Tidak pernah terlintas fikiran sesiapa untuk meminta salinan fotokopi sijil kematian ahli keluarga seseorang untuk penggunaan peribadi. Tergamak sungguh sikap wanita ini!
Meninjau “screen shot” WhatsApp ini, diperkatakan bahawa seorang wanita ingin meminta salinan fotokopi sijil kematian adik rakannya untuk menjadi alasan memohon cuti “kecemasan” untuk ahli keluarga.
Dikatakan juga bahawa wanita itu ingin menggunakan salinan fotokopi sijil kematian simati kerana adiknya tidak jadi untuk pulang ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Permintaan yang kurang sopan itu dikongsikan abang arwah yang digelar sebagai Asyraff di Twitter.
“Salam shera. Nanti nak copy surat kematian adik kau boleh? Sebab adik aku tak jadi balik Poli PD. Nak emergency.”
Ads
Luahannya di Twitter menunjukkan betapa marahnya Asyraff kerana aksi wanita itu seolah-olah tidak menghormati kesedihan yang menimpa keluarganya.
Asyraff memuat naik “screen shot” perbualan di WhatsApp itu dengan kapsyen:
“Kalau kau emergency, kenapa nak pakai surat mati orang lain. Otak letak mana? Kau tak reti hormat orang baru meninggal ke? Kau ingat ni Klinik amek MC ke?”
Dikatakan bahawa sebab Asyraff mengongsikan “screen shot” tersebut adalah untuk dijadikan pengajaran. Tujuannya bukan untuk memalukan sesiapa tetapi haruslah kita mencerminkan diri sebelum berkata apa-apa seperti tanya khabar dahulu kerana cara yang salah boleh menyinggung perasaan orang lain.
Tweet ini juga telah meraih perhatian pengguna Twitter yang lain dan meninggalkan padangan masing-masing. Melihat di ruangan “reply”, ini adalah antara komen yang diberikan:
Ads
“Otak kecil ini Athirah”
“Teringat masa mak aku meninggal, ada jiran kitorang yang tak rapat dengan kitorang sebelum ni, cakap nak ambil Maid aku kerja dengan dia… depan jenazah mak aku ye. Biadap betul ngan org takda common sense ni.”
“Kalau keluarga terdekat kita faham, apatah lagi yang hadir memudah cara dari mandi solat dan kebumi. Ini dah tak ada kena mengena, siap cakap ada rezeki baru jumpa.. hmm takda common sense dan agak biadap.”
“Salam takziah to your and your family. Athirah should feel ashamed kalau dia minta surat kematian tapi tak datang ziarah”
“Cakap kat Shera tu dah boleh bawa slow-slow belah dari kawan macam ni..ghisauuu perangai kurang ajar rude takde common sense ni berjangkit pulak”
“Macam tu ja minta surat mati? Orang tengah sedih plus nak handle jenazah. Mudah ja minta macam takda common sense.”
Asyraff juga mengaku bahawa masa dan cara bertanya yang salah membuatkan keadaan tegang dan menimbulkan perasaan marah yang terlampau. Diberitahu juga bahawa wanita yang bernama Athirah itu telah memohon maaf serta keluarganya.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Airul Ikmal Affizan Bin Mohd Fauzi.
Sangat berinspirasi kisah ibu kepada tujuh anak ini yang berjaya menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD). Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi, tidak sesekali melunturkan semangatnya bahkan itu dijadikan perangsang untuk terus berjaya
Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa selama enam tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau yang merupakan pensyarah di UiTM Kelantan berkata anak-anak dan suami adalah pembakar semangatnya untuk menggapai PhD.
“Tipulah, jika tidak pernah ada rasa putus asa, pernah rasa mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa).
“Pernah juga satu tahap, rasa macam sudah tidak nampak (hala tuju) kerana tiada hasil. Bersyukur ada penyelia yang sangat menyokong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.
Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.
“Tahun lepas, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lepas, hanya menggunakan mata kiri sahaja.
“Mungkin terlalu mengharapkan mata kiri, ia terlalu stres sehingga jadi seperti ini (tidak nampak),” katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkaitan kewangan.
Andai setiap awal pagi, pandangan mata dijamu dengan keindahan pokok-pokok bunga yang ditanam di laman rumah, pastinya ia cukup menenangkan.
Apatah lagi, jika tanaman tersebut sarat berbunga penuh warna warni seperti pokok bunga ros jepun ini. Pastinya akan bertambah berbunga-bunga hati kita jadinya. Cukup puas hati!
Di sini dikongsikan rahsia untuk yang ingin mencuba menanam pokok ros jepun ini dan nak pastikan berbung lebat, ini tipsnya.
Bismillah
Rahsia Ros Jepun jenis Carnation sis cepat merimbun penuh pasu:
Tanah dimasukkan hampir permukaan pasu (Tanah sis beli kat nursery, All in One or 6in1, kalau anda pandai campur sendiri tanah pun bagus)
Kerat ros jepun dari pasu asal, tinggalkan 2 3 helai daun. (Jangan risau, nanti naik merimbun balik RJ pasu asal.
Cucuk rapat-rapat dan tinggalkan 2 3 daun juga dan potong.
Selesai cucuk tanam, tabur baja biji bunga, or mix dengan baja subur pun boleh, kemudian letakkan air perlahan-lahan ( tabur sikit je macam tabur garam dalam masakan)
Kalau baja jenis air boleh terus sembur.
