Semalam dia masih sempat melemparkan senyuman buat si anak tersayang yang datang melawatnya. Namun siapa sangka itulah senyuman terakhir yang mampu diberikan. Beberapa jam kemudian, dia dijemput pulang ke negara abadi buat selama-lamanya.
Salam takziah buat Dato’ Seri Aliff Syukri dan keluarga atas kepulangan ayah tersayang kerahmatullah. Beliau sebelum itu ada memuat naik dan berkongsi satu video mengenai bapanya yang dikatakan sakit jantung tahap 3 dan juga paru-paru berair lalu dimasukkan ke hospital.
Meminta orang ramai mendoakan supaya ayahnya kembali sihat, namun ketentuan Tuhan tak siapa mampu menduga.
Tidak berapa lama kemudian, setiausaha Dato Seri Aliff memuat naik berita mengenai kembalinya ayah Pengasas produk D’Herbs kerahmatullah.
Ads
“Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsanikepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya.
Salam takziah dari pihak Majalah Keluarga buat Dato’ Seri Aliff Syukri dan keluarga. Semoga roh ayah Dato Seri dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu sosial di kalangan masyarakat . Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu.
“Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang.
“Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri.
“Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
“Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju.
“Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah tersebut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia.
Rumah yang kemas dan bersih pastinya menjadi idaman semua orang. Untuk memiliki rumah yang cantik tidak semestinya perlu sebuah rumah yang besar atau mewah. Jika pandai susun atur dan tata hias rumah pasti, ‘sedap’ mata memandang.
Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul yang tinggal di sebuah kuarters polis. Biarpun memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.
Sebagaimana yang dilakukan kepada ruang membersih atau ruang laundry. Setelah dihias dengan cantik, ruang ini kelihatan kemas dan sedap mata memandang.
Beliau juga berkongsi gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza!
Jom ikuti perkongsian gambar beliau menerusi group Kelab Deko Sebelum & Selepas.
‘Deko mini laundry di yard balkoni rumah kuarters polis’.
SELEPAS
Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.
Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.
Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.
Umum ramai yang menyuarakan pelbagai pandangan mengenai pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dilaporkan sebelum ini.
Menerusi laporan Sinar Harian baru-baru ini, bahawa Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya, berkata, setakat ini isu pemansuhan itu masih di peringkat akhir kajian dan keputusan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
“Kita sekarang di peringkat akhir kajian mengenai pemansuhan UPSR dan keputusan muktamad akan dibuat tidak lama lagi.
“Kemungkinan besar tidak ada lagi peperiksaan UPSR yang diambil murid Tahun Enam seperti setiap tahun atau selama-lamanya.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum KPM belum memuktamadkan sebarang keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Terdahulu, KPM pada 15 April lalu mengumumkan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
PEMBAHARUAN UNTUK GENERASI BARU
Dalam pada itu, bapa itu mengharapkan pemansuhan ini memberi impak yang positif untuk generasi kini. Bagi beliau anak-anak sekarang tidak boleh samakan dengan anak-anak zaman dahulu.
Justeru pendidikan perlu ada pembaharuan untuk lebih relevan buat masa kini.
Tiada masalah, kita sokong sahaja perkara yang baik demi kepentingan generasi akan datang.
Anak-anak kita tak boleh disamakan dengan zaman persekolahan kita yang berpuluh tahun dahulu.
Anak-anak jadi malas dan kurang motivasi apabila UPSR dimansuhkan?
Penilaian dan pentaksiran kan boleh berlaku dalam banyak bentuk dan pada pelbagai situasi? Kita tidaklah perlu terlalu bimbang akan hal ini.
Apa yang kita perlu, adalah kaedah perekodan yang dinamik, mampan dan boleh memaparkan pencapaian anak-anak secara holistik.
Satu lagi, kualiti PdP dalam kelas itu satu perkara yang kita sama-sama perlu ambil tanggungjawab.
Berilah sokongan kepada pendidik kita, tidak kira apa jua caranya, yang penting, akses kepada kaedah, bahan dan peralatan PdP perlu sama sahaja tidak mengira dimana sekolah mereka berada.
Kalau tanya aku, secara peribadi, tiada masalah jika UPSR dimansuhkan.
Aku dah lihat jatuh bangun bab pencapaian dalam UPSR ni, walaupun ia sebenarnya hanyalah salah satu komponen dalam PPSR sahaja.
Kau tak suka, tak mengapa. Kita melengkapi.
Sumber: Sinar Harian & Firdauz Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...