Usahawan kosmetik negara, Datuk Aliff Shukri telah pun selamat sampai keTanah Suci Mekah bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram beliau, Datuk Aliff memohon agar orang ramai mendoakan supaya segala urusan ibadah mereka semua dipermudahkan.
“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkanlah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.
“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin – amin yarobal alamin,” kata beliau menerusi keterangan di Instagramnya.
Ads
Di ruang komen, rata – rata netizen juga turut mendoakan Datuk Aliff bersama anak lelakinya.
“Alhamdulillah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi ‘orang baru’ yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik – gedik lagi Datuk,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan… Semoga mendapat haji yang mabrur… Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen netizen lain.
Ads
Untuk rekod, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.
Selebriti ini memang terkenal dengan gelagatnya yang nampak bersahaja tetapio kelaklar. Ada sahaja taktiknya sama ada mengusik isteri mahupun anak yang membuatkan sesiapa sahaja melihat pasti ketawa kelucuan.
Terbaru, pasangan Azad Jazmin dan Eira Syazira sekali lagi menjadi tumpuan apabila si isterinya memuat naik satu video si suami sedang bergurau dengan adiknya, Shafnida dengan menggunakan loghat Kelantan.
Hal tersebut ditambah pula dengan suara latar Eira yang gelak sakan melihat tingkah laku mereka berdua dan turut menarik netizen bergelak tawa bersama. Malah ada juga yang mengulang-ulang video ini sehinga 2-3 kali dan terhibur melihat keakraban mereka.
Rata-rata yang menonton mengakui mereka terhibur dengan gelagat tersebut. tak kurang juga yang gelak kerana tidak dapat menahan rasa lucu mendengar ketawa Eira sendiri.
Kita dulu pun macam tu jugak. Main mintak ikut dan ja.
“Ayah, nak makan sotong.”
“Ayah, nak pi jalan-jalan.”
Biasanya ayah diam ja. ‘Haaa’ dak, ‘huuu’ pun dak. Paling responsif pun, dia angguk gitu gitu ja. Kadang tu dok heran, ayah ni dengaq ke tak? Paham ke tak? Kalau tak boleh, habaq la tak boleh. Tadak la kita nak berharap sangat.
Sampai satu masa, kita pun lupa apa benda yang kita mintak. Kita rasa permintaan kita tu tak mustahak bagi ayah. Ayah macam tak peduli. Apa yang kita mintak tu, bagi ayah tak penting dan tak boleh pakai. Buat perabih duit. Kita pun merajuk, tarik muka. Mintak benda sikit pun ayah tak boleh bagi.
Selang tak lama kemudian, kita nak keluaq rumah dah ada kasut baru. Buka almari dah ada baju baru, angkat tudung saji dah ada sotong goreng kunyit. Selongkaq beg sekolah dah ada buku baru siap dengan pensel, rubber dengan gurmit. Duduk tak duduk ayah ajak pi jalan jalan.
Masa tu, baru kita sedaq. Ayah tak pernah lupa pun. Ayah tak pernah berasa tak penting. Masa kita mintak tu, otak ayah tengah proses dan simpan. Dia diam bukan sebab dia buat tak tau, tapi dia sedang buat kira kira. Berapa duit nak guna, berapa banyak nak beli dan bila nak dapat gaji. Baru kita faham, ayah letak diri kita lebih penting dari diri dia sendiri. Ayah penuhkan hajat kita dulu, hajat diri sendiri dia letak ke tepi. Ayah kenyangkan kita dulu, dia hanya makan yang saki baki.
Sekarang bila kita dah ada anak, barulah kita rasa apa yang ayah kita pernah rasa. Anak mintak itu mintak ini, kita jadi pening. Tapi pening macam mana pun kita cuba untuk penuhi. Tidak hari ni, tidak esok, mungkin sepurnama atau seberapa lama pun waktunya, pasti akan ada rezeki.
Itulah ayah, kita nampak macam dia tak peduli, padahal dia simpan dalam dalam ke lubuk hati. Kepada yang masih ada ayah, sayangilah dan hargailah. Kerana waktu ini tidak mungkin berulang lagi.
Kepada yang ada anak, kasihilah, penuhilah selagi ada daya dan qudrat, selagi tidak merosakkan jiwa dan syariat. Kerana kita tidak tahu, sampai bila anak itu akan ada dengan kita. Yang pasti, bukan selama lamanya.
Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sama juga dengan anak-anak, kalau mahukan yang terbaik dari mereka, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu membentuk sejak dari mereka kecil lagi.
Lebih-lebih lagi dalam menjaga adab mereka. Selalunya kalau jumpa orang yang kurang dari segi adabnya atau lebih sinonim dengan kurang ajar pun kita dah tak suka, sanggup ke kita lihat anak yang kita kandung dan jaga menjadi begitu juga? Mintak jauh la nak oiii!!!
Jadi, kalau nak anak kita jauh dari segala benda negatif, masih belum terlambat untuk ibu bapa jadikan diri sendiri sebagai contoh untuk anak-anak dan terapkan beberapa adab untuk mereka ikuti dan aplikasikan dalam kehidupan mereka seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Farid dalam Hello Doktor ini.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Selain itu, anda perlu jadi ibu bapa yang hebat kerana ibu bapa sebenarnya adalah role model yang diidolakan oleh setiap anak.