Biar beberapa minit, kemudian sembur racun untuk bena & serangga, recommended brand Brogard, kalau takde, brand apa-apa pun boleh .
Terus letak di tempat kena cahaya matahari.
Selepas 3 minggu pasu dah keluar banyak cabang-cabang baru, dah jadi macam rumput karpet.
Sebulan setengah dah keluar bunga-bunga. Rempoh untuk Ros Jepun Carnation matang, berbunga penuh tak berenti ialah +-2bulan.
*RJ jenis Carnation antara yang tahan lasak, kena hujan pun takpa, asalkan air boleh keluar bawah pasu.
*Harus letak tempat kena cahaya matahari, 6jam ke atas.
*RJ suka baja, baja setiap 14hari sekali
*Siram pagi & petang kecuali hujan.
*Hapuskan Bena,Kulat & Ulat guna racun serangga
Semangat orang perempuan kalau bab menghias rumah memang lain macam. Kalau boleh semuanya ingin dibuat sendiri, baru puas hati ikut citarasa sendiri.
Begitu juga dalam hal menentukan warna dinding rumah dan seterusnya mengecat. Semuanya diy sendiri!
Bukan apa, bila minta tolong orang lain terasa lambat sangat boleh direalisasikan. Kena tunggu en suami ada masa lapang baru boleh buat.
Jika diserahkan pada pakar mengecat pula, upahnya mahal. Jadi nak tak nak, lebih baik buat sendiri.
Pun begitu, sebelum memulakan proses mengecat, ada baiknya baca perkongsian teknik mengecat paling asas yang dikongsikan ini agar hasil kerja kita nanti macam profesional.
Jom semak.
Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yang didambakan..
Jadi, disini saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yg menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat.
Saya bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat..
1) Mula-mula kena la pilih warna-warna pilihan anda. Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang (yelah rumah korang bukan rumah orang lain.. Orang lain tau nak kecam, kritik je kan ) .
Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda.
Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour (perempuan pakar bab2 ni.. Sebab dia akan bagi warna yang pelbagai tone, contohnya merah.. Ada merah anggur, merah cherry, merah mawar, merah jambu, merah hati segala mak bapak merah la which is yang orang lelaki panggil MERAH je..haha)boleh rujuk gambar contoh saya letak tu..
2) Kene tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah. Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint.
Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar.. Kena pilih yg exterior sebab memang cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yang mulut puaka kata colour tu tak lawa..
3) Cat juga ada pelbagaigred and pelbagai pilihan, ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang tak berkilat dan kalau tak salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak-anak conteng..
4) Cat pun ada pelbagai jenama, nippon, jotun, dulux and pelbagai lagi. Untuk saya, saya rekemen jotun la sebab sy kerja dengan jotun dulu..haha..tapi realitinya memang cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang2 cat, cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke..
5) SEALER/PRIMER (cat alas)
Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nanti jadi seperti yang diimpikan atau sama tone seperti dalam catalog yang anda tengok kat kedai masa beli tadi..
Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau……… atauuuuuuuuu…..anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk.
Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu….kikis…gosok…barulah apply cat sealer.
Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja…tak perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya..
6) Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer.. Its absolutely wrong la kata kak lina pom pom.. Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas..
Fungsi sealer adalah melindungi cat colour.. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang..jadi colour yang anda nak jadi xseperti colour dlm code anda tgk atau akan jadi tompok2 putih..
Cat sealer warnanya memang putih, tapi tak seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer tak kan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base.
Jangan terkejut tengok dinding anda warna tak rata…bertampung-bertampung putihnya…itu biasa..kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja xperlu cantik2..
7) Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda.
Kacau terlebih dahulu…Ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ke…besi ke..
Seeloknya anda cari satu lagi bekas yg lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik”..barulah cat tu betul-betul bergaul atau bergelumang sesama sendiri.. ..
Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.. Untuk cat jotun, tak perlu tambah air untuk mengecat.. Tambah air hanya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya.. Itupon hanya letak sedikit air..
Jangan nak jimat sangat tambah air banyak nanti colour dah tak cantik, xpekat..
8)Teknik mengecat
Ramai org igt mengecat merupakan satu perkara yg senang.. Gelek2 roller nanti jadilah colour yang kita nak tu.. Makkkk kau.. Kalau senang camtu takkan tukang cat mintak upah mahal-mahal..
Cat pon ade teknik-teknik dia.. Yang saya tau teknik yang senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M..Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu..
Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata…tetapi jangan panik… Biarkan je…jangan salahkan skill cat anda…. tunggu sehingga lapisan pertama kering…dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air.
Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda..taraaaaaaa (Tak sabar nak suruh jiran tengokkk gitewww perasaannya)
Ok.. rasa itu la dulu kot perkongsian serba sedikit yg saya tahu.. Sy bukan pakar, nnti ade yang tak betul boleh betulkan..
Saya bagi yang basic yang betul untuk cat.. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat tak lawa dan tak rata tengok pulak bergantung kepada keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya..
Yang penting jangan guna CAT MURAH kalau untuk rumah sendiri.. Nak puas hati guna cat yg berkualiti macam jotun, nippon, deluxe.. Mahal sikit tapi memang berpuas hati..
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...