HomeInspirasi“Inilah Dunia Aku, Kenapa Susah Bercampur Orang Lain & Tak Keruan Menjaga...
“Inilah Dunia Aku, Kenapa Susah Bercampur Orang Lain & Tak Keruan Menjaga Anak-Anak.” Miliki Anak Autistik & 7 Tahun Alami Depresi, Luahan Ibu Ini Cukup Menyentuh Hati
Semua orang tak pernah sepi daripada ujian. Cuma yang membezakan adalah bentuk ujian yang menimpa itu. Ada yang diberikan ujian kecil, ada pula ujiannya besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya dan ada yang berlarutan. Malah ada juga yang ujiannya datang bertimpa-timpa, bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika nipis imannya maka itu yang menyebabkan mereka hanyut dan terjerumus ke lembah hitam. Andai kuat,cekal serta reda menerima apa yang berlaku, maka dengan sendirinya kehidupan akan lebih bermakna.
Perkongsian Syahirah Omar ini antara bingkisan hati seorang ibu yang memiliki anak syurga. Cukup sebak dan menyentuh hati tatkala membacanya. Moga ibu hebat ini tabah dan terus kuat dalam membesarkan anak-anak syurganya.
” I’m sorry sir, she’s autistic,” sambil aku hulur kepada dia kad bersaiz kecil. Di dalam kad tu aku ada sertakan sekali sedikit info tentang Autisme.
Lana tetap meraung sekuat hati. Merangkak dari depan ke belakang pesawat. Kalau aku larang, dia akan menangis. Jadi, terpaksa aku biarkan dia merangkak di dalam pesawat walaupun sudah 3 jam dia kehulu kehilir.
Terlalu banyak mata memandang. Ada pandangan simpati, ada pandangan yang kurang selesa Ya, aku tahu, Anoyying sangat kan?
3 jam tu juga Luqman turut menangis. Kalau aku yang memandu pesawat pasti aku dah parking tepi tenangkan mereka. Tapi, nak parking mana? Perjalanan dari Kuwait ke Malaysia bukan sekejap. Bukan ada hentian R n R diatas awan.
Ads
Cabin crew cuba membantu kami. Sebelum pesawat berlepas lagi aku sudah beritahu mereka kondisi Lana. Mereka beri toys, mereka beri makanan. Diam sekejap, kemudian sambung nangis semula. Sebenarnya, sebelum naik pesawat aku dah buat persediaan yang sangat rapi. Aku bawa toys baru, bekalan ubat, gadget. Tapi, inilah dunia aku. Kenapa aku susah bercampur dengan orang lain. Hidup aku memang tak keruan menjaga anak-anak.
“Mungkin dia sakit perut?” Seorang warganegara Indonesia cuba membantu aku.
Aku check perut tak pula kembung atau cirit birit. Demam pun tak ada. Tetapi inilah Autisme. Anak begini bukan boleh duduk statik. Masalah sensory bunyi yang teruk juga membuatkan dia tak boleh dengar bunyi pengumuman di dalam pesawat.
Itulah punca dia menangis tak berhenti. Mungkin juga tekanan pada gegendang telinga apabila berada tinggi di udara membuatkan dia sangat tidak selesa.
Ads
Setelah 7-8 jam, akhirnya kami sampai ke tanah air. Perjalanan yang sangat mencabar. Sebenarnya bukan kali pertama mereka menaiki pesawat, tetapi setiap kali menaiki pesawat itulah yang aku dan anak anak akan lalui. Boleh kau bayangkan? Cuma yang bezakan setiap kali perjalanan tu berapa jam mereka akan menangis.
Kadang-kadang orang tak bersetuju dengan keputusan aku untuk duduk sendiri bertiga dengan anak-anak pada waktu tu. Bagi mereka, kenapa perlu begitu? Tetapi aku dan anak anak perlu keluar ke negara lain setiap 3 bulan kerana aku masih masuk ke Kuwait menggunakan Visa on Arrival. Proses untuk mendapatkan civil id bukan satu perkara yang mudah. Tetapi orang lain tidak akan faham situasi aku.
” Ruginya! Best kot duduk oversea! Boleh jalan tempat orang. Ada musim panas, musim sejuk, buah kurma,”
Ads
Haha! Tak ada best mana pun kalau dah anak aku begini. Setiap kali nak bawa keluar rumah adalah mimpi ngeri bagi aku. Setiap kali nak ke rumah kawan pun adalah mimpi ngeri bagi aku. Pergi keluar cantik, balik rumah brooch dah terpusing ke telinga.
Akhirnya aku buat keputusan menetap di Malaysia bertiga dengan anak-anak. Aku pilih untuk tinggal di Alor Setar memandangkan disitu ada kekosongan untuk Lana sertai Nasom. Sejak dari tu la hidup aku berpindah randah tak berhenti. Di negeri mana yang sesuai, aku akan pindah asalkan aku usahakan yang terbaik buat dia.
