Setiap hari fikir menu apa laa nak masak untuk makan satu keluarga. Selalunya, nasi putih, lauk pauk yang kadang macam setiap minggu dah ulang. Naik buntu jadinya!

Alang-alang esok cuti, boleh la cuba masak nasi lain sikit dari nasi putih biasa tu. Buat nasi minyak oren sunquick seperti yang dikongsikan oleh Super Daddy kita, siapa lagi kalau bukan encik Khairul Abdullah! Senang je cara nak buat, bahan pun macam sedia ada jat dapur, terus onz lah buat. Jom tengok caranya!

Hari ni malas masak.

Tapi rasa macam nak makan special sikit. Jadi aku buat nasi minyak, ayam goreng jer dengan acar timun.

Sedak do’oh gitu saja pun.

Aku buat nasi minyak ni letak oren sunquick, ngam betul masam-masam manis oren tu. Paling best adalah bau dia. Fuhh nyaman. Nak buat dia pun mudah.

IKLAN

Resipi Nasi Minyak Oren Sunquick

2 cawan beras, dibersihkan dan toskan.
2 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
1 biji bawang besar dihiris nipis.
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 set rempah 3 sekawan
1 helai daun pandan disimpul
2 sudu oren sunquick
1 kiub pati ayam
1 cawan susu cair kalau ada
2 cawan air
1 kotak kecil raisin

Nampak Simple Je Nasi Minyak Oren Sunquick Ni, Tapi Rasanya Boleh Buat Makan Bertambah!

IKLAN

Cara nak buat dia:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bebawang, rempah 3 sekawan dan daun pandan sampai harum dan masukkan beras. Kacau sebati dan masukkan raisin. Kacau sekejap dan pindah ke periuk letrik.

2. Pastu masukkan susu cair, kalau takde jugak masukkan air jer ikut sukatan beras macam biasa korang masak nasi. Pastu masukkan kiub ayam yang dihancurkan dan pastu masukkan oren. Kacau sikit pastu seterusnya tekan ON.

IKLAN

Siappp!!

Hidanglah dengan lauk kegemaran korang. Kalau ada ayam masak merah, phewwww meletup diet kau.

Sumber : Facebook Khairul Abdullah

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI