Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah bebanan ujian kepayahan, kesusahan dan kesulitan hidup yang ditanggung oleh setiap antara kita, punya kisah deritanya yang tersendiri.
Ini sebagaimana satu kejadian yang dikongsikan oleh @anne-nma di Twetter ketika itu sedang berada di sebuah klinik menemankan ayahnya yang sakit untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Ini kisah yang dikongsikan olehnya dan semoga lebih ramai lagi antara kita yang berhati ikhlas dan baikh hati membantu insan yang dalam kesusahan. Memandangkan waktu dan ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 ini, ramai sedang ‘berjuang’ demi kelangsungan hidup.
Malam tadi, 22 June, kejadian berlaku dalam pukul 10 lebih. Aku pergi klinik, hantar ayah sebab sakit batu karang. Klinik semua dah tutup, yang bukak Pusat Perubatan Intan je. Sebab dorg bukak 24Jam. Aku tunggu ayah masuk jumpa doctor depan entrance klinik.”
Tiba-tiba aku dengar kakak kat kaunter ubat, tengah sembang dengan orang farmasi. Farmasi tu betul-betul depan pintu masuk klinik.
Ada sorang kakak nak bayar ubat anak dia. Aku tengok kakak tu tanya orang farmasi berapa ringgit total ubat anak dia. “Semua sekali RM60++.” Sambil dia hulurkan ubat kat kakak tu.
Ads
And kakak tu tunjukkan 1 card. “Boleh tak saya nak guna card ni?”
Puan farmasi tu bagitau kakak depan dia.. “Kat sini tak terima card ni.” Muka kakak tu berubah, sambil tinjau suami dia kat belakang. Muka dia sedih. And tiba-tiba dia cakap.. “Takpe la. Saya takde duit. Saya tak nak ubat..”
Aku terkejut dengar.. sambil jeling sikit tengok dia cakap dengan orang farmasi tu.
Ads
“Eh mana boleh. Awak tak kesian ke anak awak sakit. Takpe. Ambik la ubat ni. Simpan card tu. Takpe saya bayarkan..” Puan farmasi tu macam terjerit-jerit sebab kakak tu dah nak lari.
Dia pusing belakang, pegi dekat suami dia ambik anak. Anak dia dlm 1 tahun ++ cmtu. Dia dtg balik kaunter farmasi sambil tengok-tengok suami dia kat belakang.
“Takpe ke? Saya tak boleh bayar ni..” Pensive facePersevering face and puan farmasi tu cakap lagi sekali yang dia akan bayarkan. Ambik je ubat tu. Dia ambik, dan tak henti-henti cakap terima kasih. And dia gerak pergi dekat suami dia. Dah takde dia kat situ.
Aku keluar tunggu ubat ayah. Aku tengok dia naik motor gerak dengan suami dia. Loudly crying dia naik motor honda lama yang ada lampu bulat tu. Dah sampai turn aku, aku pun buat-buat sembang dengan puan farmasi tu. Aku tanya kakak tadi bagi card apa. Dia cakap card tu card bantuan kerajaan. Ada klinik terima, tapi kat situ tak terima..
Ads
Aku taktau tu card apa. Sebab macam tak penah dengar. And aku tanya kot aku boleh tolong kakak tu bayar. Kirakan sekali dengan ubat ayah aku tu. Puan farmasi tu berulang-ulang kali cakap, “Takpe-takpe ubat dia saya bayarkan. Takpe la. Kesian dia.”
Untuk puan farmasi di Pusat perubatan Intan, Kuala Terengganu. Saya doakan puan dimurahkan rezeki sebab tolong kakak dan anak dia malam tadi! Semua orang tengah struggle sekarang. Puan adalah hero di mata saya malam tadi!
Wanita sentiasa menitikberatkan soal penampilan, baik sebelum mahupun selepas berkahwin. Namun berbeza dengan kaum adam di luar sana yang jarang mengambil berat hal-hal sebegini. Lebih-lebih lagi berkenaan berat badan.
Tidak kurang ada yang dahulunya kurus melidi tetapi setelah mendirikan rumah tangga, bentuk badan mulai berubah dan mungkin sedikit berisi ataupun ‘gemuk’.
Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.
Isteri pandai memasak
Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.
Terlalu rasa selesa dan menjadi malas
Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.
Tidak lagi aktif dan malas bersenam
Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.
Bertukar jadual seharian
Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.
Hidup rumah tangga, suami haruslah peka terhadap kesihatan diri dan juga keluarga, jangan hanya mengharapkan si isteri menguruskan semua kerja di dalam rumah. Menolong isteri di rumah adalah salah satu aktiviti senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan sekaligus dapat menurunkan berat badan dan boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
sumber: Aliffchannel (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki kulit wajah yang halus dan licin sememangnya menjadi idaman setiap wanita.
Kulit wajah yang kusam dan beberapa butir jerawat di wajah sahaja pun sudah memberi kebimbangan. Risau jika jerawat makin bertambah.
Tidak dinafikan kulit yang cantik dan menjadi idaman kebanyakan wanita seperti licin, tegang, anjal dan tampak kemerah-merahan.
Oleh itu, ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit ke pusat kecantikan. Malah memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli alat soleh untuk menutupi cela di wajah.
Namun, untuk kekal cantik bukan hanya bergantung kepada solekan semata tetapi dalaman juga harus diberi perhatian agar wajah kekal cantik walaupun tanpa solekan.
Hanya menggunakan dua bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.
JUS TOMATO SUSU UNTUK KULIT GLOWING
Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita. Kali ni mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihan nya bulak boleh di buat ice cube untuk buat masker
Bahan dan Cara Membuat :
Buah tomato 1 biji Susu rendah lemak 200ml 1. Rendam tomato dengan air garam untuk buang racun pada kulit tomato. 2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam blender dan kisar halus. ITS DONE!
Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.
Khasiat
Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.
Menjaga kesihatan ni satu ibadah. Jom jaga kesihatan dengan bahan semulajadi. Selamat mencuba!
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.