Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.
Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya.
Ads
“Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.
Ads
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.
Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.
Ads
Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kita memang suka dengan haiwan yang satu ini, seronok bila dapat belai bulunya yang lembut ditambah pula dengan sikap si bulus gemar memanjakan diri. Namun, ada kalanya sukar untuk seseorang itu menguruskan kucing terutama sekali apabila sibuk bekerja.
Sehinggakan terlepas pandang perkara penting yang melibatkan kesihatan si bulus. Sebagai contoh, air bekas minuman yang tidak bertukar atau dicuci sehingga kotor berkeladak termasuklah dipenuhi dengan bulu dan juga habuk sekeliling.
Seperti mana manusia, air juga benda asas yang penting buat si bulus. Mendapat air yang mencukupi membantu tahap kesihatan kucing. Justeru, kualiti dan tahap kualiti air yang diminum oleh si comel patut dititikberatkan.
Pernah tak anda dengar tentang masalah batu karang atau masalah buah pinggang pada si bulus disebabkan oleh pengambilan makanan mengandungi garam yang tinggi atau makanan mengandungi pewarna. Selain itu, ada juga kucing yang jenis tidak gemar minum air dalam kuantiti yang banyak mengundang masalah ini.
Buat anda pemilik kucing, usah risau. Jom cuba beberapa tip yang dikongsikan ini. Moga bermanfaat buat si bulus anda!
Perbanyakkan Bekas Minuman
Letakkan lebih banyak bekas minuman di setiap sudut kediaman anda. Selain itu pelbagaikan bentuk, jenis dan warna bekas minuman yang boleh menarik perhatian si bulus. Letakkan satu sudut bekas yang besar dan satu sudut yang lain dengan bekas yang tinggi atau rendah atau boleh juga letak jenis yang berbeza seperti stainless steel, ceramik dan plastik. Ini akan mengundang minat si bulus untuk minum lebih kerap.
Tambahkan Air Pada Makanan
Selain itu menyediakan wet food untuk diberi pada kucing untuk mendapat air yang lebih, anda juga juga boleh menambahkan air pada dry food mereka. Cuma kena pastikan yang kucing menggemari makanan tersebut. Ini cara untuk elak dari kucing berhenti makan. Anda boleh cuba Catit Chicken Dinner yang terdiri daripada 6 jenis variasi berbeza, antaranya Duck & Potato, Salmon & Carrot, Beef & Pumpkin, Tuna & Kale, Liver & Sweet Potato, And Tilapia & Green Beans.
Manakala Catit Fish Dinner pula adalah hidangan petang yang membantu mengisi tenaga mereka semalaman. Terdapat enam jenis variasi ikan lazat untuk menambahkan berat kucing anda. Antaranya perasa Tuna & Carrot, Salmon & Green Beans, Tilapia & Potato, Whitefish & Pumpkin, Shrimp & Green Beans, Crab Flavor & Pumpkin.
Selain itu,ada juga Catit Creamy sejenis snek berkhasiat untuk diet kucing anda yang boleh didapati dalam 4 jenis perasa iaitu Ayam & Hati, Salmon, Makanan Laut dan Tuna.
Drinking Fountain
Selain kaedah di atas, anda juga boleh menarik perhatian si comel minum lebih banyak air dengan menyediakan bekas drinking fountain. Kebanyakan kucing kurang berminat pada air yang bertakung di dalam bekas sebaliknya mereka memilih untuk minum air yang mengalir. Jadi penggunaan drinking fountain amat membantu.
Flower Fountain by Catit ini menggunakan konsep air mengalir yang menarik minat kucing untuk lebih kerap minum air. Ini menjadikan air kencing kurang pekat fungsi buah pinggang yang betul serta membantu mencegah pembentukan kristal yang boleh menyebabkan penyakit saluran kencing.
Catit juga menampilkan 3 tetapan yang berbeza; aliran air yang lembut, bahagian atas menggelegak dan aliran air yang tenang. Justeru, bekas ini sesuai buat si bulus yang cerewet atau memilih.
Kecanggihan pada rekaan dan fungsi bekas minuman ini membuatkan ia antara produk terlaris pilihan semua pemilik kucing. Tetingkap paras air direka berserta lampu LED bagi memberikan pencahayaan pada waktu malam. Kedudukan air yang mengalir pada bahagian atas Petal Top akan memudahkan si bulus menikmati air walaupun bekas ini tidak diaktifkan.
Tidak seperti bekas air lain, penggunaan Flower Fountain ini dapat menjimatkan masa dengan sekadar menukarkan penapis air untuk suatu tempoh yang tertentu. Tiada cucian kerap yang diperlukan. Selain daripada itu, ia menggunakan penapis Triple Action BPA bagi memastikan aliran air sentiasa bersih dan kedinginan air dapat dikekalkan.
