Sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Kalau time panas tu, nak keluar tengahari pun tak lalu tau! Terik sangat, kena kulit memang terasa mencucuk panasnya.
Bila dah cuaca macam tu, mula la mencari air sejuk! Dah minum air tak puas dah habis, dimakannya pula ais tu.
Meskipun pada pandangan mata ia seperti perlakuan remeh, namun tabiat suka mengunyah ketulan ais sebenarnya berisiko merosakkan gigi manusia.
Melalui satu perkongsian di laman Facebook rasmi Medical Mythbuster Malaysia, Dr Muhammad Iqbal menegur para ‘pengunyah tegar ais’ bahawa ada risiko buruk menanti mereka tanpa disedari.
Ujarnya, hal ini kerana tabiat mengunyah ais boleh menyebabkan kehilangan struktur gigi. Walaupun proses tersebut berlaku pada skala mikro ataupun sangat kecil, namun kesannya akan ketara jika semakin lama dan banyak jumlah air batu yang telah digigit. Jom ikuti perkongsiannya!
Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar. Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.
Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Ini dinamakan “Abfraction”. Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.
Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.
Ads
Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.
Mari saya ceritakan tentang makan ais ini.
Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.
Ads
Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.
Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).
Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.
Masalah angin dalam badan memang boleh buat sesiapa pun tak selesa. Lagi-lagi bila perut menjadi sebu berangin dan secara tidak langsung menjadikan perut kelihatan buncit.
Memberi kelegaan daripada masalah tersebut, elok kiranya mencuba amalkan minuman ini yang dikongsikan oleh Lainatul Aisyah.
by
Jom saya kongsikan sedikit tips untuk kurangkan berat badan.
Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega weh
Yang paling best perut boroi dah tak de. Timbangan pun dah turun. syokkkk tauuu.
Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal-mahal.Buat sendiri kebersihan terjamin.
Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat
Sediakan bahan2 berikut
1-2 biji lemon (bergantung pada
banyak mana kita nak buat)
Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun takpe nanti angin lagi cepat keluar.
3-5 keping asam
5-7 biji asam boi putih (bergantung pada masing-masing. Saya letak kasam boi sebab tak nak rasa masam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tu
Cara penyediaan
1. Basuh bersih semua bahan tadi..
Toskan
2. Siap basuh dan potong bahan bahan tadi. Masukkan air sebanyak 5 cawan..
3. Rebuskan semua bahan-bahan tadi. Biarkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan. Kacau sebati. Tutup api
4. Biarkan sejuk suam-suam.Jangan terus minum tau. Nanti melecur mulut susah pulak cari ubat lain.
Dah boleh minum. Rasa sedap
masam-masam pedas gitu.
Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatannya tu. Maklumlah ada halia kan..
Tak sampai 15 minit dah sedawa
tau. Keluar segala angin-angin monsun dalam tubuh
Ingat. Jangan jauh dari tandas yer.. Nanti nak membuang tau. Takut tak sempat.
Amalkan minum pagi dan petang selepas makan malam..
Memang terkeluarlah segala harta-harta pusaka dalam tubuh tuu. Haha
Yang sembelit pun leh cuba.. Memang terbaik! Selamat mencuba
Terliur tengok menu yang dipaparkan ini. Nampak menyelerakan. Takut pula nanti dalam nak berdiet dan makin naik berat.
Menurut Yaya Bazli, dia mengamalkan diet dengan 15 menu ini untuk menurunkan berat badannya. Hasilnya dia hilang 5-6kg dalam tempoh sebulan.
“Siapa cakap makanan sedap tak boleh untuk diet? i hilang 5-6kg in 1 month sebab cheatday sabtu dengan ahad.
“kalau u’all tak cheat langsung confirm 10kg boleh hilang tau. guna garam and black pepper sahaja. no additional seasoning,” tulis Yaya di ruangan facebooknya.
Buat ibu-ibu di luar sana, kalau nak berdiet tapi masih boleh makan yang sedap-sedap, cuba ikut contoh menu yang dikongsikan ini. Memang power kan sebab boleh turun 6kg tu!
Kita selalu melihat kempen promosi kesihatan yang menggalakkan pemakanan tinggi serat. Memang tidak dinafikan serat atau fiber adalah bahan yang amat penting kepada kesihatan.
