Kulit nanas biasanya kita buang begitu sahaja. Tahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
Ads
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
Ads
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Mungkin andai tidak diceritakan, tiada siapa menyangka Puan Noorazziah Binti Ismail, 34 tahun ini sebenarnya merupakan cancer survival . Demi merawat kanser yang dihidapinya, Puan Noorazziah akur menjalani pembedahan hingga terpaksa membuang payudara di sebelah kanan.
Pun begitu, sikapnya tetap optimis dan positif, hingga mampu menyembunyikan derita yang pernah ditanggungnya.
Apa yang pasti, membaca perkongsian kisahnya cukup terinspirasi. Bermula sebagai pesakit kanser payudara, kini bertindak sebagai pengasas dan juga President Kelab Kanser Pasir Gudang.
Semangat luar biasa yang ada pada dirinya, harus diserap oleh mereka yang kini sedang berjuang melawan kenser. Ayuh ikuti perkongsian kisahnya.
Cek sendiri
15/8/2016 – 4.30pm (sebelum tarikh tersebut saya demam on off lebih kurang 3 bulan lamanya. Pun begitu, pada hari tersebut ketika waktu mandi petang untuk menunaikan solat Asar, tergerak di hati saya untuk membuat pemeriksaan sendiri pada bahagian payudara. Dari situ, saya dapati ada 2 biji ketulan keras di payudara sebelah kanan. Saya beritahu suami dan pada malam itu juga suami bawa saya ke klinik pakar sakit puan.
Doktor membuat ujian saringan ultrasound dan mendapati memang betul ada 2 biji ketulan lebih kurang besar guli di payudara sebelah kanan saya. Doktor bagi surat untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital.
Saya ke hospital dan mula mengikut beberapa procedure doktor, ambil sample darah – Ultrasound – Biopsy…
Sah kanser!
Pada 19/10/2016 – 9.45am saya disahkan menghidap kanser payudara. Saya menangis semahunya. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari hospital saya masih menangis. Pada tengah hari tersebut saya minta izin pada suami untuk pulang ke kampung di Felda Palong 5, Gemas, Negeri Sembilan. Alhamdulillah tangisan saya terhenti di situ. Saya mula muhasabah diri, saya redha.
Allahuakhabar siapalah saya untuk menidakkan takdir dari Allah. Saya mempunyai seorang ibu, seorang abang, dua orang kakak dan seorang adik perempuan. Saya juga isteri dan ibu kepada seorang anak yang kini berusia 13 tahun.
Mereka segalanya, merekalah kekuatan saya yang sentiasa menyuntik semangat saya tiap masa. Perhatian daripada suami dari awal hingga kini tiada surutnya.
Saya jalani hidup seperti biasa sehingga ada yang tak percaya saya penghidap kanser payudara. Saya banyak dekatkan diri pada Allah. Alhamdulillah hidup saya lebih tenang.
Perjalanan melawan kanser
15/12/2016
Pembedahan ‘mastectomy’ right breast (buang payudara sebelah kanan)
7/2/2017 – 15/6/2017
kemoterapi sebanyak 6x
7/5/2017 – 2/5/2018
Herceptin tagged sebanyak 17x
25/7/2017 – 28/8/2017
Radiotherapy sebanyak 20x
Kesihatan Sekarang
Alhamdulillah. Saya seorang yang sangat-sangat positif. Saya menjalani gaya hidup yang sihat. Saya juga banyak melakukan kerja-kerja sebagai volunteer. Saya juga adalah pengasas dan juga President Kelab Kanser Pasir Gudang.
Tujuan saya tubuhkan KKPG adalah untuk memberi perhatian khusus pada pesakit-pesakit kanser yang ada di sekitar Pasir Gudang. Selain itu saya juga amat mementingkan kebajikan mereka. Saya lalui apa yg mereka lalui. Kesakitan mereka kesakitan saya juga. Saya juga ahli CANCER SUPPORT GROUP JOHOR yang mewakili Pasir Gudang.
Perancangan Allah adalah yang terbaik. Saya sihat! Saya hanya perlu menjalani pemeriksaan berkala 6 bulan sekali. Nasihat saya bila kita berada dalam keadaan ini kita perlu lebih muhasabah diri dan balik kepada agama. Jaga solat, banyakkan berzikir dan bersedekah.
Berkongsi nasihat
Nasihat saya juga kepada ahli keluarga pengidap kanser, jagalah perasaan mereka yang agak sensitif. Sayangilah mereka, hargai mereka..berikanlah pelukan semangat buat mereka…sesungguhnya kanser itu terlalu sakit untuk dilalui.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Alif…this is for you.” Inilah ayat pertama yang ditulis oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin di akaun instagramnya baru-baru ini. Luahan hati seorang ibu yang berasa cukup bangga dengan pencapaian anak namun dalam masa yang sama hiba yang dirasakan saat menerima skrol mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan di majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa.
Mama tolong ambikkan ye..Alhamdulillah…congrats.
Keluarga kecil saya tumpang bangga & gembira dgn pencapaian anaknda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sblm kembali kerahmatullah. Moga Alif tenang disana.
Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA & sahabat2 yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia. Thank you UITM, Moga legacy arwah dapat diteruskan. Al- fatihah.
Berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu, ketika hayatnya, Allahyarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.
Kata pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ lagi, arwah Alif menjadi antara individu yang banyak menaikkan semangatnya selepas pemergian Allahyarham suami, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
“Setiap hari Alif pasti akan menghantar WhatsApp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,” ujarnya.
Bagaimanapun, Nora berkata, dia reda dengan pemergian anak keduanya itu dan menganggap Allah lebih menyayanginya: “Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah lebih menyayanginya,” jelasnya.
Untuk makluman, arwah Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Inilah hebatnya seorang ibu, bila tahu sahaja sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan air selama 3 hari, terus timbul idea untuk pastikan keluarga tetap dapat merasai masakan yang dimasak dari air tangannya sendiri.
Nak tahu apa yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsiannya. Moga memberi inspirasi pada wanita yang lainnya.
Apa yang diutamakan makan pakai anak-anak dan keluarga sempurna.
Bermula esok (Rabu) bekalan air akan terputus selama 3 hari di banyak kawasan di Selangor.
Kata suami saya, Mulai esok tak payah masaklah. Kita makan luar jer. Jimat air.
Makan luar?
Berkerut-kerut dahi saya berfikir.
Anak-anak sebelum ke sekolah wajib nak tapau makanan. Lepas tu tengah hari pula ada yang balik jam 1 rushing nak pergi kafa pula. Ada yang balik jam 2.30 dan ada yang balik jam 5.30 petang. Celah mana nak pergi makan luarnya?
Nak tapau pula, bagai dikatakan.. bila sejuk kejunglah makanan itu di atas meja. Tak ada siapa pun yang akan usik.
Maka malam tadi, tatkala seisi rumah sudah nyenyak dibuai mimpi, saya pun bersilat di dapur sorang-sorang. Masak siap-siap senang. Lepas tu bekukan. Nanti nak makan panaskan sahaja.
Sambil masak sambil kumpul tok, nenek dan moyang periuk serta tong untuk tadah air.
Selamat bertabahlah warga Lembah Klang yang terlibat 3 hari tanpa bekalan air!
Sumber : Busseroa Abd Jalil via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.