Siapa sangka rupanya pelakon popular dan usahawan cantik, Nur Fazura sebenarnya mempunyai keinginan peribadi untuk menjadi peniaga di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu Kelantan.
Impiannya itu dikongsi menerusi YouTube MyFazura telah meraih perhatian peminatnya.
“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dulu saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak ada pengalaman menjual (berniaga).
“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini. Alhamdulillah bila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu.”
Video berkenaan berdurasi 26 minit turut memaparkan aktiviti Fazura sepanjang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Antaranya berdikir barat, persembahan wayang kulit , makan hidangan tradisi Kelantan, mengunjungi salah satu masjid terkenal iaitu Masjid Ar-Rahman dan tempat menarik lain.
Dalam pada itu, Fazura juga mengakui pertama kali makan nasi kerabu ketika di mengunjungi negeri Kelantan ini. Dia amat teruja layanan yang diberikan oleh rakannya juga yang berasal dari negeri Kelantan.
Setiap perkembangan anak-anak menjadi fokus utama ibu bapa. Itulah situasi yang dialami oleh Norhidayah Mohd Ali Atau Hidayah yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, Hidayah memuat naik satu video memaparkan gelagat si anaknya, Syed UIthman Hamzah Al-Juffrey yang semakin bijak.
Tatkala diminta ibunya supaya menyebut ABC, mengira 123 dan sebagainya, dengan pantas dia mengikut permintaan.
Jodoh di tanah perkuburan, Marinah dan Norhisham bina rumah tangga bersama selepas ‘hilang’ pasangan. Siapa sangka lelaki dan wanita ini bertemu jodoh semula ketika menziarahi pusara pasangan masing-masing di tanah perkuburan.
Marinah Mohd Beseri, 48, kehilangan suami pada Mei tahun lalu. Isteri kepada Norhisham Mohd Nor, 64 pula meninggal dunia pada April tahun sama. Kedua-duanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan.
Marinah berkata, sejak arwah suaminya meninggal dunia, boleh dikatakan setiap hari dia menziarahi pusara itu sebelum wujudnya komuniti dalam kalangan waris.
“Kebetulan suami baharu saya (Norhisham) juga baru kehilangan isteri dan dia juga kerap menziarahi kubur isterinya. Apabila kerap berjumpa di tanah perkuburan, beberapa waris mewujudkan kumpulan WhatsApp.
“Daripada situ saya mula kenal waris lain termasuk Norhisham. Selain kerap ziarah kubur, kami turut mengadakan gotong-royong dan tahlil bersama dan semua mulai saling mengenali dan rapat,” katanya.
Marinah yang kehilangan suami akibat kanser pankreas berkata, sepanjang mengenali dan berurusan dengan Norhisham dia mendapati lelaki itu mempunyai persamaan dengan arwah suaminya.
“Selepas enam bulan kenal, Norhisham menyatakan hasratnya dan kami melangsungkan perkahwinan pada November tahun lalu,” kata usahawan produk kecantikan dan kesihatan itu.
Mengulas mengenai pertanyaan beberapa rakan dan saudara mara bahawa dia seolah mencari pengganti terlalu cepat, Marinah berkata, sebenarnya dia mengalami kemurungan lebih sebulan selepas kematian suami.
“Itu antara sebab saya ke kubur suami setiap hari dan kehadiran Norhisham sedikit sebanyak mengubati kehilangan ini. Malah sehingga kini kami masih lagi sama-sama menziarahi kubur pasangan masing-masing.
“Orang boleh cakap apa sahaja, tetapi kena ingat, ini juga aturan Allah, sudah jodoh kami bertemu dengan cara ini, kami terima,” katanya.
Sementara itu, bagi Norhisham pula, matanya mula terpaut pada Marinah ketika kali pertama melihat wanita itu di tanah perkuburan berkenaan.
“Pada waktu itu mungkin dia dalam kesedihan dan sebagainya jadi saya hanya pendam perasaan itu. Selepas beberapa bulan, saya berbincang dengan lima anak dan adik-beradik mengenai hasrat saya.
“Mereka bersetuju dan anak-anak saya rupanya saling kenal dengan anak Marinah. Difahamkan juga saya dapati Marinah juga mempunyai pertalian dengan arwah isteri.
“Bergelar ibu tunggal satu cabaran bagi wanita dalam berhadapan dengan masyarakat dan kehidupan. Dengan adanya lelaki disampingnya, sekurang-kurangnya ada yang membimbing dan melindunginya,” katanya.
Sebagai ibu ayah kita terkadang alpa dalam memberi tumpuan kepada anak-anak dek kerana terlalu sibuk bekerja. Bahkan ada juga ibu ayah merasakan anak-anak sudah boleh berdikari dan tidak perlu lagi diberi perhatian mahu pun dibelai dan dimanja.
Perkongsian kisah daripada seorang bapa tunggal yang dikenali ramai di media sosial, Khairul Abdullah ini umpamanya sedikit sebanyak terkesan dihati kita semua. Memandangkan tidak dinafikan, dalam kita bekerja untuk mencari rezeki dan dalam masa yang sama kita seakan terlalu fokus pada kerja yang dibuat hingga anak-anak terabai dan terasa hati.
Ikuti perkongsian daripanya dan sama-samalah kita sebagai ibu ayah perbaiki diri menjadi yang lebih baik.
Aku tengah buat kerja sikit lepas isyak tadi. Tengah asyik bekerja anak bongsu aku datang dekat dan tarik tangan.
“Daddy, come and sleep with me.” sambil tarik tangan ajak aku teman dia tidur.
“5 minutes okay, I need to finish something.” Aku bargain dengan dia.
“But 5 minutes is a long time. 1 minute okay?”
“Okay.”
Aku pun sambung kerja sikit lagi. Terlupa dah 1 minit yang aku janji dengan dia tadi. Mungkin 10 minit lebih. Dia datang dan pegang tangan aku lagi.
“Daddy, come and sleep with me.”
“Why I need to sleep with you. You dah big boy kan?”
Aku tengah sedap dok jawab soalan dalam workbook kursus yang aku tengah attend beberapa hari ni. Tengah ada idea mencurah, sayang nak berhenti. So aku suruh dia tidur sendiri.
“I wanted to sleep with mommy. But she’s in the grave. I only have you.”
Panggggg! macam kena tampar.
Telan liur.
Insaf dan menyesal.
Kadang-kadang aku tak endah. Aku anggap semua dah ok. Aku anggap depa semua dah berdikari. Aku anggap bagi depa makan dan pakai tu dah cukup dah.
Aku lupa.
Depa tu anak kecil. Anak bongsu aku tu belum pun genap 4 tahun umurnya. Abang dia pun baru 6 dan 7 tahun.
Anak yang sukakan perhatian. Anak yang masih suka dipeluk dan diusap rambutnya. Anak yang suka dicuit geletek lalu terburai ketawanya. Anak yang suka dicium manja apabila diucap selamat malam kepadanya.
Kadang-kadang, terlebih fokus kepada kerja, lupa fokus kepada yang lebih utama. Anak-anak adalah amanah yang harus dijaga sebaiknya. Apatah lagi anak yang sudah hilang kasih sayang ibunya. Sangat tak patut aku calar-calar emosinya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.