“Tak Pernah Paksa, Nak Datang Dari Hati Sendiri.” Fahrin Ahmad Syukur Isteri berhijab, Titip Doa Kekal Istiqamah!

Share

Fahrin Ahmad melahirkan rasa gembira dan bersyukur bila mana sang isteri memilih untuk berhijab sepenuhnya awal tahun lalu.

Ketika ditanya mengenai penghijrahan isterinya, akui hos Wanita Hari Ini, dia tidak pernah memaksa atau meminta isterinya Elena Eleas berbuat demikian.Sebaliknya Fahrin selalu menitipkan pesanan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.

Walau bagaimana pun, Fahrin mendoakan isterinya akan terus istiqamah dengan keputusan tersebut.

“Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.

“Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.

“Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah…semuanya berlaku naturally,” katanya kepada mStar.Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal keluar dengan drama berjudul Khilaf Asmara terbitan Radius One yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.

Fahrin dan Elena Hani Eleas mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.

Sumber:fahrinahmad_fa

IKLAN