Depressi aku bukan setahun dua. Ini cerita 7 tahun lepas. Tekanan yang lama tu buatkan aku makin tidak waras dan tak mampu berfikir lagi dah bila ada perkara yang sama berulang kali trigger aku. Aku penat mental, fizikal dan emosi aku sangat remuk sepanjang membesarkan mereka. Susah aku nak gambarkan perasaan tu, tetapi memang bukan satu benda yang mudah untuk aku. Alhamdulillah, sekarang aku pun dah sihat dari Depressi dan Anxiety.
Allah Maha baik kan? Aku dah lepas satu ujian kecil melalui anak, dan beberapa ujian lain dalam hidup.Tetapi masih banyak ujian lain menanti, kan? Dan ujian hidup ni takkan pernah habis pun kan? Kau sabarlah jika diuji. Kemanisan tu kita akan rasa satu hari nanti bila kita sabar mengharungi. Berapa kali kau jatuh tersungkur pun kau jangan berputus asa. Allah sentiasa ada bersama kau bila saat kau rasa kau tak punya siapa siapa.
Salam sayang,
Syahirah omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Datin Almy Nadia menitipkan doa dan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Nur Afrina Arianna yang kini genap 7 tahun.
Ibu kepada empat cahaya mata yang juga isteri kesayangan Dato Fizz Fairuz ini memuatnaik ucapan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Assalammualaikim good morning semua. Dear my twin nur afrina arianna Selamat hari jadi wahai anak mama, kejap ja rasanya dah 7 tahun.
“kakak nnt besar baca tau, mama sayang kakak sangat2 tau, mama sentiasa doakan kakak panjang umur,sentiasa dimurahkan rezeki.
“Menjadi anak yang solehah buat mama n papa dan menjadi kakak yang baik, menjadi contoh yang sempurna buat adik2 dan semua. Happy birthday nana mama very love u @fizzfairuzofficial,” ujar Almy lagi.
Sebagai ibu tiada doa lain selain berharap si anak Arianna atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu menjadi seorang anak yang solehah dan kakak yang baik kepada adik-adiknya.
Sekadar makluman, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lain bernama Nurr Afrina Aurora, 6, Nur Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah yang baru sahaja dilahirkan pada Disember lalu.
Baru sehari perlaksanaan sesi pembelajaran di rumah, bukan sahaja cikgu dan anak murid perlu membiasakan diri dengan sistem pembelajaran online, malah sebagai ibu ayah juga berdepan dengan pelbagai cabaran.
Salah satunya bila guru mewujudnya pelbagai group whatsapp untuk setiap subjek dan kelas, secara tidak langsung memeningkan juga untuk dipantau hingga perlu discroll berkali-kali.
Jadi untuk memudahkan ibu ayah urus group chat PdPR anak-anak, sebaiknya buatkan folder chat sepertimana yang dikongsikan oleh Izyan Alias ini.
TUTORIAL BUAT FOLDER CHAT WHATSAPP UNTUK ANDROID
Hari ni Egie nak share cara buat Folder Chat di Whatsapp pulak ya.
So senang cikgu dan parents nak manage group chat PDPR anak-anak .
❤️Step 1, tekan group sampai keluar tanda ✅
❤️Step 2, tekan tiga titik di bahagian kanan atas tu, tekan Add Chat Shortcut.
❤️Step 3, nanti groupkan semua shortcut chat tu dalam 1 Folder.
Faham tak?
Semoga bermanfaat semua
Sumber : Izyan Alias
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina.
Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang ini menggondol lima anugerah cemerlang dalam majlis penganugerah itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh kakak Khidir di laman TikToknya, dia meluahkan rasa bangga kerana adiknya berjaya membolot lima jenis anugerah termasuklah timbalan ketua pengawas, menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan serta terbaik matapelajaran.
Melalui video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Khidir merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan telah membuatkan netizen kagum dengan pencapaiannya.
“So proud of you brother! Fly high and higher,” ujar Fatimah Azzahra ringkas di ruangan kapsyen.
Biarpun terpaksa bersaing dengan masalah bahasa namun ia bukan satu halangan kepada anak muda ini untuk cemerlang.
Malah Khidir menerusi satu sesi temubual di salah satu stesyen radio, meluahkan rasa bangganya atas pencapaian itu.
Ujarnya lagi, idea untuk bersekolah di sekolah Cina merupakan usaha ibu dan kakak sulungnya yang mahu dia menguasai bahasa itu dengan baik dan dia paling bersyukur kerana berjaya merealisasikan impian keduanya dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Khidir yang secara tidak langsung menaikkan semangat pelajar Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.
Dalam pada itu, Khidir berterima kasih kepada orang ramai atas doa yang diberikan dan menyeru kepada pelajar di luar sana untuk belajar bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga serta guru.
“Terima kasih semua orang atas doa dan teguran. Tolong doakan SPM saya terus cemerlang ya! Dan saya doakan calon-calon SPM yang lain berjaya dengan cemerlang juga. Jom kita sama-sama banggakan ibu bapa dan guru,” ujarnya.
Sumber: TikTok @Fatimahazzahra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...