Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ads
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan.
“Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Parenting satu eksperimen
Ads
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi.
“Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Ads
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memetik artikel yang pernah disiarkan oleh Sinar Harian tentang khasiat kacang Murungai, siapa sangka tumbuhan ini punyai keistimewaannya yang tersendiri. Terasa rugi pula jika tidak dimakan dan setusnya eloklah dijadikan amalan dalam penjagaan kesihatan kita seisi keluarga.
Mungkin ramai yang tidak tahu selain kacang morungai ini, daunnya juga boleh dimakan dan pelbagai resipi. Dan di sini melalui 3 perkongsian cara memasaknya dapatlah kiranya memberi idea untuk ibu-ibu mencuba rasa keenakan hidangan berasaskan murungai ini. Jom semak.
TELUR DADAR DAUN MURUNGGAI
sumber : Echah Seamstress via MAHN
Lain pula cara Encik Zaid Azizy menikmati keenakan rasa daun murungai ini.
“Minum potang lu …daun munggai colup topung bestari ..sodappp….den bona eah nk mkn keledek goreng…tp poie bongkar bateh keledek.tak do lak keledek eah ..kor Cik Ra dah rembat dulu….semlm Cik Ra da rembat duo bijik jambu batu den…huhu… Nasib la ado daun munggai ni haa…buleh gak la buek kudapan di potang hari…tajuk menu potang ni…daun munggai colup topung pun vuley la…..kah kah kah..”–Zaid Azizy Yaakob
Dan, ini pula yang dikongsikan oleh Nirumala untuk kita cuba.
“Ramai yg tktau nak masak apa dgn daun kelor (moringa)nie kan..lebih2 lagi sayur nie tgh famous skrg sebab banyak khasiat…nie resipi dari mak saya”–Nirumala Citambaram
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas (cincang halus)
Cili kering (potong kecil)
Ikan bilis (goreng ketepikan dulu)
Telur sebiji (kalau tak nak letak telur. Letak kelapa parut pun boleh ye)
Sedikit garam
Cara penyediaan :
Tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili kering.
kemudian masukkan daun kelor (moringa) tak payah masak.
lama2 tau. dalam 5 6 minit dah masak dah daun tu.
Letak telur di tengh-tengah dan kacau.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan angkat. Jangan lupa letak garam ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki Usia 8 tahun perkahwinan, pelakon Datin Almy Nadia menitipkan ucapan istimiewa buat suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz.
Berkongsi luahan rasa syukur kerana perkahwinan yang dibina bersama suami kekal utuh sehingga kini, Almy turut menzahirkan rasa terharu kerana Fizz seorang suami yang terbaik dan menerima dia seadanya.
Luahan tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
“Happy anniversary sayang yg ke 8. Syukur alhamdulillah. Terima kasih sayang sebab terima mama seadanya. Maafkan mama jika ada salah dan silap,” ungkapnya.
Menyifatkan Fizz seorang suami yang terbaik dan bapa yang bertanggungjawab buat anak-anak mereka, Almy menitipkan doa semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
“Sayang, u r the best suami, you are the best papa in the world utk anak-anak. I love u so so much sayang. I love @fizzfairuzofficial.
“Mama sentiasa doa agar rumahtangga kita dilindungi,berkekalan hingga ke akhir hayat,” doanya lagi.
Untuk rekod, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan menjaga seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.
Ketika kita merasakan hidup kita susah, dibebani hutang piutang yang tak pernah tamat. Sarat dengan masalah dan stress yang datang saban hari, ada insan yang lebih susah daripada kehidupan kita sehinggakan tiada tempat untuk berteduh.
Diuji dengan pelbagai dugaan malah tiada tempat untuk berteduh dan adalah ujian terbesar bagi wanita mualaf ini. Inilah dugaan terbesar bagi wanita bernama Lechemey yang akhirnya diselamatkan oleh Ustaz Ebit Lew.
“Sedang kita tidur lena, ada seorang kakak yang baik diuji begini. Dia menangis minta maaf sebab ustaz sampai cari di bawah ini. Seram betul. Memang tinggi. Kalau jatuh boleh icu rasanya,” kata Ustaz Ebit Lew.
Sedang kita tidur lena, ada seorang kakak yang baik diuji begini. Dia menangis minta maaf sebab ustaz sampai cari di bawah ini. Seram betul. Memang tinggi. Kalau jatuh boleh icu rasanya. kata UEL.
Ketika kita merasai lena dibuai mimpi indah, tidur di atas katil dan beralaskan hamparan yang selesa, tetapi di luar sana, ada insan yang masih hidup dan tidur di merata tempat. Insan yang bergelar gelandangan ini diuji nasib mereka seperti itu. Tetapi, walaupun tidak terpilih dalam kalangan orang yang merasai kenikmatan hidup, tetapi dia terpilih merasai nikmat Islam.
Seorang wanita yang berketurunan India, Letchemey telah melafazkan syahadah. Apa yang mengejutkan, wanita ini tinggal di bawah jambatan. Berdasarkan video yang dimuat naik, tempat tidur Lecthemey agak tinggi dan merbahaya.
Ustaz Ebit Lew berkongsikan cerita ini diiringi linangan air mata apabila melihat ujian yang diberikan kepada wanita ini.
BAWAH jambatan, cari kakak yang inginkan hidayah. Hari air mata. Misi pagi ini mengambil seorang kakak semalam masuk Islam. Turun bawah jambatan, terjumpa kakak ni. Siapa sangkakan ada orang begini susah hidup. Sedang kita tidur lena, ada seorang kakak yang baik diuji begini.
Syukur jumpa kakak semalam yang telah mengucap syahadah. Dia yang nak belajar dan dia menangis semalam ingin belajar nak dekat dengan Allah.
Dia menangis minta maaf sebab ustaz sampai cari di bawah ini. Seram betul. Memang tinggi. Kalau jatuh boleh icu rasanya. Tapi ujian kehidupan disini ada orang tidur.
Dalam minta maaf pada saya, saya katakan padanya, “kakak lagi berharga dari seisi dunia sebab Allah sayang kakak. Dia gerakkan saya cari kakak disini sebab Allah sayang kakak”
Kakak ni memang orang baik. Dia cuma diuji dengan ujian kehidupan. Syukur akhirnya jumpa dan dan akan bawa ke tempat tinggal selesa dan semuanya disediakan sambil dapat belajar Islam. InsyaAllah dah habis belajar esok kita cuba carikan kerja.
Terima kasih ustazah Maizura dan lain-lain yang sangat banyak membantu untuk pendaftaran dan tempat tinggal. Tuan Arief dan isteri bantu bersama. Masa menulis ni air mata saya masih mengalir lagi. Tahniah sis Letchemey. Amy tahniah. Allah sayang.
Kredit: Ustaz Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di