Zaman kenaikan barang sekarang ni, alternatif nak berjimat semestinya masak sendiri dan bawa bekal. Bukan sahaja save bajet, malah makanan yang dibawa juga lebih enak dan semestinya diyakini kerana di masak sendiri.
Baru-baru ini tular seorang suami yang membawa bekal ke tempat kerja dan disakat oleh rakan kerana membawa bekal tersebut dari rumah. Dek kerana usikan itu, isterinya daripada bekalkan menggunakan bekas makanan bertukar ke bekas pakai buang seperti dibeli di kedai makan.
Menerusi YouTube mStar, pasangan bahagia yang bernama Zahratunur Ismail dan Faisal Hamzani itu berkongsi tentang kejadian dimana si suami selalu disakat apabila membawa bekal makanan ke tempat kerja. Jelas pasangan tersebut, mereka dahulunya sempat PJJ dan ini merupakan tahun pertama mereka tinggal bersama.
Ads
Menurut lelaki berkenaan, kebiasaannya dia akan membeli makanan bersama rakan-rakannya. Namun, disebabkan isteri tercinta rajin memasak, individu tersebut berasa teruja untuk membawa masakannya.
Ads
Menerusi temu bual tersebut, Zahra memberitahu bahawa tetap mahukan si suami membawa hasil air tangannya ke tempat kerja. Demikian itu, wanita tersebut ambil alternatif lain membungkus makanan dengan gaya seperti di kedai makan mahupun restoran. Jelas mereka, sama sekali tidak terlintas perasaan malu untuk membawa bekal malahan lebih kepada teruja.
Walaupun menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan posting berkenaan, namun kedua-dua pasangan tersebut sama sekali tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan. Malah masing-masing hanya memandang dari sudut positif sahaja. Tambahan pula, si suami merasa bersyukur dapat tinggal bersama serta menjamah air tangan pasangannya setiap hari.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan. Selain berpuasa, ada banyak amalan sunnah Ramadan yang dapat menghidupkan lagi keimanan seorang hamba. Salah satunya kita semua digalakkan membaca Al Quran. Malah bagi yang berkemampuan untuk khatam, itu adalah lebih baik.
Untuk makluman, pelakon cantik Nora Danish sebelum ini berjaya khatam Al-Quran buat pertama kalinya pada tahun lalu pada 10 malam terakhir Ramadan. Terbaru menerusi Instagram pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada 2005 kembali mengimbau detik beliau terbuka hati untuk khatam Al-Quran.
Menurut Nora Danish, niat untuk khatam Al-Quran pertamanya adalah untuk sedekah kepada arwah ayahnya yang telah meninggal dunia.
Sebak dengan perkongsian pelakon drama Mak Cun, moga jadi iktibar.
Nora dulu masa sekolah rendah dah belajar di sekolah agama. tapi dua tahun je atas sebab tertentu.
Bila nak niat di hati nak khatam Al-Quran awal. Tapi masa kanak-kanak sikap sambil lewa. Ingat lagi bila ustaz datang, tapi kata tak ada di rumah, tulah yang tak khatam.
MULA TERDETIK
Jadi hari demi hari dan lepas kahwin bila tengok orang khatam, rasa macam bila-bila turn Nora ni, bila ni Ya Allah. Tapi masa tak ada. Sibuk dengan shoting. Jadi alasan pula untuk tak nak khatam.
NIAT KHATAM AL-QURAN UNTUK ARWAH PAPA
Last year terbuka niat sebab arwah papa dah meninggal. Nora tak rapat dengan ayah, sebab pada umur 2 tahun dah ke US untuk kerja. Jadi tak ada pengalaman bersama dengan papa.
Bila terniat , rasa rindu sangat dengan papa, ok tak papa ke alam lain. Juga PKP juga ada hikmah. Itulah masa untuk Nora belajar dengan pen elektronik, ikut-ikut. Itu lah alhamdulillah macam terbuka hati.
