Masih ada ingat lagu Flora Cinta? Sudah tentu ada yang mengenali pemilik penyanyi bersuara lantang ini iaitu Min Malik.
Dia merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal pada tahun 1995 dengan lagu hitsnya ketika itu seperti Flora Cinta dan Perjalanan Duka.
Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi ini. Terbaru menerusi perkongsian pengacara popular, fedtriyahya berkongsi gambar bersama dengan penyanyi itu.
Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi berkenaan memakai baju beruniform. Min Malik kelihatan kemas berpakaian rasmi ATM.
“Dalam mesyuarat tadi, ada pegawai tentera duduk paling jauh tapi punyalah kuat suara dia. Orang lain terpaksa guna mic. Dia tak perlu. Semulajadi kuat!
“Rupa-rupanya… penyanyi lagu Flora Cinta! Sekarang sudah sepenuh masa sebagai penjawat awam. Pegawai tentera! Tahniah Min Malik.-“ fedtriyahya
Perkongsian itu telah meraih perhatian peminat penyanyi bersuara lantang itu yang terkejut dengan perubahan imejnya.
Tak salah kalau jadi seorang yang tegas dan garang, tetapi ada batasnya, lebih-lebih lagi lelaki.
Jangan pula terlampau garang sehinggakan membuatkan isteri serta anak-anak sentiasa berasa takut maka ia boleh mendatangkan keburukan kepada keluarga. Ketua keluarga perlu dihormati tetapi bukan ditakuti.
Jom ikuti perkongsian ini telah dimuat naik di Tiktok oleh @mfzzy mengenai perangai suami terlampau garang yang disampaikan oleh Mohamad Wadi Annur Bin Ayub atau lebih dikenali sebagai ustaz Wadi Annuar.
PERANGAI SUAMI TERLAMPAU GARANG
“Antara perangai suami yang boleh menjejaskan keluarga ialah bila suami terlalu garang. Bila isteri dia masak kurang garam, dia lempar pinggan.
“Dah lah aku balik kerja lapar, hang buat tawar pula’ lempar pinggan. Suami saya boleh kata macam itu kepada saya.
“Ustaz dia lempar makanan saya masak, suami saya ini ustaz perangai daripada sebelum kahwin sampai lah kahwin tak ubah perangai.” katanya dalam video berkenaan.
Ustaz Wadi juga turut berkongsikan kisah tentang Saidina Umar yang merupakan antara manusia paling garang, tetapi bila dengan isterinya, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Antara manusia yang paling garang dalam dunia ini ialah Saidina Umar Bin Al-Khattab. Saidina Umar garang, tegas. Tapi apabila isteri dia berleter, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Dia tak taip masej, dia tak baca surat khabar, dia tak tengok televisyen, dia tak main game. Dia hanya mendengar, dia kata sebab isteri inilah yang telah melahirkan anak untuk aku, menyusukan anak aku dan membesarkan anak-anak aku.
“Apalah kiranya, apabila isteri-isteri kita meluahkan perasaan mereka untuk kita dengar. Itu kira luah perasaanlah berleter itu.” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita tidak menyukai sifat suami yang melemparkan makanan tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri mengalami situasi yang sama seperti mana yang dikongsikan oleh ustaz itu.
Anak terkena demam campak buat ibu-ibu mula runsing. Selain memikirkan susu yang turun naik secara mendadak, masalah parut yang bakal ditinggalkan juga buat ibu mula risau. Risau jika parut kekal hingga dewasa.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perubahan pelakon, Datin Almy Nadia yang berhijab sepenuhnya sememangnya menjadi perhatian orang ramai. Katanya, kalau diikutkan sudah lama dia berhasrat untuk mengenakan tudung tetapi hatinya berbelah bahagi kerana khuatir jika sudah berhijab, suaminya berpaling kepada wanita lain.
Namun, selepas berbincang dengan suami yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz, dia nekad berhijab kerana Allah SWT pada Jun tahun lalu.
“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian.
“Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.
“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Mengenai penerimaan suaminya pula, kata Almy, Fizz tidak menghalang hasratnya untuk berhijab itu.
“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.
“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” katanya.
Berkongsi aktivitinya pada bulan Ramadan, kata Almy, masanya banyak dihabiskan untuk menguruskan empat anaknya yang masih kecil di rumah.
“Saya sibuk menguruskan anak-anak di rumah kerana anak yang bongsu, Nur Afrina Aishah masih menyusu badan.
“Saya juga mewajibkan dua anak, Nur Afrina Ariana, 8 dan Nur Afrina Aurora, 7 untuk berpuasa penuh.
“Cuma Nur Afrina Ayra, 5, yang belajar berpuasa pada Sabtu dan Ahad kerana dia belajar di sekolah cina,” katanya.
Pada masa sama, kata Almy, dia juga bagi hadiah untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa penuh, contohnya hadiah mainan pada Ramadan tahun lalu.
“Sebelum ini kami bawa anak-anak menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid, tetapi bila ada anak kecil yang masih menyusu badan, kami hanya buat ibadah di rumah,” katanya.
Sementara itu, kata Almy, Fizz juga memperlahankan aktiviti seninya pada bulan Ramadan kerana mahu menjalani ibadah puasa bersama anak-anak.
“Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang ‘family man’ seperti Fizz. Dia lebih suka berbuka dan bersahur dari air tangan isterinya di rumah.
“Saya juga akan memasak juadah berbuka mengikut permintaan suami dan anak-anak,” katanya.
Almy berkahwin dengan Fizz pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.