Kurma merupakan buah yang cukup popular ketika bulan Ramadan. Ramai yang akan membelinya untuk berbuka puasa atau bersahur.
Namun hakikatnya ramai yang tak tahu bahawa buah kurma perlu dibersihkan dahulu sebelum makan.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian oleh puan Niena Samsir.
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Rupanya ini sebabnya
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Ads
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir. Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Ads
Program ini disokong sepenuhnya oleh TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil #BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu mengenai faraid atau harta sepencarian sering kali menjadi topik yang dibincangkan lantaran masih ada yang masih kurang kesedarang mengenai hak-hak yang sepatutnya diketahui.
Malah ada segelintir wanita yang kematian suami tidak mengetahui haknya ke atas harta peninggalan suami sehingga di tindas.
Perkongsian ini dipaparkan oleh wanita ini mendidik agar wanita atau balu alert mengenai apa yang harus dilakukan apabila pemergian suami. Ia bukan semata harta, tetapi untuk mendedahkan mengenai hak balu dan anak yang ditinggalkan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Moga dijadikan iktibar bersama di bulan mulia ini.
Di dalam Islam nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya selama tempoh edah 4 bulan 10 hari dipertanggungjawabkan ke atas bapa si arwah. Jika bapa si arwah sudah meninggal dunia, maka adik-beradik lelaki si arwah BERTANGGUNGJAWAB memberi nafkah kepada si balu dan anak-anak yatim itu dalam tempoh edah berkenaan.
PEMBERIAN NAFKAH PADA BALU
Pemberian nafkah bukan bermakna sekali datang melawat bagi RM 50. Pemberian nafkah bermaksud pastikan makanan mencukupi untuk si balu dan anak-anaknya selama 4 bulan 10 hari. Rumah dibayar bulanannya kepada pihak bank selama 4 bulan 10 hari. Jika rumah sewa, bapa si arwah dan adik-beradik lelaki si arwah bayar sewa rumah yang diduduki si arwah bersama isterinya itu selama 4 bulan 10 hari. Si balu ada duit minyak kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah. Itu maksud nafkah dalam edah bagi balu yang kematian suami.
Pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya TIDAK BOLEH membabitkan harta yang ditinggalkan arwah KECUALI si bapa arwah dan adik-beradik lelakinya itu TERLALU MISKIN.
Maka dibolehkan mengambil harta si arwah sekadar mencukupi untuk menanggung nafkah si balu dan anak yatim itu dalam tempoh edah. Bapa si arwah TIDAK BOLEH mengambil untuk diri sendiri apatah lagi untuk dibahagi-bahagikan dengan anak-anak yang lain kerana SANGAT JELAS HAK ANAK YATIM ADA DALAM HARTA BERKENAAN. Sila buka kitab Bab Anak Yatim, terlalu jelas huraiannya, cuma yang pasti SATU SEN PUN HAK ANAK YATIM KITA TIDAK BOLEH AMBIL. Si balu sebagai penjaga anak-anak yatim itu mempunyai hak ke atas harta peninggalan arwah suaminya.
Tempoh edah 4 bulan 10 hari dikurniakan Allah SWT kepada si balu, anak-anak yatim dan keluarga si arwah supaya “semua orang” dapat bertenang dan tak perlu “gelabah beruk” dalam memikirkan apakah langkah seterusnya untuk masa depan anak yatim itu, bukannya tempoh edah itu untuk saudara-mara mengeluh-ngeluh “kami ni nak merasa juga harta si arwah”. Masa arwah masih hidup kenapa “malu-malu untuk mintak hartanya”. Mengapa perlu tunggu dia mati???
