Kehidupan selesa, bukan bererti hidup didalam banglo serba mewah dengan 10 bilik serta  dekorasi yang menawan.

Ada yang mempunyai kediaman yang sederhana dan sempit sudah cukup membahagiakan buat dirinya.

Hakikatnya rezeki setiap manusia, berbeza dengan manusia yang lain. Kehidupan selesa mempunyai pelbagai definisi buat kita semua.

Ada orang cukup baginya lalui kehidupan tanpa bergantung pada orang lain dengan memiliki rezeki dengan baik untuk keluarganya.

Begitulah yang digambarkan sebuah keluarga ini menerusi perkongsian di facebook milik  puan Ina Mat Isa. Biarpun hanya mempunyai keluasan rumah hanya 20 X20 dengan satu bilik dan satu bilik air,tetap meluahkan rasa syukur memiliki kediaman sendiri.

Biarpun mengambil masa dua tahun, untuk siap sepenuhnya, keluarga ini tetap meraikan kediaman milik mereka ini yang serba sederhana. Moga ada rezeki, buat keluarga ini besarkan rumah kemudian hari.

Apa yang jelas, keluarga ini bahagia mengikut caranya tersendiri. Biarpun rumah kecil dan serba kekurangan, namun itulah ‘syurga’ buat keluarga ini.

IKLAN

Ikuti perkongsian beliau.

Kini Trending: Rupanya Bukan Calang-Calang Yang Mulakan Kempen Bendera Putih Ini, Rupanya Aktivis Masyarakat Yang Prihatin. 

Takpe Rumah Sempit Asal Rumah Sendiri, Ada Rezeki Lebih Besarkan Lagi. Rumah Keluasan 20 X 20 Ini Tarik Perhatian Warganet.

Rumah kecil kami sekeluarga, keluasan 20×20, amik masa hampir 2 tahun untuk siap sepenuhnya. 1 bilik dan 1 bilik air. Dari buat beam, ratakan tanah 10 lori tanah 3 tan, angkat tiang, ikat bata, buat berdua dengan suami,.kecuali part last ikat bata bilik dan buat bilik air, plasta bahagian dalam dan lantai upah orang. 

IKLAN

Takpe Rumah Sempit Asal Rumah Sendiri, Ada Rezeki Lebih Besarkan Lagi. Rumah Keluasan 20 X 20 Ini Tarik Perhatian Warganet.

Baru duduk lebih kurang 4 bulan, masih lagi tiada bekalan elektrik ( kami guna lampu solar), air guna tubewell pun korek sendiri berdua dengan suami.

Alhamdulillah rasa seronok sangat dapat duduk rumah sendiri, walaupun kecil namun sangat selesa untuk kami 5 beranak.

Dapat bantuan NGO 

Takpe Rumah Sempit Asal Rumah Sendiri, Ada Rezeki Lebih Besarkan Lagi. Rumah Keluasan 20 X 20 Ini Tarik Perhatian Warganet. Takpe Rumah Sempit Asal Rumah Sendiri, Ada Rezeki Lebih Besarkan Lagi. Rumah Keluasan 20 X 20 Ini Tarik Perhatian Warganet.

IKLAN

Saya edit sedikit.
Sebahagian dari bahan binaan kami dapat sumbangan dari hardware, masa tu kami dah bina separuh, kemudian ada NGO datang melawat (saya ada 3 anak istimewa, seorang dah meninggal awal tahun lepas), dengan bantuan ngo kami dapat sumbangan bahan binaan.
Total kos ( termasuk bahan binaan yang di sumbangkan) dalam 15k untuk siapkan rumah ni.

Sumber: Ina Mat Isa

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Takpe Rumah Sempit Asal Rumah Sendiri, Ada Rezeki Lebih Besarkan Lagi. Rumah Keluasan 20 X 20 Ini Tarik Perhatian Warganet.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI