Apabila bergelar ibu, segala keutamaan kini adalah kepada si kecil. Tidak hairanlah ramai dikalangan ibu-ibu rela mengorbankan kerjaya demi anak.
Demikian juga dengan pelakon dan pengacara Ain Edruce, 30. Dia kini mengehadkan karier seninya buat sementara waktu untuk memberikan perhatian kepada anak, Soraya yang baharu berusia tujuh bulan.
Kalau dulu kerjaya mendahului segalanya, namun kini isteri kesayangan Amirul meletakannya di tangga kedua kerana lebih mementingkan urusan penjagaan dan pembesaran anak sulungnya.
Anak lagi penting buat masa sekarang. Tambah lagi saya dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 29, menjaga sendiri anak kerana tiada pembantu rumah.“Agak bermasalah juga untuk dapatkan pembantu rumah sekarang. Kalau boleh, lagi senanglah kalau ada pembantu. Macam kata emak, agak memudahkan juga kalau ada pembantu kerana saya senang nak bekerja.
“Buat masa ini kalau saya kerja, suami yang akan jaga anak. Kalau suami kerja, saya pula kena bercuti. Tak boleh kedua-dua kami bekerja serentak sebab Soraya kena ada salah seorang dari kami bersamanya,” katanya kepada Harian Metro.
Akui Ain lagi, walaupun mempunyai pembantu rumah sekalipun, dia tidak akan membiarkan anaknya dijaga penuh tanpa pemantauan ahli keluarga.
“Saya tak akan membiarkan anak dan pembantu macam itu saja. Syaratnya, salah seorang emak kami kena ada sekali menjaga Soraya. Dengan cara ini, kami taklah rasa susah hati dan boleh fokus pada kerja,” katanya.
Untuk rekod, Ain berkahwin dengan Amirul yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Quill City Mall pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro & ainedruce
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club