Lama beliau menantikan kehadiran si comel bernama anak dalam rumah tangganya bersama suami. 11 tahun berusaha dan berdoa, akhirnya apa yang dihajati dimakbulkan Yang Maha Esa.
Kehadiran si comel bernama Siti Aafiyah melengkapi kehidupan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suaminya tersayang, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Kasih sayang semakin bersemarak dan bahagia dikecapi sangat disyukuri oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini.
Keletah si kecil benar-benar menceriakan pasangan ini. Malah, impian beliau untuk membawa Aafiyah ke tanah suci Mekah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Dalam satu perkongsian, Dato Sri Siti Nurhaliza memberitahu impian tersebut sudah lama tertanam di jiwanya.
“Saya telah lama memasang niat semenjak mengandungkan Aafiyah. Akhirnya apa yang saya hajati akan terlaksana. Aafiyah bakal mengikuti saya dan suami mengerjakan umrah pada 23 Mei ini,” jelas Dato Sri Siti atau mesra disapa Tokti.
Selain Tokti dan keluarga, mereka juga turut disertai oleh beberapa ahli keluarga yang lain.
“Ini adalah doa saya setiap kali ke Mekah sebelum mengandung dulu iaitu mohon dikurniakan cahaya mata dan membawanya menunaikan umrah selepas dilahirkan. “Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat.
“Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya. Saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinanNya.
Ads
“Apa yang lebih menyeronokkan apabila hasrat ini tidak memerlukan masa yang lama memandangkan usia Aafiyah baru sahaja setahun tetapi sudah berpeluang ke sana.
“Dari segi persiapan, saya banyak berdoa agar semuanya dipermudahkan kerana Aafiyah masih kecil. Saya berserah kepada Allah,” jelas Siti yang mahu Aafiyah membesar dengan didikan agama yang cukup.
Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.
“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,” ujar Siti.
Tambah Siti lagi, dia mahu anaknya itu membiasakan diri dengan apa yang beliau lakukan (ibadah) seperti melihat dirinya bersolat.
Ads
“Cuma saya perlu memikirkan waktu yang sesuai untuk membawa Aafiyah ke Masjidil Haram kerana terlalu ramai jemaah di sana.
“Ini penting demi kesihatan dan keselesaannya memandangkan dia masih kecil. Saya turut membawa kakaknya (panggilan kepada pengasuh Aafiyah) untuk memudahkan urusan di sana nanti,” katanya.
Justeru kata Siti, dia mengambil kesempatan tersebut juga mahu bertanya kepada rakan-rakan artis yang pernah bawa anak mereka mengerjakan umrah.
“Misalnya Yatt Hamzah yang pernah bawa anak-anaknya ke Mekah walaupun sedang mengandung ketika itu. Ia menguatkan lagi semangat saya untuk membawa Aafiyah,” ujar Siti.
Penyanyi ini ditemui dalam majlis Berbuka Puasa Siti Nurhaliza Bersama Sitizone dan majlis penyampaian anugerah Universal Music Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Ads
Dalam majlis penghargaan itu, Siti dinobatkan sebagai penerima anugerah Legend Award Universal Music Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Universal Music Malaysia, Singapura dan IndoChina, Kenny Ong.
“Bakat dan profesionalisme yang ada pada beliau adalah sesuatu yang sangat berharga buat kami. Kami berbangga untuk menyampaikan Legend Award kepada Siti,” kata Kenny Ong.
“Bekerja dengan Siti dan pengurusannya adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Selama bertahun-tahun bersama, beliau sangat profesional dan sangat mudah bekerja dengannya.
Siti menerima anugerah ini berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam penjualan fizikal dan digital bagi album Fragmen, Konsert Unplugged dan SimetriSiti serta empat lagu single.
Empat single tersebut adalah lagu Anta Permana apabila Siti menerima 11 kali Platinum, Comel Pipi Merah (4 kali platinum), Mikraj Cinta (Platinum) dan Cinta Syurga (emas).
Malah kedudukan dirinya yang masih tidak tergugat dengan kehadiran mana-mana artis baharu lajn melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.
Dalam masa yang sama Siti turut menerima anugerah emas untuk album SimetriSiti.