Malah, bekas minum seperti Flower Fountain ini dapat membantu di mana setiap molekul air yang keluar dari sisipan bunga adalah air bersih yang disediakan untuk diminum oleh kucing anda. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nama Ahmad Fedtri Yahya, tidak asing lagi dalam dunia penyiaran. Petah berkata-kata, anak kelahiran Pantai Remis ini juga seorang penulis lirik.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun suami kesayangan Nurul Anati Ismail tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai ketua dalam rumah tangga. Berpeluang menemu bual bapa kepada empat anak ini, ternyata dia punya aura tersendiri sebagai ayah dan juga suami.
“Saya kahwin dah lewat bila dapat anak syukur sangat. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya sempat juga belai dan manjakan anak-anak.
“Malah saya cukup rapat dengan anak-anak. Selalu manjakan mereka, sebab tu anak perempuan umur 7 tahun pun nak tidur sama lagi. Puas bagi nasihat dia tetap tak nak dengar.
“Tetapi bila dah besar dia mula faham dan malu- malu. Kalau dulu dia tak kisah kita peluk dan cium tapi sekarang NO terutama sekali depan kawan-kawan.
“Ibunya pun selalu ingatkan dan cukup tegas bab batasan antara anak dan ayah ni. Sebagai ayah memang rasa sedih dan rasa masih nak peluk dia lagi. Tapi faham anak perempuan dah besar. Cuma sesekali bila teringat tu dia akan datang tidur bersama.
“Pernah sekali dia tidur sebelah saya, tapi bangun esoknya tak akan mengaku. Momen itulah yang menjadi ‘point’ untuk saya menyakat anak perempuan dengan adik-beradiknya. itulah yang menjadi keceriaan kami sekeluarga.
Akui Fedtri lagi, kalau dulu dunia anak perempuannya hanyalah dengan daddy, ibu dan adiknya.
“Tetapi sekarang , dia dah ada kawan jadi pergaulan lebih terbuka. Lagipun sekarang ada media sosial seperti Telegram dan sebagainya.” kongsinya lagi.
Malah, anak sulung bernama Indah Sutera Jannah, sangat rapat dengannya. Itu diakui sendiri penyampai radio Buletin fm ni.
Makna indah penuh erti
Selain Indah Sutera Jannah, pasangan ini juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Mendengar keunikan nama anak-anaknya, akui Fedtri majoriti dipilihnya sendiri sebab nama anak adalah sentuhan peribadi asalkan maknanya indah dan penuh erti.
“Setiap pilihan nama anak-anak, saya akan pastikan isteri suka dan fahami maknanya. Tetapi untuk nama anak kami yang keempat, Ahmad Firaas Mevlana adalah pilihan isteri saya sendiri,” ujar Fedtri dan Nurul Anati yang berkahwin pada Mei 2011.
Bapa cinta pertama anak
Ditanya pandangan tentang jodoh kelak, Fedtri menyerahkan urusan tersebut kepada anaknya untuk memilih teman hidup.
“Kalau anak perempuan bertemu jodoh, saya harapkan lelaki tersebut hargai dan hormati anak perempuan kami. Saya jenis tak pukul dan marah anak sebaliknya didik dengan penuh kasih sayang.
“Nama pun Sutera penuh lemah lembut dan jiwanya sensitif. Jadi kena hargai dan jaga serta hormat sebagai wanita tanpa memainkan perasaannya.
Ayah kongkong anak
Mengulas mengenai isu ayah yang mengongkong anak, jujurnya menurut Fedtri itu satu tamparan hebat buat ayah yang membesarkan anak ikut acuan sendiri.
“Pada saya dalam soal jodoh anak boleh memilih sendiri. Ada waktunya boleh rujuk ibu bapa tetapi lebih baik ikut cara sendiri.
“Saya harap anak bina kehidupan sendiri, bebas dan tinggal di luar negara. Yang penting sentiasa rindu dan ingat dengan ayah bonda.
“Yang utama minta restu, sebagai ayah kena tengok siapa bakal suami atau isteri anak-anak kita. Tak boleh lepas begitu sahaja.
Ayah jenis ‘simpan’ tak suka tunjuk
Fedtri dalam pada itu turut menitipkan doa semoga ibu bapa di luar sana tabah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
“Sebagai anak, berikan sesuatu. walaupun memang wajib berikan setiap hari terutama doa tetapi untuk hadiah ini, berikan kejutan yang manis untuk seorang ayah. Mereka ni jenis ‘simpan’ dan jarang luahkan.
“Kalau boleh biar mereka sebak dan menangis supaya tahu betapa anak merindui ayah yang banyak sembunyikan rahsia tetapi di dalam hati penuh dengan cinta. Insya-Allah
“Semoga hari ini kita meraikan Hari Bapa dengan bermakna dan penuh dengan penghormatan serta kasih sayang,” ulas Fedtri lagi tatkala diminta memberikan bingkisan ucapan istimewa sempena Hari Bapa.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.