Pelakon popular Fizo Omar yang sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua daripada perkahwinannya dengan isteri Fazeera Nazri masih belum berkongsi jantina anak yang bakal lahir.
Foto: Instagram Fizo Omar
Pengacara rancangan Roda Panas di Astro ini telah berkongsi foto isterinya sedang menjalani ujian imbasan pemeriksaan antenatal bulanan di hospital dengan kapsyen menyatakan tidak sabar hendak berjumpa anak keduanya itu.
Counting days. Cant wait to see u
Foto: Instagram Fizo Omar
Peminat Main Teka-Teki Jantina Bayi
Nampaknya bukan sahaja Fizo dan isteri yang teruja menanti kelahiran anak mereka tetapi peminat-peminat turut sama teruja menantikan kelahiran bayi tersebut. Bahkan mereka turut berteka-teki jantina anak dalam kandungan Fazeera.
Ads
Ads
Fizo yang sebelum ini sudah pun mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam, 5, hasil perkahwinan pertama dengan usahawan Mawar Karim pada tahun 2013. Pasangan ini bercerai pada tahun 2019.
Ads
Foto: Instagram Fizo Omar
Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Februari lalu, Fazeera mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu dan ayah adalah tempat kanak-kanak untuk bermanja, namun ada juga yang tidak dapat merasai kemanisan bermanja ini apabila ibu atau ayah telah pergi untuk selamanya.
Ingat lagi dengan seorang kanak-kanakyang dipanggil Omok. Omak pernah tular suatu ketika dulu apabila videonya mengundang sebak netizen apabila dia senyap-senyap menangis apabila melihat gambar arwah ayahnya ditelefon.
Sekali lagi, kanak-kanak ini mencuri perhatian netizen apabila dia ke pusara ayahnya selepas waktu persekolahan bagi melepaskan kerinduan.
“Ayah.. Omok nak pergi sekolah ni”
Antara salah satu yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian seorang ibu dikenali Aishah Sanusi di aplikasi TikTok mengenai anak lelakinya di sebuah tanah perkuburan Islam.
Menurut Aishah, anaknya yang mesra disapa ‘Omok’ menatap gambar arwah ayahnya yang meninggal dunia pada penghujung tahun lalu dengan memberitahu dia mahu pergi ke sekolah.
Ceritanya lagi, anaknya meminta untuk dibawa berjumpa ayahnya selepas balik dari sekolah bagi melepaskan kerinduan yang bersarang dihati.
Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat…
Perkongsian itu mengundang rasa sebak di kalangan warganet sebaik sahaja kanak-kanak yang memakai uniform sekolah Tadika Kemas itu mengucap salam dan mencium batu nisan di pusara ayahnya.
Masing-masing menitipkan doa agar kanak-kanak ini membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Al-fatihah, salam takziah. Sesungguhnya kehilangan orang tersayang terutama ibu bapa adalah kesakitan yang tiada ubatnya.
Cukup besar dugaan yang dihadapi keluarga pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila suami, anak-anak dan pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Perkara tersebut dikongsikan Rebecca menerusi satu perkongsiannya menerusi laman Instagramnya.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum Dukacita Di MakLumkan,pada Hari ni Hari khamis #08072021 Saya MUMMYBECCA Mewakili En Suami Serta SeIsi Keluarga,ingin memberitahu..
Keluarga Kami Di Serangi Penyakit COVID 19 ..
Selain suaminya iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti virus berkenaan.
Di Dalam keluarga Kami Yg Positive Suami ~ Dato Norazam Anak kami 6 orang Positive ~Nor Khayrin (positive) ~Nor Adam Daniel (positive) ~Nor Anggun Raverra (positive) ~Nor Aliff Al Raffael (positive) ~Nor Ahmet Al Reaggan (positive) ~Nor Aurora Riana (positive)
Pembantu kami Yg positive 3 orang -Haishatul Akmal (positive) -Nur Ain (positive) ~farrah (positive)
Akui Rebecca, biarpun sedih dengan ujian yang menimpa keluarganya, dalam masa yang sama dia bersyukur kerana dirinya serta dua lagi anaknya iaitu Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.
“Selain itu, turut negatif termasuklah tukang kebun dan tiga orang lagi pembantu rumah yang lain.
Dgn Itu Saya TerSangat La Sedih Sekarang Ni Dan TerLalu BerDuka Cita 😭
Tapi Apa pun Saya BerSYUKUR Alhamdulillah diri Saya sendiri “MUMMYBECCA” Negative..
Dan 2 orang anak Saya Yg negative (Syukur)
-Nor Arif Qayyum (negative) -Nor Anggerik Renesmee (negative)
Dan ~Pakcik Nasir Saya (negative) ~Tukang kebun (negative)
Dan 3 orang pembantu Saya Yg negative ~Atiqah (negative) ~tasha (negative) ~Tg Aziea (negative)
Dalam perkongsian itu juga, Rebecca memohon semua agar menitipkan doa buat mereka sekeluarga agar kembali sembuh.
Rebecca menambah, keadaan kesihatan suaminya terjejas teruk akibat virus berkenaan berbanding anak-anak dan pembantu rumahnya.
Apa Yg Boleh Saya katakan Buat masa Sekarang ni,tolong DOA Kan Utk Kami Sekeluarga 🙏🏻😭 Lebih lebih lagi Kpd Suami Saya Yg Teruk sedikit dari Yg lain 🙏🏻🥺 (SayaTahuSuamiSayaKuat) (insyaAllah)
Minta Maaf Jika Ada Close contact Yg TerDekat Dalam masa 7 Hari ke belakang 🙏🏻 Saya harap Anda Cepat2 buat Swab Test ya 🙏🏻
DOA Anda Semua Saya Perlukan 🙏🏻 #TerimaKasih #MintaMaafDariKamiSekeluarga 😭🙏🏻
#MummyBecca #MummyWith8Kids #TrustInAllah ☝🏻
~HasbunaAllah WanikMal Wakilll 🙏🏻 Allah Hu Akbar 😭🤲
Semalam telah berlangsung Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) iaitu merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Turut mencemar duli tetamu VVIP, iaitu Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYMM), Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri perhatian orang ramai.
Lebih-lebih lagi apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengenakan pakaian baju sekolah dan kelihatan manis mengikuti kod pakaian rasmi iaitu pakaian sekolah yang diwajibkan oleh pihak penganjur konsert berkenaan.
Malah, dalam satu video yang kini tular di media sosial, kelihatan Permaisuri Agong sempat berkongsi ‘pickupline’
“Walaupun terpisah dua benua, cinta tetap setia..” kata beliau.
Dalam pada itu, dia juga percaya muzik bersifat universal dan perbezaan bahasa langsung tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menghayati apa pun jua karya seni dari seluruh dunia.
“Ini juga merupakan kali pertama saya tampil membuat konsert di Malaysia dan ternyata kalian cukup beruntung sekali,” katanya.
Suasana konsert turut terasa dekat di hati apabila rata-rata penonton hadir berpakaian sekolah bagi mengikut tema Back To School seperti yang disarankan penganjur, Icon Entertainment.
Menariknya, Melly turut mengabadikan segmen tribute khas buat Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti serta Bunyi Gitar.
Turut hadir, selebriti popular tanah air juga dilihat turun memberikan sokongan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Amy Search, Misha Omar, Syafiq Kyle, Mimi Laa, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan Melly dari Indonesia turut hadir iaitu Rossa, Yuni Shara, Mayang Sari dan Raffi Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.