ALLAH KABUL DOA
Bangun tidur pun nak buka Al-Quran. Macama terlalu excited nak baca quran. bermula dengan 1 hari 5 muka surat, kemudian 10 muka surat hingga jadi 20 muka surat.
Suami tengok nora , keluar je kat ruang tamu tengok baca Al-Quran. Nora pun pasang niat nak khatam ni untuk arwah papa.
Mungkin Allah kabulkan niat Nora untuk sedekah kan buat arwah papa. Jadi dibukakan hati untul khatam sepenuh jiwa dan raga.
Alhamdulillah rezeki.
HASRAT BERHIJAB
Walaupun kita tak sempurna , tapi Allah akan dengar doa kita kalau betul-betul ikhlas dari hati. Nora belajar untuk tidak judge orang dan berharap orang pun tak judge Nora. Walaupun Nora tak berhijab tapi Allah maha pengampun. InsyaAllah suatu hari nanti dengan doa semua, ibu nora, suami dan semua. InsyAllah. Siapa yang tak nak jadi hambanya yang sempurnakan kan. Doakan!
Cukup mudah untuk mengatur pertemuan bersama personaliti Arena Wan Mun-Yi Iman Wan yang juga merangkap Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019 baru-baru ini. Tahniah Arena!
Cantik, yakin dan penuh motivasi antara keistimewaaan yang dimiliki oleh anak sulung daripada tiga beradik ini. Mesra disapa sebagai Arena, gadis berusia 19 tahun seorang yang merendah diri serta tidak lokek dengan senyuman. Tapi siapa sangka, gadis manis ini bertubuh kecil ini seorang yang tabah dan kuat semangat bagi memberikan yang terbaik buat adik beradik dan ibu bapa.
Arena merupakan kakak kepada Adam Wan ‘Adam Autism Family’ , menyifatkan keluarganya adalah inspirasinya untuk mengorak langkah lebih yakin dalam hala tuju kehidupannya.
Kisah keluarganya yang pernah viral sebelum ini berkisar adiknya Adam, seorang Autisme telah mendapat perhatian ramai, Arena menyifatkan itu sebagai perkongsian yang bermanfaat supaya mendapat kesedaran daripada masyarakat apa itu Autisme ini. Malah ketika ditembual oleh Keluarga, kelihatan tangan Arena ada kesan luka selepas Adam mengamuk di rumah.
“Bagi saya, ada segelintir masyarakat segelintir yang tidak tahu apa sebenarnya autisme. Ada yang kata down syndrom atau penyakit dan boleh sembuh. Hakikatnya autsime adalah kekurangan dalam diri yang dialami oleh seseorang individu.
“Kita tak boleh mengira sejauh mana kekurangan itu tetapi boleh membaikinya. Ia bukan penyakit. Autisme ini ada karektor. Ada yang boleh jaga diri sendiri , bercakap, melakukan rutin, boleh faham dan menjaga diri.
“Manakala bagi yang jenis memerlukan perhatian lebih, mudah mengamuk. Paling menyedihkan ada segelintir mengatakan mereka ini tidak waras. Saya berharap masyarakat jangan mudah menghukum tanpa mengetahui punca sebenar ia berlaku.
“Saya dan ibu bapa sendiri mengalami situasi yang sama apabila masyarakat tidak faham apa yang kami lalui. Saya masih ingat, ketika adik saya, Adam mengamuk sehingga ayah terpaksa meredakan keadaan Adam dengan cubaan untuk baringkannya ke lantai. Ia bertujuan untuk mengelak Adam secara tidak sengeja mencederakan orang awam yang berdekatan.
Tanpa diduga, ada individu telah menghubungi pihak polis setelah menganggap ia unsur penderaan.
“Saya mohon masyarakat, jika melihat situasi ini, tolonglah bertanya dan jangan mudah menghukum. Tak tahu tolong tanya dan jangan buat andaian yang salah mengenai austime ini,” jelasnya dengan mata yang berkaca.