Banyak makanan yang dijual sebagai makanan kesihatan sekarang melabelkan makanan itu sebagai tinggi serat. Kita selalunya agak keliru mengenai fakta ini kerana pemahaman kita perihal kelebihan serat kepada kesihatan masih terbatas.
Sebenarnya, terdapat banyak kajian menunjukkan kelebihan pengambilan serat secukupnya setiap hari mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.
Serat sebenarnya adalah bahan karbohidrat iaitu selulos yang terdapat dalam tumbuhan yang biasanya tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan akan dikeluarkan semula di dalam najis kita.
Ia terbahagi kepada jenis boleh larut dan tak boleh larut. Serat yang tidak larut boleh kita lihat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dan jenis serat boleh larut adalah seperti pektin, inulin dan beta glukan.
Makanan yang tinggi serat adalah seperti beras perang, tepung gandum serat penuh (wholegrain), oat, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kajian mencadangkan pengambilan serat sekurang-kurangnya 30 hingga 32 gram setiap hari cukup untuk memberikan faedah kesihatan dengan mengurangan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, sakit jantung koronari, darah tinggi, strok dan kanser.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang cukup membantu mengawal paras kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal paras glukosa darah, meningkatkan sensitiviti insulin kepada sel tubuh dan mengurangkan masalah keradangan mikro yang menyebabkan masalah pengerasan saluran darah atau atherosklerosis.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang tinggi membantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah masalah sembelit. Ini kerana serat meningkatkan kadar pergerakan usus dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam usus.
Kajian juga menunjukkan pengambilan serat yang tinggi mencegah penyakit buasir dan kanser usus yang berpunca daripada masalah sembelit kronik.
Pengambilan serat yang tinggi dalam pemakanan juga membantu mengawal berat badan selain mengurangkan obesiti. Kajian menunjukkan makanan karbohidrat berserat tinggi juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan akan membantu mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik di samping mengurangkan kolesterol yang tinggi.
Dalam satu kajian meta analisis di Eropah dan Amerika Utara membabitkan sejuta peserta menunjukkan penurunan risiko kematian akibat penyakit kronik sebanyak 10 peratus dengan setiap peningkatan 10gram serat setiap hari.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan pada 2013 melaporkan setiap tujuh gram lebihan serat yang dimakan setiap hari akan menurunkan risiko penyakit strok sebanyak tujuh peratus. Jumlah tujuh gram serat ini adalah seperti pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak dua hidangan tambahan setiap hari.
Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan 2014 pula menunjukkan pengambilan tambahan 10 gram serat boleh larut berkaitan dengan pengurangan risiko 15 peratus kematian akibat penyakit kronik secara umum.
Kajian juga menunjukkan seseorang yang mengambil serat paling tinggi mengurangkan risiko 25 peratus kematian akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan strok untuk 10 tahun mendatang berbanding dengan seseorang yang sangat kurang mengambil serat dalam pemakanan seharian mereka.
Serat juga penting untuk kesihatan kerana ia menjadi makanan utama kepada bakteria baik atau probiotik dalam usus kita.
Kuman baik probiotik membantu meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan antibodi tubuh kita. Oleh itu, secara tidak langsung serat membantu dalam mengekalkan tahap imuniti tubuh yang terbaik.
Kadar pengambilan serat sebanyak 30 gram sehari cukup untuk membekalkan makanan kepada bakteria baik dalam usus dan membantu perkembangan baik bakteria di dalam usus kita.
Masyarakat kita sekarang amat rendah pengambilan serat dalam pemakanan seharian kerana pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang amat rendah.
Kita selalu lebihkan pemakanan karbohidrat rendah serat seperti nasi putih, roti putih dan makanan proses berasaskan tepung gandum putih yang amat rendah seratnya.
Kajian Universiti Harvard menunjukkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup dalam hidangan kita adalah sebanyak 50 peratus daripada jumlah makanan dalam pinggan setiap hidangan yang kita makan setiap hari.
Kita perlu banyak mengambil makanan yang tinggi serat setiap hari dengan cara makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran di samping pengambilan makanan tinggi serat seperti beras perang, roti gandum berserat penuh, oat dan sebagainya.
Makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi pelbagai khasiat lain seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim yang amat baik untuk kesihatan.
Terdapat beribu kajian menunjukkan kelebihan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mengekalkan kesihatan dengan lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit kronik dan di antara punca utama kelebihan ini adalah kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di