Siapa yang tak kenal Taman Tema Legoland Malaysia yang terletak di Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor. Sebagai taman tema yang sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu atau cuti umum, Legoland Malaysia Resort yang menampilkan segmen utama seperti taman tema itu sendiri, taman air, akuarium sea life dan hotel.

Bagi yang pertama kali menjejak kaki ke sini, segmen taman tema yang wajib diterokao oleh anda dan seisi keluarga. Mana taknya taman tema menawarkan lebih daripada 40 permainan dan tarikan yang merangkumi lapan bahagian iaitu The Beginning, LEGO® Technic, LEGO® CITY, LEGO® Kingdoms, Miniland, . Imagination, Land Of Adventure dan Lego Ninjago World. Yang pasti taman Tema LEGOLAND Malaysia Resort memberikan keriangan buat anak-anak.

Bayangkan sebaik sahaja melangkah ke sini, pengunjung bakal merasaikan menjadi seorang Kesatria yang penuh keberanian, bertemu dengan lanun yang penuh semangat, menjelajahi tanah purba, atau malah dibawa ke seluruh dunia hanya dalam beberapa langkah sahaja. Memasuki taman tema ini bagaikan anda berada di dunia lain! LEGOLAND Mala ada sesuatu menarik untuk seluruh keluarga!

8 BAHAGIAN WAJIB TEROKAI

1.The Beginning

Bersedia untuk memulakan keseronokan! Pintu Masuk adalah permulaan segala yang mengagumkan. Di sini adalah tempat di mana anda dan keluarga mendapat tiket masuk dan pass tahunan. Kakitangan LEGOLAND® dengan senang hati akan menjawab sebarang pertanyaan atau memberikan bantuan.

2.LEGO® Technic

Ruangan ini terdapat enam bahagian iaitu PLANET LEGOLAND®, Aquazone Wave Racers buat yang suka main air. Siap sedia apabila bom air meletup di sekeliling apabila disebabkan oleh orang yang lalu. The Great LEGO® Race pula seronoknya apabila naik roller coaster dengan teknologi realiti maya (VR) dan permainan Technic® Twister dengan kelajuan pusingan yang menyeronokkan. LEGO® MINDSTORMS dan LEGO® ACADEMY pula untuk membangunkan minda dan menggembirakan deria dalam persekitaran yang sepenuhnya berhawa dingin.

3.LEGO® CITY
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di sini seperti anak-anak dapat belajar memandu di
Driving School, LEGO® City Airport menjadi juruterbang cilik, LEGOLAND® EXPRESS menaiki keretapi sambil melihat keindahan kawasan sekitarnya, Boating School pula menjadi kaptain muda mengemudi bot! Kawasan wajib pergi adalah ruang Lego City Stage yang memaparkan pementasan LIVE lego Ninjago! Anak-anak pasti teruja!

4.LEGO® Kingdoms Taman Tema LEGOLAND Malaysia Resort Tawar Lebih 40 Permainan Untuk Seisi Keluarga
Memasuki ruang ini, anda dan anak-anak bagaikan berada di dalam sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, kemunculan watak Dragon menjadi daya penarik ruang permainan ini. Ia termasuk roller coster ‘The Dragon’ yang mencabar rasa ketakutan anda. Ruang pentas (castle stage) untuk melihat persembahan ‘Diraja’ istimewa.

5. Miniland
Miniland adalah sebuah ruang yang luas memaparkan rekabentuk bangunan pilihan yang dibina menggunakan lego. Sungguh kagum! Antaranya Miniland Putrajaya, Miniland Brunei, Miniland Combodia, Miniland Pirate. Melalui kawasan ini memberikan pendedahan kepada anak-anak mengenai rekabentuk bangunan-bangunan luar negara sekali gus memberikan pembelajaran buat mereka.

6. Imagination

Taman Tema LEGOLAND Malaysia Resort Tawar Lebih 40 Permainan Untuk Seisi Keluarga

Ruangan ini penuh dengan aktiviti keriangan untuk anak-anak seperti menonton filem pendek dalam format 4D. Juga jangan lepaskan peluang untuk aktiviti membina, perlumbaan, dan aktiviti memanjat menguji kesabaran anak-anak.

7. Land Of Adventure
Melangkah masuk ke bahagian ini ini dengan tema ala Firaun dan dinosaur. Tapi berwaspada! Anda tak pernah tahu apa yang menanti di hadapan! Dino Island menyaksikan perjalanan bot yang mendebarkan. Lost Kingdom Adventure pula perjalanan mencaru harta karun. Jangan lupa pula mencuba bettle bounce. memang menyeronokkan!

8. Lego Ninjago World
Ruangan ini menjadi ruangan popular anak-anak. LEGO® NINJAGO™ The Ride ialah permainan pengembaraan gelap 4D yang begitu mengasyikkan. LEGO® NINJAGO™ The Ride, menjadi daya tarikan berteknologi tinggi. Permainan baru ini membolehkan anak-anak dan ibu ayah menggunakan tangan untuk melontarkan petir, mencetus gelombang renjatan, menghamburkan ais dan menembak bebola api dengan tahap ketepatan yang tinggi.

Jom apa lagi, datang ke sini bercuti bersama keluaraga.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI