Saban hari, perkembangan anak kecil bernama Ainul Mardhiah ini dikongsikan oleh ibu bapanya menerusi laman facebook. Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi momen sewaktu anaknya menghadapi masalah ketumbuhan pada bahagian mulut.
Bapa kepada bayi yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini mendedahkan dia tidak pernah membiarkan anaknya itu terperap di dalam rumah. Sebaliknya sentiasa membawanya ke mana sahaja termasuklah ke kedai.
Begitu pun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya kerana tidak ingin menjadi perhatian orang ramai.
Orang tanya dulu masa ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke? .
Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya ainul ikut walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. .
Selalunya kalau bawak ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak. .
Ads
Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok ainul and takut orang ramai nak tengok dia. .
Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka. .
Kedua, kami tak mahu ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati.
Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. .
Ads
Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga. .
Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami. .
Akhirnya, kisah ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini. Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang ” bukan bukan ” kepada Ainul. .
Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masib bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya.
Ads
Jangan putus asa. .
Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA. .
Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu. .
Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah swt. .
Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!
Masa raya inilah biasanya kita anak beranak akan melaram pakai baju raya sedondon. Bukan sahaja nampak cantik dan meriah bahkan secara tidak langsung memudahkan orang kenal anak beranak kita.
Jadi nak tak nak, kita akan pastikan untuk membeli awal pakaian ini, agar dapat pastikan warna sedondon dapat digayakan di hari raya nanti. Bahkan ramai juga yang lebih selesa untuk membuat tempahan dengan tukang jahit. Maklumlah kata orang, senang beli sepapan kain untuk satu keluarga. Malah bila baju yang dibuat mengikut ukuran badan tentunya nampak lagi cantik terletak ditubuh.
Tapi lain pula ceritanya bagi keluarga Ieda Shafiq lima beranak ini. Baju raya untuk tahun ini yang ditempah dengan tema wana kuning tidak dapat dipakai dek kerana tukang jahit empunya angkara.
Hal ini dikongsikan di akaun fbnya dan menyebabkan menjadi viral. Membaca perkongsiannya itu kita boleh rasa geram, kasihan dan kelakar pun ada. Jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Harini ambik balance baju yang dijanjikan ikutkan hari Ahad lepas ambik…owner kata tak siap lagi….pastu harini laki g ambik…boleh carut tak…cam cibai oiii…pastu laki tak nak bayar dulu…pastu pekerje dia tahan suh bayar dulu…memang berkeras suruh bayar oii…boh layan lah…memang tak bayar…nasib oii tak bayo tengok lah hasilnya…Oiii kelakar oiii…macam mane dia ukur oiii…memang tahap nak kene melempang…owner tak berani nak datang…pas kat pekerje je…Naah fb dia …add lah sendiri kalo rasa nak berkenalan.
Mungkin tailor tu tau tahun ni laki ak pkai tanjak tu lah dia buat sluar laki aku senteng…X pe lah bersangka baik je??????? moga akk tu berubah ye…ramai jugak yang terkena rupanya…nah akak blnje video semangat mencari baju raya yg lain ye..moga anda terhibur…
Mungkin tailor tu tau tahun ni laki aku pakai tanjak tu lah dia buat seluar laki aku senteng…tak pe lah bersangka baik je moga akak tu berubah ye…ramai jugak yang terkena rupanya…nah akak belanje video semangat mencari baju raya yang lain ye..moga anda terhibur…
Alamak saya bukan nak popular…tak jangka…share banyak sangat pasal baju…sampai ada kecam…cakap saya dah gemok…laki makin tinggi tak pe lah redha….maaf sangat-sangat….bukan aib kan…kalo diri sendiri terkene…ape anda rasa…nak jumpe owner memanjang takda…ketok pintu kedai tak nak bukak…Macam mana nak berurusan dengan owner…ermmm…tak pe takde rezeki…
Disebalik senyuman dan tawa penyanyi ini, hanya dia yang tahu betapa luluh hati apabila dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012. Erneelya Elyana binti Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana mula menceburi dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun lagi.
7 tahun menyembunyikan perkara itu, Elyana kemudiannya berkongsi mengenai penyakitnya dengan peminat di luar sana. Elyana disahkan menghidap kanser itu selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah.
Kegigihan penyanyi anak satu ini melawan penyakitnya cukup dikagumi ramai. Malah, dia dan suami, Khairul Anuar Hussin tidak berputus ada mencari penawar menyembuhkan barah limfoma tahap empat yang dihidapi tersebut.
Melihar secara luaran, seakan-akan tidak percaya penyanyi Lagu Kalis Rindu tersebut menghidap penyakit kronik. Dari luaran dia nanpak sihat dan bertenaga serta ceria.
Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha.
“Macam mana saya nampak kekal sihat? Saya pun terkejut juga kerana hanya saya yang tahu kondisi kesihatan. Di rumah saya tidak seaktif seperti orang sihat lain. Tetapi maklum balas dari orang ramai yang mengatakan mereka nampak saya lebih sihat dan cantik dari orang sihat.
“Jadi saya rasa itu salah satu semangat untuk saya menjadi sihat. Tiada tip tertentu cuma saya banyak minum air dna mengambil ubat. Saya minum air banyak kerana ubat yang saya makan panas. Jadi fizikal saya nampak ‘fresh’ terutama dari segi pengambilan makanan tambahan. Dalam masa yang sama, saya mengurangkan mengambil makanan yang boleh menjejaskan kesihatan saya. Nak kata tak ambil terus itu tidaklah cuma saya kurangkan pengambilannya,”cerita Elyana lagi.
Tangguh rawatan
Bukan itu sahaja, tubuh badan penyanyi berusia 33 tahun ini juga kelihatan agak lemah dan kurus disebabkan dia hilang selera makan.
Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram. Berilah waktu untuk saya kuat dahulu, Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan melakukan kemoterapi secepat mungkin.
“Tahap kesihatan masih sama seperti dulu, dalam masa yang sama doktor ada cadangkan untuk mengadakan kimoterapi tetapi saya tangguhkan buat seketika memandangkan ada hal yang tak dapat dielakkan.
“Setakat ini anak saya sangat positif dalam menerima hal ini. Cuma kalau dia nampak kesan radioterapi atau benjolan yang timbul di badan saya. Dia mulai risau dan mula bertanyakan sama ada kanser saya kembali besar. Memang anak saya sangat matang orangnya.
“Tetapi saya ambil dari sudut positif kerana dalam usia sekecil ini Sumayyah sudah tahu macam-macam benda berkaitan kanser seperti rawatan, ubatan dan sebagainya dibandingkan dengan kanak-kanak lain seusianya,”ujar Elyana yang mengakui anak dan suami adalah sumber kekuatan untuknya melawan penyakit tersebut.
Suka memasak
Biar sibuk dengan aktiviti seni dan rumah tangga, Elyana juga suka berkongsi dalam penghasilan resipi. Sementelah suaminya memiliki kedai makan.
“Selain bidang seni, saya juga aktif berniaga. Memang dari kecil dahulu lagi saya sudah mula menjual stiker dan sebagainya. Waktu mengandung saya perlahankan aktiviti seni, kemudian saya jual coklat dan kek. Kini saya jual parfum manakala suami pula membuka kedai makan.
“Secara tak langsung saya turut terlibat. Ramai yang suka dengan masakan saya padahal ia hanya resipi ringkas di rumah. Mungkin selepas ini saya akan keluarkan sedikit masakan yang menjadi kegemaran ramai untuk di jual.
“Tetapi itu hanyalah sekadar perancangan. Pada saya kerjaya dalam bidang seni tidak akan bertahan lama jadi kena ada ‘back up. Kerana itu saya dan suami memilih untuk membuka bisnes,” jelas Elyana lagi.
Rapat dengan anak
Melihatkan kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anaknya Sumayyah, benarlah apa yang Elyana katakan. Anak perempuannya itu cukup menyayangi dan mengasihinya.
“Kalau dengan anak memang kami berdua (suami) sangat rapat. Cuma saya lebih rapat dengan sumayyah memandangkan dia anak perempuan. Ditambah lagi kini usianya semakin meningkat. Banyak perkara dan benda yang menjadi kesukaannya termasuk penyanyi, lagu dan juga fesyen. Jadi emaklah yang paling memahami anaknya.
“Saya memang rapat dari segi hati ke hati dengan anak. Manakala suami pula lebih kepada menguruskan dia ke sekolah dan hal pendidikan. Kami suami isteri ada mainkan peranan sendiri dalam membesarkan dan mendidik anak kami,” ungkap anak kelahiran Selangor ini.
Masa berkualiti di rumah
Lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, Elyana akui masa yang berkualiti adalah ketika berada di rumah.
“Aktiviti yang kami selalu buat adalah dengan lepak di rumah. Di rumah kami dapat berehat dan bergurau bersama. Sebagai selebriti ada kalanya ditegur peminat untuk bergambar dan sebagainya. Jadi masa terbahagi dua. Tetapi di rumah fokus saya hanya pada keluarga semata-mata. Selalunya aktiviti kami lebih menjurus pada hal anak. Sebagai contoh jika anak ada aktiviti luar seperti futsal dan sebagainya. Secara tak langsung ia menjadi aktiviti bersama keluarga.
Anak kena buli
Ditanya tentang penerimaan orang luar terhadap anak selebriti, akui Elyana bab dibuli dan dipulaukan memang ada. Namun dia dan suami mengambil positif akan hal tersebut.
“Lumrah bergelar anak selebriti, soal buli dan dipulaukan memang ada. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak berhadapan dengan situasi tersebut. Tetapi saya ambil sudut positif. Orang luar tak tahu atau mungkin tak perasan bidang seni juga adalah pekerjaan seperti mana kerjaya lain juga. Kerana itu saya selalu saya nasihatkan anak supaya tidak perlu ambil pusing akan masalah tersebut.
“Saya selalu pesan, kita ke sekolah sebab nak belajar, kalau ada orang tak nak kawan biarkan. Insyaallah jika kita baik Allah akan hadirkan seseorang yang baik untuk berkawan. Lagipun ia berkaitan anak-anak dan sebagai ibu bapa yang tidak berada di situ hanya menasihati benda-benda positif sahaja. Bab berkaitan buli ini bukan benda kecil kerana ia sangat serius dan diingat sampai bila-bila. Justeru, ibu bapa kena menangani masalah ini dengan serius,” tegas Elyana lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Mac-Apr 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum sedia maklum sebelum ini pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memberitahu tentang kepulangan abang sulungnya ke negara abadi di laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini, genap 20 hari pemergian abangnya, Uyaina memuat naik sebuah video di Instagram dengan menyatakan dia berasa ralat apabila tidak dapat memeluk abangnya buat kali terakhir.
Menerusi video perkongsian itu, Uyaina memuat naik momen-momen indah bersama abang sulungnya, Allahyarham Mejar Dr Mohd Attaful Uzair Arshad.
Lebih meruntun hati, Uyaina meluahkan perasaan terkilannya apabila sehari sebelum pemergian abang tercinta dia tidak memeluk abangnya itu seperti kebiasaannya.
“Sehari sebelum arwah pergi, Yana dan Syahiran ada jumpa arwah. Selalunya lepas salam, Yana memang akan peluk dia. Lepas tu baru akan balik.
“Tapi entah kenapa, haritu Yana tak peluk dia. Lepas salam, terus je naik kereta. Rasa terkilan sangat-sangat.. Kalau boleh undur masa, rasa nak peluk dia kuat-kuat,” luahnya.
Namun begitu, Uyaina menganggap perkara yang berlaku membuatkan dirinya belajar untuk lebih menghargai orang tersayang sebelum ia bertukar jadi kenangan.
“Tapi benda ini banyak ajar Yana untuk lebih menghargai orang di sekeliling kita… Terutamanya orang yang kita sayang. Sebelum momen bertukar menjadi kenangan. Hargai mereka,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, ada segelintir yang berkongsi mengalami pengalaman yang sama dan rata-ratanya sebak dengan perkongsian Uyaina serta meninggalkan ucapan takziah kepadanya.
Terdahulu, Uyaina berkongsi berita duka mengenai pemergian abang tercintanya menghadap Ilahi pada hari ulang tahun kelahiran ibunya pada 19 Ogos lalu.