Hukum ini sudah terlalu lama diabaikan oleh orang Melayu Islam di Malaysia. Bab Hadiah Dari Suami Kepada Isterinya SEMASA SUAMI MASIH HIDUP, tak kiralah dalam bentuk apa seperti wang tunai dalam akaun bank bersama, atau jam tangan, atau rumah, atau apa sahaja hadiah tanda cinta si suami kepada isterinya maka KESEMUA YANG DIHADIAHKAN ITU TIDAK BOLEH DIFARAIDKAN. Ianya sudah menjadi HAK MUTLAK SI BALU.
Saya nak tanyalah, korang yang lelaki ni okay ker dalam kubur nanti apabila tahu hadiah yang korang beri kepada isteri semasa anniversary dengan harapan isteri bertambah cinta pada korang, menjadi rebutan adik-beradik korang bila korang dah mati?? Korang okay ker dalam kubur tu jika korang tahu isteri korang tengah bergelut mencari duit untuk memberi makan anak-anak benih korang dalam keadaan adik-beradik korang sebok berebut harta korang?? Korang okay ker dalam kubur tu?? 🤔
Satu lagi perangai buruk orang Malaysia adalah sangat suka “acah takut” apabila berhadapan dengan balu yang tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan. Kononnya “acah bimbang” si balu tidak pandai menguruskan harta si arwah yang sedikit itu. Alangkan masa hidup si arwah beri kesemua gajinya kepada si isteri, takkanlah si isteri masih tidak pandai menguruskan harta suaminya? Kenapa si arwah tidak beri duit gajinya setiap bulan kepada adik-beradik dia jika dia tidak percaya kepada isterinya?
Harta sepencarian
KEPADA SEMUA WANITA..Apabila anda berhadapan dengan kemelut begini, TUNTUT HARTA SEPENCARIAN di mahkamah.
Harta Sepencarian adalah harta berupa wang, rumah, tanah, barangan atau APA SAHAJA yang dibeli atau diperolehi sepanjang perkahwinan berlangsung dan isteri mempunyai HAK KE ATAS SEPARUH HARTA berkenaan WALAUPUN si isteri TIDAK PERNAH BEKERJA sepanjang perkahwinan berlangsung. Ada dalam undang-undang negara kita.
Seorang rakan saya yang mempunyai 5 orang anak pernah berjaya dalam tuntutannya ke atas Harta Sepencarian apabila ianya menjadi rebutan adik-beradik arwah suaminya. Kemelut tuntutan dari adik-beradik arwah suaminya, sehinggakan hakim menetapkan jika ada 12 batang sudu di dalam rumah yang didiami bersama arwah suaminya, maka rakan saya dapat 6 batang sudu dan adik-beradik arwah mendapat baki 6 batang sudu lagi. Sofa ada 3 biji, pertama 3 seat, kedua 2 seat dan ketiga 1 seat, maka semasa pembahagian itu yang dipantau oleh wakil mahkamah dan wakil peguam kedua belah pihak, rakan saya berjaya mengambil sofa 3 seat kerana dia kata arwah suaminya selalu berbaring di atas ribanya di sofa 3 seat itu selama 15 tahun perkahwinan mereka.
Rakan saya mengalirkan airmata semasa meminta sofa 3 seat itu diberikan kepadanya. Rumah yang didiami bersama arwah suaminya dan mempunyai kenangan indah buat anak-anak yatim itu terpaksa dijual dan wang hasil jualan dibahagi dua antara rakan saya dan adik-beradik arwah suaminya. Saya melihat 5 anak yatim itu menangis semasa mengangkat beg baju mereka keluar dari rumah yang dibeli bapa mereka.
Saya perhatikan pembahagian berlaku dengan tenang walaupun adik-beradik arwah suaminya menghenyeh-henyeh rakan saya itu sebagai “janda kaya tak sedar diri” kerana mahu sofa (buka kamus apa makna menghenyeh). Rakan saya itu bukan tidak sedar diri, dia sedang rindu kepada arwah suaminya. Apabila hitamnya hati, sehinggakan airmata anak-anak yatim itu tidak lagi mampu melembutkan bapa-bapa saudara yang sangat tamak hinggakan berkeras mahu sudu yang pernah menyuap makan anak-anak yatim itu selama 15 tahun juga mahu direbut.
