Guru adalah umpama ibubapa kedua kita. Kerana sepanjang di sekolah, gurulah yang mendidik dan menjaga kita.

Kasih sayang guru pada setiap anak muridnya kadang kala melebihi kasih sayang pada anak sendiri.

Malah perhatiannya pada anak muridnya melebihi dari segala-galanya. Seorang guru sanggup berkorban jiwa dan raga demi memastikan anak-anak murid mendapat pendidikan yang terbaik demi menjadi insan yang berjaya.

Menjadi tradisi setiap kali peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula, banyak inisiatif yang dilakukan oleh guru-guru untuk anak-anak murid agar tidak ada satupun usaha yang mereka lupa untuk lakukan.

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Selain kelas tambahan, nota percuma, banyak sekolah telah melakukan solat hajat atau doa selamat bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini yang merupakan usaha terakhir mereka untuk pelajar-pelajar.

Beberapa video tular di aplikasi Tiktok berhubung dengan majlis yang diadakan oleh sekolah namun terdapat sebuah video yang dikongsikan oleh seorang guru, Junaidah Mohd Nordin telah mendapat perhatian ramai.

Sebuah video yang memaparkan seorang pelajar lelaki yang tidak dapat menahan air mata ketika bersalaman dengan guru-gurunya sebelum menduduki peperiksaan SPM ini benar-benar menyentuh hati ramai.

IKLAN

Kata guru ini, video yang dirakamkan itu adalah ketika sekolah di tempatnya mengajar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, Kota Kinabalu, Sabah menganjurkan majlis restu ilmu dan solat hajat untuk calon yang akan menduduki SPM.

Dengan kapsyen “Apabila kasih sayang guru kepada anak murid melebihi kasih sayang kepada anak sendiri,” ternyata video itu meruntun hati ramai penonton yang seakan mengerti situasi tersebut lebih-lebih lagi apabila seorang pelajar lelaki dilihat menangis teresak-esak sambil seorang guru mengucapkan kata-kata nasihat kepadanya.

“Pelajar lelaki itu bernama Shahril Malan. biasalah, budak lelaki mesti ada nakalnya sedikit. Sewaktu bersalaman dengan pengetua, cikgu Faridah Raimin, pelajar itu telah minta maaf atas semua kenakalannya.”

Pengetua yang mendengarnya telah membalas dengan kata-kata cukup deep.

IKLAN

“Pengetua pula kata, kamu dah macam anak saya sendiri. ambil peluang ini untuk ubah kehidupan. Mungkin keinsafan ditiupkan dalam diri, teresak-esak dia menangis,” cerita Cikgu Junaidah.

@juncomot Cikgu juncomot ikut nangis boleh ka?? Harunyaa tgk pengetuaaa pun nangis sekali😭😭😭.. wanna hug😣🥺🥺 #kasihgurusampaimati #majlisrestuilmu #smktebobon #salutepengetua #fypdulu #teacherstudentrelationship #spm2022 #proudtobeateacher ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Junaidah yang merupakan guru bagi subjek Matematik berkata, bukan hanya pengetua yang menangis, malah guru-guru lain termasuk dia sendiri turut mengalirkan air mata.

“Memang semua banjir waktu itu. guru ini walau macam mana sekalipun anak muridnya nakal, namun dia tetap menyayangi mereka seperti anak sendiri. “

Junaidah yang sudah 10 tahun bergelar pendidik berkata,

IKLAN

“Bila baca komen, rata-rata tersentuh tengok momen tersebut, Ada yang komen, dia mahukan guru yang sayang pelajar macam anak sendiri.. ada juga yang komen beruntungnya pelajar-pelajar disayangai guru.”

“Apa yang boleh saya katakan, buat yang bergelar guru, support pelajar-pelajar kita. Mereka perlukan sokongan.. kita tak tahu background setiap daripada mereka.”

“Kita ini macam ibu bapa, kena support walaupun prosesnya ambil masa lama. Layan mereka seperti kawan. Dengan itu, mereka lembut hati, senang nak bercerita. Malah nak belajar pun senang hati.”

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Tak Sangka Pengetua Bagi Ayat Deep, Terus Pelajar Lelaki Ini Menangis Teresak-esak. Buat Yang Lain Turut Sebak

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI