“Tak Pernah Maafkan Diriku Tak Temani Tidur Malam Itu.” PU Azman Kongsi Momen Bersama Arwah Ibu, Undang Sebak!

Share

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang telah tiada. Itulah kata-kata yang sering diungkapkan apabila merindui mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Terutama sekali insan yang paling disayangi seperti ibu kita.

Demikian juga dengan kisah dari Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Azman baru ini. Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, PU Aman meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat melupakan kenangan pahit bersama arwah ibunya.

Menurut Azman, masih wujud penyesalan dalam dirinya kerana tidak sempat menemani ibunya buat kali terakhir.

“Aku sering lelah tanpa kamu. Dihimpit kenangan. Rindunya tiada penghujung. Orang melihat aku ketawa mak. Tapi jiwa ini sering berkaca menahan tangis.
“Aku tak pernah memaafkan diriku mak kerana tak menemanimu tidur malam itu, kerana ku kira kita masih ada waktu ternyata itu malam terakhir aku mendengar nafasmu.

“Aku pernah menjadi bayi kamu mak. Dan selamanya aku bayi kamu. Dan mak… Aku takkan pernah lupa saat pandanganku tak berkedip melihat papan terakhir menutup pusaramu,” coretnya.

 

IKLAN