Terkini media sosial melaporkan seorang pelajar tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.
Insiden itu telah mengejutkan ramai pihak apabila pelajar sekolah menengah itu jatuh dalam jarak yang tinggi di jalan raya.
Memetik laporan utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 7.30 pagi itu dipercayai setelah pelajar selesai mengikuti bacaan Yasin.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.
Ads
“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.”
NETIZEN TITIP DOA
Ads
Akibat kejadian itu, rata-rata wargamaya mendoakan agar pelajar itu selamat dan tidak berlaku kecederaan serius. Melihat mangsa dalam keadaan terbaring di atas jalan, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat kejadian itu.
Seringkali kita merasakan bahawa tandas merupakan bahagian yang paling kotor di rumah dan pusat pembiakan segala bakteria dan kuman.
Sedangkan hakikatnya ada beberapa tempat yang jauh lebih kotor dan lansung tidak disangka oleh kita. Kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah, tanpa kita menyedarinya. Ibu-ibu kena alert dengan semua ini
supaya terhindar anak-anak daripada bakteria.
Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur
Sinki Dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa didapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Suis Lampu / Kipas
Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.
3) Tombol Pintu
Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
4) Papan Kekunci Komputer
Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.
5) Wang/Duit
Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang
banyak.
6) Span Basuh Pinggan
Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain ia akan menghilangkan bau juga.
7) Pemegang Pintu Peti sejuk
Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.
8) Telefon bimbit
Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
9) Alat Kawalan Jauh TV
SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Telivisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Telivisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di
mana-mana hotel.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan semua wira memakai uniform. Ada yang berjuang dalam diam, ada yang turun ke jalanan membantu golongan memerlukan, dan ada juga yang membina masa depan lebih baik buat anak-anak istimewa.
Itulah pengorbanan tiga figura yang menerima Inspirasi Bapa 2026 apabila Mohd Adli Yahya, pengasas Autism Cafe Project, Mohd Azhan Mohd Adnan atau lebih dikenali sebagai Abbe Hae, serta Mohd Yusof Mohd Noor atau Abang Minyak Hitam Jalanan dianugerahkan Anugerah Khas Inspirasi Bapa 2026.
Pengiktirafan tersebut diberikan sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2026 sebagai menghargai jasa, keikhlasan dan pengorbanan mereka yang bukan sahaja memberi makna kepada keluarga sendiri, malah turut memberi impak besar kepada masyarakat.
Walaupun hadir daripada latar belakang berbeza, ketiga-tiga penerima anugerah berkongsi satu nilai yang sama iaitu menjadikan kasih sayang seorang bapa sebagai kekuatan untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa peranan seorang ayah bukan sekadar mencari nafkah, malah mampu menjadi pencetus perubahan kepada komuniti melalui keikhlasan, kasih sayang dan semangat membantu mereka yang memerlukan.
Bagi Mohd Adli Yahya, segala usaha yang dilakukan bermula daripada rasa tanggungjawab terhadap anaknya yang menghidap autisme dan tidak mampu bertutur.
Perasaan bimbang terhadap masa depan anak mendorong beliau menubuhkan Autism Cafe Project, sebuah inisiatif yang membuka peluang pekerjaan kepada individu autisme selain membantu mereka membina keyakinan diri dan hidup lebih berdikari.
Usaha itu bukan dilakukan untuk anaknya semata-mata, sebaliknya bagi memastikan lebih ramai individu autisme mendapat peluang yang sama untuk membina masa depan yang lebih baik serta diterima dalam masyarakat.
Bagi Mohd Azhan Mohd Adnan atau Abbe Hae, perjalanan sebagai aktivis kebajikan bermula daripada hasrat isterinya yang ingin menyediakan makanan kepada jemaah masjid setiap hari Jumaat.
Daripada niat kecil itu, beliau kini aktif membantu golongan gelandangan serta anak-anak lorong di sekitar Lorong Haji Taib dan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Menurutnya, pengalaman mendekati golongan memerlukan memberikan kepuasan yang sukar digambarkan kerana beliau dapat melihat sendiri perubahan positif hasil bantuan yang diberikan.
Mohd Yusof Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan pula terus dikenali menerusi pelbagai aktiviti kebajikan serta kandungan media sosial yang mengajak orang ramai melakukan kebaikan.
Beliau mengakui tidak pernah menyangka usaha yang dilakukan secara ikhlas akhirnya membawa kepada pengiktirafan berprestij tersebut.
Nama Abang Minyak Hitam Jalanan sebelum ini turut menjadi perhatian ramai selepas kisah beliau membantu seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Dicky tular di media sosial sehingga mendapat pujian pelbagai pihak.
Dalam majlis sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, peranan bapa hari ini bukan sekadar menyediakan keperluan keluarga.
Sebaliknya, seorang bapa juga perlu menjadi pembimbing, pendengar dan contoh teladan kepada anak-anak dalam menghadapi cabaran kehidupan moden seperti tekanan kos sara hidup, pengaruh media sosial serta perubahan sosial yang semakin pantas.
Beliau turut menekankan bahawa institusi keluarga yang kukuh bermula daripada hubungan erat antara ibu bapa dan anak-anak. Seorang bapa yang meluangkan masa, memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik mampu membentuk generasi yang lebih berdaya tahan serta mempunyai nilai murni.
Anugerah Khas Inspirasi Bapa 2026 membuktikan bahawa gelaran seorang bapa bukan hanya diukur melalui pertalian darah semata-mata, tetapi juga melalui kasih sayang, keikhlasan dan kesediaan berkorban demi membawa perubahan positif kepada keluarga serta masyarakat.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai individu untuk terus menyumbang kepada masyarakat serta menghargai peranan seorang bapa yang sentiasa menjadi tunjang kekuatan dalam keluarga dan komuniti.
Si comel Nur Aisywara Nealofa, anak keempat pempengaruh dan MUA, Mua Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya yang dikongsikan oleh ibunya di media sosial.
Perkongsian gambar Aisywara atau nama panggilannya Wara yang tampil dengan pakaian ikan duyung buat ramai yang geram.
Mana tidaknya, tidak hanya berpakaian ala ikan duyung berwarna merah jambu bahkan Wara dengan begitu berani memegang seekor itik kesayangannya.
“Itik dia dah besaq gais. Mermaid & itik, selalu mermaid dengan tapak sulaiman kan.
“Dia ni kan, memang feeling watak sangat tau Wara oii,” tulis Mua Bellaz berseloroh menerusi kapsyennya.
Perkongsian video pendek si comel Aisywara yang muncul sebagai ikan duyung di dalam banjir buat ramai terhibur. Memang serius comel!
Rata-rata pengikut setia Mua Bellaz turut teruja dengan gaya Wara serta meninggalkan pelbagai komen.
Terdahulu, Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.