Pelakon, Diana Rafar berkongsi Berita duka, Keguguran anak keempat. Dia yang tidak mengetahui diri sedang hamil ketika itu mengalami pitam dan hampir pengsan.
“Sejujurnya saya tak tahu pun hamil. Apabila tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, buat pemeriksaan saya mengandung lagi.
“Ketika itu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Dalam masa sama saya sudah mengalami pendarahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.
“Prosedur masuk bilik pembedahan sangat menakutkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman. Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video,” kata pelakon Diana Rafar yang mengalami keguguran pada usia kandungan dua bulan.
Tambah Diana isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, 50, itu, dia reda dengan perkara itu selain menganggap tidak ada rezeki.
“Kalau ikutkan anak ketiga belum lagi berusia setahun. Tapi, apabila diberitahu hamil dua bulan dan keguguran pula, saya anggap ia bukan rezeki kami.
Ads
“Saya masih lagi dirawat di hospital. Ini pun saya masih lemah dan semangat tak kuat. Fobia menjalani pembedahan semasa melahirkan anak ketiga tempoh hari pun belum hilang lagi.
“Terima kasih pada semua yang tidak henti menghantar mesej (DM) di IG dan bertanya mengenai keadaan saya. Doakan semoga saya cepat sembuh,” ujarnya dipetik sebagai berkata pada media.
Untuk makluman, pada September tahun lalu, Diana selamat bersalin anak ketiga iaitu lelaki selepas dikurniakan dua anak, Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4.
Tingkah laku yang diterapkan oleh ibu bapa sejak mula sebenarnya sangat penting dalam pembentukan peribadi awal usia kanak-kanak. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam membantu merangsang anak-anak mereka supaya dapat memiliki sikap yang baik?
Berikut adalah tujuh perkara yang setiap ibu bapa patut amalkan hasil kajian sains, dalam memberikan anak-anak anda persediaan supaya mereka lebih berjaya kemudian hari.
1.Jangan didik anak yang dia boleh jadi apa yang dia nak
Kajian yang dilakukan melibatkan lebih 400 orang remaja mendapati remaja di Amerika Syarikat terlalu bebas dalam menentukan hala tuju masing-masing tanpa sebarang kekangan dari ibu bapa. Ini kerana ramai di antara mereka nak kerja yang bersifat ‘hispter’ seperti beraspirasi mahu menjadi seorang pemuzik, pereka permainan video atau atlit sukan.
Sepatutnya ibu bapa perlu mendorong anak untuk mempunyai impian yang lebih berpaksikan masa depan, kerana kerja-kerja tersebut bukanlah cita-cita yang mempunyai permintaan tinggi. Ajar anak supaya mempunyai impian, namun pastikan impiannya berpaksi pada realiti.
Dalam satu kajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Harvard, penyelidik mendapati golongan remaja yang meluangkan sekurang-kurangnya lima hari seminggu untuk makan bersama keluarganya mempunyai peluang lebih rendah untuk terlibat gejala masalah sosial.
Kesan positif makan bersama ini mengelakkan majoriti remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah, seks luar nikah serta masalah kemurungan. Mereka juga menunjukkan pencapaian lebih baik dalam pembelajaran, pertuturan serta rasa nilai diri.
Kajian sains sudah membuktikan penggunaan telefon pintar serta peranti tablet memberi kesan kekal pada golongan kanak-kanak, dengan keupayaan mereka untuk memberikan fokus, bertutur dan kemahiran bersosial akan terjejas.
Bayi berumur 18 bulan ke bawah pula sepatutnya langsung tidak menonton sebarang jenis skrin dengan usia 2 hingga 5 tahun pula dihadkan selama satu jam sehari.
Kajian-kajian lain membuktikan kesan melarang penggunaan telefon pintar atau sebarang alat peranti di meja makan, kenderaan dan bilik tidur bagi remaja, akan memberikan kesan positif jangka panjang kepada hidup individu tersebut.
Kajian jangka panjang selama lebih 75 tahun yang dijalan Universiti Harvard, sejak tahun 1938 dan masih lagi berjalan, ada dua perkara yang membuatkan seseorang itu gembira. Pertama, rasa kasih sayang. Kedua? Etika kerja.
Hasil daripada kajian ini diterapkan sebagai panduan kepada ibu bapa dan hasilnya, penyelidikan menunjukkan kanak-kanak yang diberikan tugasan untuk dilakukan setiap hari mempunyai pemikiran yang lebih ke depan berbanding kanak-kanak lain.
Kanak-kanak yang sejak awal dilatih dengan tugasan, mempunyai sikap lebih professional ketika dewasa kerana mereka sudah mula memahami tugasan, walaupun tidak seronok untuk dilakukan merupakan sesuatu yang perlu dilakukan tanpa ada banyak pilihan.
Penyelidikan yang dilakukan sejak tahun 1972 mendapati kanak-kanak yang mampu melawan godaan akan membesar dengan mempunyai ciri-ciri positif. Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang terpilih ditawarkan gula-gula di atas meja dan sekiranya mereka berjaya untuk tidak makan gula-gula tersebut selepas 15 minit, ganjaran gula-gula itu akan digandakan.
Majoriti kanak-kanak yang berjaya menahan diri daripada makan dalam eksperimen itu didapati mempunyai kebolehan sosial yang lebih baik, lebih bijak dalam ujian serta bebas daripada masalah sosial.
Eksperimen yang dijalankan membuktikan sekiranya kanak-kanak dilatih untuk mempunyai sikap konsisten sejak mula, mereka akan membentuk kegigihan sendiri secara semulajadi. Jadi ibu bapa perlu menyediakan tabiat yang konsisten setiap hari pada anak-anak, seperti mengemas atau tolong menyapu walaupun mereka berat melakukannya kerana tabiat yang konsisten itu – akan membentuk psikologi mereka.
Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.
Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya.
“Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.
Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.
Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.
Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.
Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.
2) Elakkan salah faham
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.
Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.
3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.
4) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi.
Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.
Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.
Nu Ideaktiv cipta rekod Malaysia Book of Records apabila berjaya mengagihkan 16,000 bubur lambuk melalui program RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 di Dataran Merdeka.