Nasihat untuk lelaki
KEPADA ORANG LELAKI.. Pertama: Ingatlah, sebaik mana pun hubungan anda dengan adik-beradik anda, JANGAN SESEKALI ANDA BERKATA “kalau aku takde nanti kau tolong tengok-tengokkan wife dan anak-anak aku, maklumlah wife aku tak pernah kerja”. Bila anda mati yang ditengok cumalah harta. Lapar atau tidak anak-anak anda tidak lagi menjadi perhatian mereka. Ayat anda tentang isteri anda yang “tidak pernah bekerja”, “lurus bendul” itu sahaja yang akan dijaja. Lebih baik semasa anda masih bernyawa, anda ajar isteri anda menguruskan harta bersama-sama, ajar isteri anda memandu, membaiki kereta dan lain-lain. Bukankah di dalam Islam tanggungjawab suami itu mendidik isterinya?? Kedua: INGATLAH walau baik macamana pun hubungan anda dengan kawan-kawan lelaki anda, JANGAN SESEKALI ANDA CAKAP “bila aku takde nanti kau tolong tengok wife dan anak aku maklumlah wife aku tu lurus bendul”. Yaaa!! Kawan anda akan tengok wife anda, tetapi dalam pandangan yang berbeza. Ini kami biasa jumpa ketika membantu balu yang kesusahan. Dalam erti kata lain, tunggu masa nak ngap isteri korang sahaja. “Try Try Je, Kalau Dapat, Alhamdulillah” kata orang lelaki. Tak semua begitu ya, jadi kalau korang bukan perangai begitu, tak payahlah nak terasa hati dengan penulisan saya ini.
Pengajaran
Pengajaran kepada kita, jika seorang suami masih hidup, bertegaslah dengan adik-beradik sendiri tentang kewajipan semasa isteri dalam edah, BUAT WASIAT SIAP-SIAP. Dapat harta buat wasiat terus bukannya tunggu Izrael Datang Memanggil baharu nak sign wasiat. Utamakan hak isteri dan anak-anak kerana jika isteri dan anak-anak yatim tidak redha kehilangan hak mereka selepas anda mati, maka ianya akan berpanjangan hingga ke Akhirat. Anda mahu tersangkut ke Syurga kerana diadili dalam masa yang panjang di hadapan Allah SWT dan hampir terjerumus ke Neraka hanya kerana adik-beradik anda terambil 6 batang sudu hak anak anda yang merupakan anak yatim?? Fikir-fikirkanlah.
Rumah yang kemas dan susun atur yang tersusun sudah tentu menjadi idaman semua orang. Apabila rumah kemas sudah tentu sedia menerima sebarang kunjungan tetamu sama ada mertua, adik beradik atau ipar duai. Namun, kadang kala, dek kerana keletah anak-anak yang aktif, rumah tetap bersepah sana sini. Biarpun baru sahaja mengemas, suasana itu tidak bertahan lama. Ada sahaja yang disepahkan oleh anak-anak.
Akibatnya, si ibu menjadi penat untuk mengemas setiap masa. Oleh sebab itu tidak mustahil jika berkunjung ke rumah yang mempunyai anak-anak kecil ada yang bersepah barang mainan, dinding kotor diconteng, kain tidak berlipat di ruang tamu dan sebagainya.
Mungkin bagi yang memahami ia tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya jika ada yang tidak memahami situasi ini.
Begitulah dengan perkongsian ini. Moga kita alert hal ini apabila ingin berkunjung ke rumah yang ada anak-anak kecil. Jangan mengejut tapi beritahu awal supaya tuan rumah dapat membuat persediaan menerima tetamu.
