Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana ada baru-baru ini berkongsi sebuah video dengan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie ketika menikmati hidangan bersama.

“Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend.” Siti Nordiana Dedah Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Bikin Ramai Sebak

Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Ankara ini mendedahkan, anak lelakinya itu banyak mewarisi sifat dan perangai arwah bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop.

 

“Sebenarnya video ni nana nak cerita sambal yang dia suka je. Terimbas pulak kenangan bersama Arwah abah dia.

“Memang dia banyak ikut arwah abah dia. Tak suka makan bawang. Semua kena blend. tulisnya,” tulisnya.

“Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend.” Siti Nordiana Dedah Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Bikin Ramai Sebak

Menerusi video berdurasi hampir 50 saat itu, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana ini turut mengingatkan anaknya itu untuk sentiasa menitipkan doa agar bapanya itu sentiasa tenang di alam sana.

IKLAN

Nana juga memberitahu, anaknya itu seorang anak yang kuat biarpun kehilangan ayah pada usia yang masih kecil.

“Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend.” Siti Nordiana Dedah Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Bikin Ramai Sebak

“InsyaAllah Rayyan anak yang strong. Dari kecik dia dah berdikari dalam masa yang sama ingatan pada arwah abah dia tak pernah pudar.

“Terima kasih pada semua yang bagi sokongan dan doa kepada Rayyan. Sedekahkan Al fatihah buat arwah abah Rayyan ye Allahyarham Mohd Faizal bin Yusup,” tulisnya lagi dikapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

IKLAN

Untuk rekod, Nana dan Faizal telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 April 2006.

“Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend.” Siti Nordiana Dedah Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Bikin Ramai SebakMenjengah ke ruangan Komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan menitipkan doa buat Nana dan Rayyan untuk terus kuat.

azzaelite Sedih aku .. masa shooting dgn arwah faizal selalu cerita pasal rayyan . Seronok betul arwah Kalau cerita pasal rayyan
salwaabdrahman1 @sitinordiana Sedih Nyerrrr Teringat Arwah Faizal!
Adik Kesayangan Abg Bad! Tu! Suka Sakat Faizal Bila Main Bola! Tapi Satu Yg Kakwa Puji! Arwah ! Dia Sentiasa Kata Nana Isteri Yang Baik! Al-Fatihah Buat Arwah! 🤲🏼
qilaadzaman13 Anak yg hebat dtg drpd didikan ibu bapa yg hebat. Sbb sgt masa tgk ni & just harap Allah sentiasa melindungi kak nana & Rayyan. ❤️ Menitik2 juga laa air mata masa tgk part ni. Lg2 bila time k nn ckp yg abah Rayyan syg gila dkt Rayyan tu. 🥺 Setiap kali repeat, setiap kali tu juga nangis. Hatiku rapuh! 😭
nana_achik_fans Perasan muka rayyan lepas senyum terus rayyan jadi sebak 😢bila tengok muka arwah abah rayyan. rayyan anak soleh jaga mama tau🥺💙 Al-Fatihah untuk Allahyarham faizal yusuf
aliahatikah_ Awak ibu yang sangat hebat kak nana, rayyan pulak anak yang sangat kuat!! Dua2 ni boleh jadi inspirasi untuk mereka di luar sana InsyaAllah.. Teruskan up vid kak nana ngan rayyan kat YouTube ok? Ramai suka😍 btw Al Fatihah buat arwah faizal yusuf🤲🏻
syusyu_snd Kak nana ibu yg sngt hebat dan Rayyan anak yg sngt hebat. Semoga Rayyan jadi anak yg soleh untuk mama dan jaga mama baik2.. Al fatihah untuk arwah faizal yusuf.. Love you always kak nana ❤️❤️ dan Teruskan up video dengan Rayyan 😍😍

 

Sumber:sitinordiana


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

IKLAN

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI