lagi. Cuba amalkan ni!
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga.
Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jaga pemakanan waktu hamil Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Dalam perhubungan suami isteri, sikap pasangan memainkan peranan penting. Masing-masing perlu menurunkan ego untuk memastikan rumah tangga yang dibina atas rasa cinta berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun, ramai pasangan suami isteri walaupun dah bertahun-tahun kahwin tidak sedar kesilapan masing-masing sehinggalah sampai kemuncaknya dan ini menyebabkan satu perasaan yang tak bagus.
Berikut antara 3 perkara yang mungkin dianggap remeh tapi merosakkan rumah tangga.
1. Hadap phone memanjang
Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di phone. Tiktok, Insta, FB. Lepas habis satu, terus naik lagi satu. Memang melekat jelah mata di phone.
Setkan rules bila boleh tengok phone. Dulu kami kerap bergaduh tentang phone. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan rules:
No phone during driving No phone for co-driver No phone waktu makan dengan family No phone bila spend masa dengan pasangan or anak-anak. No phone when we are needed physically.
Contohnya pasangan tengah nak bercerita, or luah perasaan ke etc, janganlah dengar sambil hadap phone. That is so rude.
Or tengah sama-sama shopping, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah shopping sama2 kan. Sometimes we may feel that aktiviti tu tak berkait dengan kita. Contoh tengah shopping ikan, ayam, sayur.
Suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, so lebih baik dia main phone je. Spesis orang macamni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?
2. Melengahkan solat
Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita.
Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc.
Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.
3. Tidak jaga waktu tidur
Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dsb. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.
Contoh begini. Isteri tidur jam 10pm. Suami main game sampai jam 2 pagi. Atau sama2 baring atas katil, tapi masing2 hadap phone berjam2 sehingga tertidur. Atau suami dah tidur jam 12pm, isteri browse Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi disatu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab taknak diganggu tangisan anak.
Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur. Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya communication breakdown. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa eg kalau ada tak puas hati, meminta maaf dsb. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.
Sekarang ni kes perceraian meningkat mendadak. Cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara diatas ini yang tidak dijaga.
Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi safe and happy nest untuk semua ahli keluarga ❤️
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.