Jujurnya, rumah orang yang ada anak kecil ni, bukanlah rumah yang bersedia untuk menerima kunjungan tetamu. Apatah lagi secara mengejut.
Bersepah, tunggang-langgang, lantai tercemar, baju tak berlipat, dinding comot.
Kalau kita tetamu, kalau hati bukan jenis memahami dan berbaik sangka, tak payah lah datang. Jenis membawang, lagi lah.
Di sebalik rumah yang macam kapal karam tu, ada seorang perempuan yang macam bela saka. Bila-bila masa boleh meletup.
Baru kemas, dah sepah balik. Dah tu, dia seorang je yang kemas pulak tu. Yang tukang sepahnya ramai. Semua kerja, harapkan dia. Baru buka mulut, kena cop asyik membebel.
Sakitnya hati!
Dulu masa Kak MJ masih bujang, berazam la konon nak jadi lain dari yang lain. Akan usaha juga rumah kemas ala English Style. Anak taknak comot. Superwoman. Konon.
Pada yang masih bujang tu, good luck lah ye.
Kredit; Dr Kamarul Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pemergian anak sulung daripada dua beradik yang berusia sembilan tahun, Muhammad Rizqi Naufal Mohd Shakir ternyata meninggalkan kesan amat mendalam buat ibunya, Siti Fatimah Jaafar, 32.
Sementelah, arwah langsung tidak menunjukkan dia menghidap sebarang penyakit sebelum itu.
Lebih memilukan,sepasang baju Melayu biru yang dibeli untuk dipakai anak lelakinya itu ketika Aidilfitri nanti hanya tinggal kenangan.
Anaknya itu meninggal dunia secara mengejut ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Menurut Siti Fatimah, arwah anaknya itu dikesan hanya mengalami demam petang Isnin lalu sebelum dia membawanya mengambil ubat keesokannya.
“Selepas mengambil ubat, keadaan arwah dilihat beransur baik namun menjelang petang Selasa anak mula dilihat tidak bermaya namun dia enggan pergi ke hospital kerana takut doktor tidak akan membenarkannya pulang.
“Bagaimanapun, melihatkan keadaannya yang semakin lemah arwah terpaksa juga dikejarkan ke hospital dan keadaannya bertambah teruk jam 12 tengah malam sehingga darahnya terpaksa diambil dan ujian imbasan x-ray dilakukan terhadapnya.
“Ketika itu, arwah masih boleh berbual dengan saya sebelum dia pengsan dan kembali sedar tidak lama kemudian selepas dicucuk ubat. Sebaik tersedar, arwah terus meminta air kepada saya dan pada 7 pagi Rabu dia sekali lagi tidak sedarkan diri sehinggalah doktor memaklumkan anak sudah meninggal dunia dua jam kemudian,” katanya.
Menurutnya, dia berada di samping arwah sehingga anaknya itu menghembuskan nafas terakhir dan melihat bagaimana kakitangan hospital bertungkus lumus menyelamatkan nyawa anaknya itu dengan memberikan bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, Allah SWT lebih menyayangi dia dan saya reda dengan pemergiannya yang meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
“Memang terasa sunyi malah adik perempuannya yang berusia lima tahun menangis kerana mencari abangnya itu selepas bangun tidur pagi tadi,” katanya.
Katanya, dia dimaklumkan pihak hospital yang arwah anaknya itu terkena serangan jantung selain turut mengalami masalah kerosakan hati dan buah pinggang.
“Saya dimaklumkan arwah terkena serangan jantung ketika dia koma namun sehingga kini masih menunggu laporan lengkap yang menyebabkan kematian anak.
“Empat hari lalu saya sempat membelikan baju Melayu buat arwah dan dia sendiri memilih warna pakaian yang mahu dipakainya ketika hari raya nanti namun semua itu hanya tinggal kenangan,” katanya.
Jenazah Muhammad Rizqi Naufal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang Besar, Tikam Batu dekat sini jam 6 petang kelmarin.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.