Malah beliau turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai Malaysia’s Most Streamed Local Artist untuk tahun 2017 dan 2018 di pelantar muzik digital Spotify.
Sumber: Kosmo & Utusan Online
Gambar: IG Rozisangdewi & CTDK
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Banyak manfaatnya kalau kita berbakti kepada tanah. Salah satunya dapat jimatkan duit dapur, tak payah nak beli sayur. Bukan tu je dapat sayur yang segar dan bebas bahan kimia.
Seperti yang dikongsikan oleh puan Zura Rahman Novelis ini yang tanam kacang panjang menggunakan pasu di rumahya.
Pokok kacang panjang ni ramai yang tanya, dapat benih kat mana….
Saya beli dari mardi. So far tak pernah jumpa di kedai2. So…benih ni sangat berharga😅.
Special breed katanya. Tested. Pokok tak menjalar. So sangat sesuai untuk yang tinggal di tempat yang takde tanah. Tanam dalam pasu.
Cuma…pantang larang dia – jangan tanam atas tanah sebab bila kacang ni mula memanjang, bila ia sentuh tanah, ia akan rosak. First time saya tanam atas tanah. Banyak yang rosak. Ni second time tanam dalam pasu. Tapi ada juga yang rosak bila cecah tanah. Kena letak tempat tinggi.
Sekejap je tanam, dapat hasil. Dalam 2 bulan macam tu. Tanam macam tanam sayur lain juga.rendam biji benih. Then baru tanam. Saya terus tanam dalam bekas besar sebab saya tak pandai pakai tapak semaian kecil. Anak pokok tak boleh survive lama dalam tu. Dah buang pun tapak semaian 🤭. This style, better.
Rasa dia memang sedap. Dah makan yang ni, tak mau dah beli kacang kat kedai🤣. Free iklan untuk mardi😁.
#kacangpanjangrenek
Nak barang dapur yang super murah ? Meh tengok kat sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib ada memuat naik gambar Ariq Matin dengan gaya rambut baru yang nampak begitu kemas dengan potongan rambut pendek.
Dilihat juga sebelum itu, Shuib ada berkongsi gambar beberapa foto kandid Matin dengan kapsyen “Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,”.
Posting tersebut bukan sahaja Shuib teruja untuk melihat wajah baharu Martin malah netizen juga tidak sabar menanti perkongsian gambar daripada Shuib dan ramai menjangkakan Matin akan terlihat lebih handsome.
Terbukti benarlah jangkaan netizen, Matin terlihat sangat comel dan kemas sekali penampilannya dengan imej rambut pendek.
Perkongsian Shuib itu telah menerima pujian netizen dan antara reaksi yang diberikan adalah antaranya seperti :
“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu.”
“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin.”
“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat”
“Wow..hansem..sebelum, selepas pun ansem”
“Handsome..kemas..sejuk mata memandang..bila besar moga jadi anak yang…sejuk perut ibu mengandung”
Sementara itu Shuib juga ada berkongsi gambar anak sulungnya Uwais Al-Qarni yang juga dengan gaya rambut pendek. Sekali pandang saling tak tumpah mirip sungguh wajahnya dengan arwah ibunya.
Sekiranya keluarga anda suka menikmati keenakan rasa mangga yang masam-masam manis, pastinya hidangan pencuci mulut nan satu ini akan digemari oleh anda sekeluarga.
Mango Float, mempunyai rasa yang cukup menyelerakan apatah lagi dimakan ketika sejuk seakan aiskrim yang cukup menyegarkan.Selain itu, apa yang lebih menarik tentang menu ini adalah ia begitu mudah disediakan. jadi jom kita sediakan sekarang jadi bolehlah dinikmati ketika berbuka nanti.
“Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk mlm ni. Nak puasa ni selera mcm2. Siapa yang suka masam2 lemak manis, cair dimulit, sejuk diperut, ke nak tambah lemak boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa. Nah resepinya.”–Puteri Bungsu
Bahan-bahan :
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200 gm cream cheese
1/2 peket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)
2. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi.
Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :
1. Rendam biskut di dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut di dalam loyang.
2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
3. Kemudian aturkan hirisan mangga di atasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.
INFO : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar di dalam suhu bilik. Macam ais cream.
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.