Kek Pandan adalah kek span, ringan, berwarna hijau yang berasal dari Asia Tenggara, dengan perisa jus daun pokok pandan Pandanus amaryllifolius. Ia juga dikenali sebagai chiffon pandan.
Tahukan anda bahawa kek pandan ini adalah antara makanan yang popular dijadikan kudapan buat seisi keluarga. Teringin nak makan kek ini. Apa kata, ikuti resepi kek pandan fluffy yang sangat gebu ini dikongsi oleh saudara Ben Safwan. Lebih menarik, perkongsian lengkap dengan gambar adunan yang menjadi rahsia kek pandai ini gebu.
Lebih menarik perkongsiannya telah mendapat perkongsian sehingga 4.5K ketika artikel ini disiarkan.
Resepi Kek Pandan Fluffy Teruk
Subhanallah, bertalu-talu friend baru masuk lepas penangan puding campur dan sagu gula melaka durian.Wife saya gtaw “ tulah kan berguna saya request itu ini. Nanti saya fikir nak makan apa lagi “
Ads
Saya bagi resepi dan petua tanda terima kasih. Kek span pandan ni antara fav sebab tekan-tekan dia naik balik. Wow.
Bahan A
• 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
• 65 gram minyak jagung
• 90 gram susu segar
• 1 sudu makan pandan paste
• 70 gram tepung naik sendiri
#1- Whisk tangan telur tu hingga sebati.Masukkan minyak jagung,susu bersama pandan paste dan kacau hingga sebati. Ayak tepung dan kacau hingga halus elok. Nak guna tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder dalam 1/2 sudu teh dan ayak sebati.
Bahan B
• 5 biji putih telur gred A
• 70 gram gula halus
Ads
#1- Masuk semua putih telur lepas tu rilek je kacau dengan mixer tangan atau mesin sampi mula berbuih.
Lepas tu baru pecut laju sambil buh gula sedikit demi sedikit.Naikkan lagi kelajuan sampai habis biar terbentuk soft peak,terus stop.Masuk dalam adunan tadi berperingkat.Kaup balik.
2- Gunakan loyang size 7×7 yang dialas dasar dia dengan baking paper .Bakar guna teknik waterbath ( isi air panas dalam dulang ) 30 minit pertama , bakar pada suhu 160’C dan selepas tu, buka oven dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.Untuk elakkan dari hangit atau terlalu perang di atas. Bakar lagi 30 minit pada suhu 140’C
Ads
Masa pembakaran mungkin berbeza sedikit ikut jenis oven sendiri
RUJUK GAMBAR PENYEDIAAN
Selamat mencuba! i
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ramai antara kita telah pun mempunyai tanaman di rumah, sama ada ditanam di dalam pasu atas secara langsung di atas tanah di halaman rumah.
Hal ini seakan menjadi hobi bagi sesetengah antara kita. Walaupun mungkin tumbuhan yang ditanam tidak banyak, tetapi pasti akan ada sahaja serangan dari serangga, atau makhluk perosak, yang mana sedikit sebanyak akan membuatkan tumbuhan tersebut rosak.
Jika ini tidak dikawal, tumbuhan yang kita tanam akan mati. Oleh itu, ada baiknya kita pelajari resipi untuk menyediakan racun organik menggunakan bahan-bahan masakan. Bukan sahaja mudah disediakan tapi apa yang lebih penting selamat digunakan!
Bahan-bahan
5 liter Air kosong
1kg bawang putih
1kg lengkuas
500g halia
500g kunyit
500g serai
2 sudu serbuk lada putih
Langkah 1: Semua Bahan dikisar.
Langkah 2 : Rebus dalam 5 liter air sehingga mendidih.
Langkah 3: Sejukkan dan tapis.
Penggunaan
20ml /1 liter air
Sembur pada pokok
sumber : Mohd Fadzil Amri Ahmad via KGTTS
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dulu-dulu, bahulu antara menu wajib yang ada setiap kali menjelang raya. Namun kini, menu yang satu ini sentiasa mendapat permintaan biarpun bukan musim raya.
Bahkan dengan kreativiti dan citarasa moden, terhasillah pelbagai perisa termasuklah yang ini.
Dah pernah cuba buat bahulu pandan? Kalau teringin nak rasa, nah admin kongsikan resipi air tangan daripada puan Azlina Ina Fans. Selamat mencuba!
Asalamualaikum anak2🤭 xjawap dosa masuk meraka.Sape suke bahulu? nak cuba bahulu yg gebu gebas dan lembut x? jom cuba.Yg ni versi wangi harum satu rumah kalau baking dia
Bahulu pandan gebu
Bahan-bahan
4 cawan dalam 440g tepung gandum cap ros
Sangai dalam 15-20 mnt api perlahan
Ayak kan 2 kali masuk dalam 1 bowl mixer ya
Telur 10 biji gred A atau B
1 sb ovalate
2 sb emolco pandan coconut
1 sb pewarna hijau epal
350-380g gula halus(dalam 1 cawan 1/2-2 cawan)
Cara membuat:
Campur semua sampai gebu. Masuk sikit2 tepung sambil gaul pakai senduk je tau pakai mixer volume perlahan.
Dah sebati, masuk dalam paper cupa tau acuan bahulu
Sebelum ini, wanita sememangnya sering dikaitkan dan dikenali dengan skil memasak lebih-lebih lagi kepada para suri rumah sepenuh masa. Tapi, zaman kini dah berubah kerana kaum lelaki pun tak ketinggalan juga dalam menceburi bidang memasak ni.
Begitu juga dengan Angah Raja Lawak yang turut terkenal dengan skil memasaknya yang hebat seperti chef. Resipi daging buncis yang dikongsikan olehnya ini ternyata membuatkan ramai terliur. Mana taknya, menu ini boleh dihidangkan sebagai lauk berbuka puasa. Makin bertambahlah selera kalau makan.
Daging Buncis
Bahan-bahan:
Daging lembu
Kacang buncis
Bawang putih
Lada merah
Bawang merah
Spicy black bean
Air
Sos tiram
Gula
Air tepung jagung
Minyak masak
Cara Penyediaan:
– Gorengkan kacang buncis dan daging lembu.
– Tumiskan bawang putih, lada merah dan bawang merah.
– Masukkan spicy black bean (cari yg halal).
– Masukkan air dan gaul rata.
– Masukkan daging dan kacang buncis.
– Masukkan sos tiram, gula dan air tepung jagung dan juga sedikit minyak.
Kanak-kanak perempuan maut terjatuh tingkat 29 kondominium di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.