Bersin setiap pagi memang buat rasa tak selesa. Muka jadi tegang, hidung pula berair, memang rasa tidak selesa. Buntu rasanya bila semua ubat tidak serasi.

Lazimnya, jika begitu keadaannya kita sering kaitkan seseorang itu mempunyai masalah resdung atau sinus dan cara untuk atasinya dengan makan ubat.

Pun begitu, tahukah anda bahawa meredakan bersin boleh juga dilakukan dengan amalkan petua yang dikongsikan doktor pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar.

Menurut perkongsiannya di instagram miliknya, dulu dia kerap juga mengelami situasi bersin-bersin dan kini masalah tersebut dapat diatasi dengan amal petua menggunakan bawang putih.

Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

Tak Selesa Asyik Bersin Awal Pagi, Pakar Otak Kongsikan Petua Hilangkannya!


Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.

IKLAN

Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resedung resdung ni.

Petua dia macam ni:

1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita dok tengok rancangan memasak tu.

Tak Selesa Asyik Bersin Awal Pagi, Pakar Otak Kongsikan Petua Hilangkannya!

IKLAN

2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.

3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau Cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.

4) Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.

Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.

IKLAN

Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Tak Selesa Asyik Bersin Awal Pagi, Pakar Otak Kongsikan Petua Hilangkannya!

Jangan lepaskan peluang untuk create bonding dengan family! 👨‍👩‍👧‍👦 Hanya RM30 sahaja untuk pasangan ibu/anak atau ayah/anak. Berbaloi-baloi!

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/movie-night-day-out/ atau hubungi wa.link/upmp32 untuk maklumat lanjut

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sumber : Ig Dr Rizal Abu Bakar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI