Hari ini debaran anak-anak dan ibu bapa menantikan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berakhir apabila keputusan telah diumumkan hari ini.
Rata-rata memuat naik status dan berkongsi kegembiraan atas pencapaian anak-anak. Biarpun tidak semua mencapai keputusan cemerlang, namun ibu bapa tetap bersyukur dan meraikan penat lelah anak-anak yang selama ini berusaha gigih.
Demikian dengan selebriti seorang ini. Cukup terkenal dengan gayanya yang selamba dan suka bergurau. Pengacara dan juga penyampai radio popular, Sharifah Shahirah, atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi laman instagramnya turut berbuat demikian.
Tanpa segan atau malu, dia berkongsi keputusan peperiksaan anaknya Airra, yang beroleh keputusan 2A, 1B, 2C dan 1D dalam peperiksaan tersebut.
Ads
Jelas isteri kesayangan Ijoy ini, tiada apa yang perlu dirahsiakan biarpun keputusan di kertas tidak secemerlang pelajar lain.
Tak salahkan kalau takde 6A tapi letak kat Ig Sbb kang ramai tanya …haaa senang. Tahniah yg dapat 6A…ibu penat berdoa..nangis
Ads
Kami pun penat nangis..ikut mak slow learner..tak paham2..bila cikgu cakap
Rata-rata memuji akan sikap Shiera tersebut dan dalam masa yang sama turut mengutuskan kata-kata semangat agar anaknya terus berusaha dan tidak berputus asa dengan keputusan yang diperoleh hari ini.
cloria_rossabellepeter Masi yg terbaik ❤️ tak perlu dpt A jika dy sdh lakukan yg terbaik dan ikut kemampuannya❤️❤️❤️ congratss
thespotcake Tahniah..alhamdulillah..bukan senang dapat mak yg proud dgn anak no matter what anak achieve..harap dapat jd mcm akak juga! ♥️
mie_roll93 Xsalah jika x smua A, mungkin dy x mendapatkan smua A dlm pelajaran, tp satu hari nnti dy akan dpt menjaga kita di hari tua… AMIN
oreosnowdollybell Taniah.kita sbg ibu kena terima seada ye.bdk semua tak sama.janji anak kita dah buat yg terbaik.jauh lagi perjlnan.mungkin d sek menengah lebih cemerlang.insyaallah.👏
norlianafuad A bukan penentu tapi teruskan usaha untuk dapat yang terbaik 😊😊
Tidak dinafikan cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi migrain. Salah pendekatan boleh menjadikan si kecil lebih agresif . Malah ia juga akan beri kesan kepada perkembangan anak itu.
Lebih merisaukan apabila mempunyai anak lelaki. Sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Ini yang ditegaskan oleh penceramah motivasi oleh Akhi Fairuz yang berkongsi 22 cara untuk didik anak lelaki pada usia 9 hingga 12 tahun.
Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:
1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
4. Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
6. Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
7. Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
8. Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
10. Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
16. Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
17. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
22. Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
Semalam, instafemes dan juga usahawan muda Hafiz Mahamad berkongsi khabar duka yakni dia telah disahkan positif Covid-19. Berita tersebut dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Harini hari pertama PKP & hari pertama saya sebagai #PositiveCovid19
PKP ni ingat nak spend time dgn family dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu free sepenuhnya
Nah, bangun je pagi bila terima result & terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya Quarantine
Jelas Hafiz lagi, dia kerap kali membuat test namun keputusan yang diperoleh semuanya negatif. Namun siapa sangka, hari pertama PKP dilaksanakan, dia menerima khabar sedih apabila sah positif Covid-19.
Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulilah result masih negative
Last week saya & keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini 1st day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative
Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yg positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik & bertenang.
Dalam pada itu, dia meminta doa semua supaya dipermudahkan segalanya. Dalam masa yang sama, dia turut meninggalkan pesanan supaya semua orang berada di rumah bersama keluarga.
Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri & insyaAllah sama sama kita repair perkara ni
Siapa yg masih sihat & negative. Jaga diri baik baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dkt rumah.
Menanam sayur-sayuran dengan menggunakan biji benih, nyata memerlukan masa untuk biji benih bercambah dan seterusnya membesar menjadi anak pokok.
Namun ada baiknya anda mencuba cara yang dikongsikan ini untuk lebih mudah dan cepat sayuran seperti kangkung dan bayam merah dituai.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Bayam dan kangkung ni pun saya tanam guna yang ada akar. Kadang-kadang kesabaran tu tak berapa nak ada bila tengok orang lain tanam dari benih.
Jadi saya nak timbulkan minat, saya guna keratan akar yang sedia ada daripada saya buang begitu sahaja. Kot lepas ni saya lebih berazam dan bersemangat .
Kangkung dapat juga 2 pasu panjang.
Bayam satu pasu panjang. Tapi sampai bila dia bertahan pun saya tak tahu.
Nak tahu kronologi kejadian kena tengok gambar.
Saya pakai tanah organik sahaja. Lebihan keratan batang kangkung dan bayam saya tanam macam tu sahaja.
Kalau saya tahu senang hidup dan menjadi tanam guna kaedah ini, lama dah saya cucuk batang-batang cik kangkung dengan cik yam ni.. boleh jimat duit sayur!
Pokok keluarkan tunas
Selepas 1 minggu
Semuanya baru seminggu lebih.
Selain itu, perkongsian ini turut mendapat komen daripada warganet dan antaranya menurut Ramlah Lulu Doery, “tanam kangkung dari keratan batang, lebih cepat tuai hasil daripada semai biji,,. Saya selalu buat.”
Manakala AdDawanda Azal turut berkongsi pengalamannya di ruangan komen, “Insya allah hdup.dlu ms ank kecik sy selalu cucuk je keratan kangkung n bayam yg berakar tu kat pasu2 yg penyewa lama tnggal dpt 4,5 pasu.siram berkala n chaya ckup.hidup je.siap blh repeat berapa kali potong amek buat sayur utk mknan ank n buat cucur.pun jdi laa.ms tu sy berdua je ngan ank.so ckup laa”
Begitu dengan komen daripada Ummi Ana, “Kangkung saya tanam pun guna keratan btg yg ada akar cucuk2 je alhamdulillah tumbuh merimbun sampai la ni nanti nk try bayam plak sbb semai lambat lah nk tumbuh pokoknya”
Apa yang pasti dengan membaca perkongsian dan komen berkenaan menanam menggunakan keratan batang, ianya nampak lebih mudah dan cepat pula tumbuh, jadi boleh sangatlah dicuba.
Sekurang-kurangnya, tidaklah perlu kita membeli biji benih atau anak pokok untuk menanam sayur-sayuran, sekali gus kita dapat juga menjimatkan kos belanja barangan dapur.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.