Hampir putus asas
Menyentuh pula mengenai kejayaannya yang meraih gelaran Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019, anak kepada komposer terkenal, Iman Wan ini, tidak menyangka mendapat gelaran khas melalui pertandingan anjuran Majalah Remaja itu setelah beliau hampir putus dan keadan emosi yang tidak stabil ketika menghadiri uji bakat buat pertama kali.
Sebelum tersenarai sebagai 12 finalis Dewi Remaja 2018 / 2019, Arena telah terlebih dahulu dipilih sebagai peserta Top 20.
“Ibu bapa saya memang memberi galakkan untuk saya menyertai pertandingan ini. Cuma pada hari uji bakat yang melibatkan ratusan calon, saya hampir putus asas.
“Ketika itu Adam mengamuk. Ayah pula kerja luar kawasan. Melihat situasi itu membuatkan saya putus asas untuk menghadiri casting itu. Lebih-lebih lagi ketika itu Adam sudah mula semakin agresif.
“Ibu tetap mahu saya menghadiri uji bakat itu. Dalam kereta Adam mula menendang kerusi, Saya mula risau Adam akan mencederakan ibu dan adik yang baru berusia 7 tahun. Ibu hanya sempat menghantar saya separuh jalan. Selebihnya saya pergi sendiri menaiki kenderaan awam.
“Saya tak sangka terpilih. Walaupun ketika itu emosi saya tidak stabil. Malah saya amat bersyukur, walaupun ini adalah casting pertama buat saya, saya terpilih,” ujarnya mahir bermain gamelan, piano, ukulele dan gitar.
Anak sulung yang tabah
Arena juga tidak menafikan kehidupannya banyak tertumpu kepada keluarganya setelah Adam disahkan autisme seawal tiga tahun.
“Dulu saya mempunyai perasaan malu apabila mempunyai adik sebegini. Biasalah perasaan seorang remaja. Namun, saya belajar untuk lebih bersabar dan redha. Belajar untuk terima seadanya.
“Oleh kerana anak sulung, saya banyak memberi tumpuan kepada keluarga sehingga saya tidak pandai bersosial dan tidak ramai kawan. Malah ada yang kata, saya tak pandai bersosial.
“Saya tidak berkecil hati jika dikatakan begitu. Bagi saya jika mempunyai ahli keluarga yang ‘istimewa’ sebegini, saya perlu berkorban. Saya lihat bagaimana ibu dan ayah saya berhenti kerja untuk memberi fokus kepada Adam. Begitu juga saya,” katanya dengan nada sebak.
Harapan
“Selalu saya berbual dengan ibu bapa dengan membayangkan jika Adam seorang anak yang normal tentu kami akan pergi melancong, Adam punya ramai peminat dan pastinya akan buli saya.
Setiap kali selepas solat, saya doakan Adam kurang agresif masa hadapan.
“Apa yang saya bimbangkan adalah mengelak daripada mencederakan ibu ayah. Masa sentiasa bergerak, usia ibu ayah saya semakin meningkat. Mereka akan berusia dan mudah letih dan adik bongsu pula semakin membesar.
“Dan ini semua adalah tanggungjawab saya untuk menjaga mereka. Saya berharap dapat melangkah lebih jauh dalam industri ini supaya dapat membantu menambah pendapatan keluarga terutaman kos pengurusan terapi Adam agak mahal.
“Saya ikut the flow, Ingat tuhan dan mengharapkan yang terbaik buat keluarga,” jelasnya yang mengharapkan sinar kejayaan akan mengiringinya kelak.
Sumber: Majalah Keluarga Mac 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengurat suami? Biasanya kita mendengar lelaki yang mengurat perempuan. Kali ini giliran si isteri pula untuk memikat hati suami. Jika artikel sebelum ini saya pernah menyentuh tentang suami mengurat isteri, kali ini saya berkongsi ilmu bagaimana isteri mengurat suami.
Keluarga ialah asas dalam kekuatan ummah. Keluarga bahagia akan menjadikan ummah kita kuat. Faktor utama kebahagian sesebuah keluarga ialah kasih sayang. Maka, salah satu kaedah dalam mewujudkan kasih sayang ialah dengan mengurat.
Cuba kita renung kembali zaman sebelum berkahwin. Bagaimana suami berusaha dengan teknik dan gaya masing-masing dalam mengurat bakal isteri. Alangkah manisnya hubungan bila isteri membalas pula dengan mengurat suami.
Jangan asyik ingin dibelai dan dimanja suami, sehingga terlupa untuk membalasnya. Suami juga walaupun nampak macho dan ego yang tinggi.. kononnya, mempunyai perasaan yang sama dengan isteri. Perasaan ingin dihargai. Perasaan ingin disayangi dan dimanja.
Kita semuanya dikurniakan seketul daging yang sama, iaitu hati. Dari hati itu la kita berkongsi rasa yang sama, kita berkongsi keinginan yang sama, dan kita berkongsi jiwa yang sama. Moga perkongsian tips ini dapat memberi manfaat dalam perhubungan kita. Insyaallah.
Suami juga memerlukan layanan ingin di manja. Itu lumrah kejadian manusia. Bagaimana untuk bermanja?
Ada banyak cara. Dengan lirikan mata pun boleh mewujudkan manja. Dengan belaian tangan seorang isteri pun dapat melahirkan perasaan manja.
Hanya dengan menghadiahkan senyuman, sudah cukup untuk menenangkan hati suami. Senyum dapat menyalurkan aura yang sungguh hebat.
Kepenatan dan keletihan suami dapat diubat hanya dengan senyuman.
Senyum itu satu sedekah. Dari sedekah lah rahmat itu turun.
Sifat romantik perlu sentiasa ada dalam perhubungan. Romantik itu boleh wujud dalam pelbagai cara. Layanan seorang isteri juga dapat menimbulkan suasana romantik.
Sekali sekala isteri boleh menyediakan kejutan kepada suami dengan candle light dinner. Air tangan dari masakan seorang isteri adalah makanan terbaik untuk seorang suami.
Layanlah suami umpama raja. Insyaallah..isteri akan dapat layanan bak permaisuri dari suami.
Wangi-wangian boleh menimbulkan satu aura yang sangat hebat dalam perhubungan. Pelbagai jenis minyak wangi boleh didapati dipasaran. Cuma sahaja tinggal memilih mengikut kegemaran dan kemampuan. Dan pastikan penggunaannya mengikut kesuaian tempat dan masa.
Isteri boleh mewujudkan elemen kejutan dengan memberikan hadiah kepada suami. Tidak perlu menunggu ulang tahun perkahwinan atau harijadi.
Hadiah yang simple sahaja sudah cukup bagi suami. Dan pastikan juga hadiah itu disukai oleh suami.
Apa yang penting ialah keilkhlasan isteri dalam memberikan hadiah. Kenanglah ketika suami mengurat dahulu. Pelbagai jenis hadiah diberi dalam usaha untuk memikat hati.
Dalam apa juga perhubungan, kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci utama. Dengan mewujudkan elemen ‘mengurat suami’ dalam hubungan, isteri haruslah bijak mengatur strategi.
Sekiranya ingin menambah ummp dalam mengurat, isteri rajin-rajinlah memakai pakaian yang seksi dihadapan suami. Kompom boleh bikin cair hati dan hidung suami. Jangan asyik memakai pakaian yang sama saja.
Variasikan kaedah moga perhubungan terus bertambah erat tanpa dimakan usia. Dan dalam asyik kita mengurat, jangan terlupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keberkatan dalam perhubungan suami isteri. Mohon agar ikatan yang dipegang kekal erat hingga ke hujung nyawa.