Solat adalah amalan yang dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT. Di samping itu,kita semua digalakkan untuk melakukan solat taubat. Namun, untuk melakukan amalan ini kita perlu tahu cara yang betul. Sebagaimana yang dijelaskan oleh penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi persoalan yang ditanya di facebooknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BACAAN SOLAT TAUBAT
SOALAN :
Surah apakah yang perlu kita baca selepas baca fatihah pada solat taubat dan apakah doanya?
JAWAPAN :
Selepas membaca fatihah ketika mengerjakan solat sunat taubat adalah harus membaca sebarang surah yang dia suka.
Dan kata setengah ulamak afdhal dia membaca surah Al-Imran ayat ke 135 dan 136 kerana hadith Sayyidina Abu Bakar r.a. yang diriwayatkan olih Abu Daud dan Tirmizi.
Sebarang doa bolih di baca selepas menunaikan solat sunat taubat dan yang paling afdhal ialah doa yang mengandungi maksud memohon ampun kepada Allah atas kesalahannya itu.
IKLAN
Dari Abu Darda’ r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda :
من توضأ فأحسن الوضوء ثم قام فصلى ركعتين أو أربعا، مكتوبة أو غير مكتوبة، يحسن فيهن الركوع والسجود ثم استغفر الله غفر له
Artinya : ”Siapa yang berwuduk dan dielokkan wuduknya itu kemudian berdiri ia sembahyang dua rakaat atau empat rakaat wajib atau sunat dan rukuk dan sujud ia dengan sempurna kemudian meminta keampunan kepada Allah nescaya akan diampunkan baginya.”(Riwayat At-Tabarani)
wallahua’lam
TAMBAH DOA DALAM SOLAT
IKLAN
SOALAN :
Antara tempat yang digalakkan berdoa di dalam solat ialah didalam sujud dan ketika membaca tahyat akhir sebelum salam.
Soalan saya adakah boleh kita menambah doa selepas membaca doa dari Nabi dengan doa kita sendiri seperti meminta anak-anak lulus dalam peperiksaan?
JAWAPAN :
Doa yang paling afdhal dibaca olih seorang samada di dalam solat atau diluarnya adalah doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith.
Akan tetapi harus seorang itu berdoa dengan selain doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith yaitu apa sahaja doa yang dia suka sekalipun meminta perkara yang berkait dengan dunia dengan syarat dalam bahasa arab.
IKLAN
Berkata Imam Nawawi :
ولا يجوز ان يخترع دعوة غير مأثورة ويأتى بها العجمية بلا خلاف وتبطل بها الصلاة بخلاف ما لو اخترع دعوة بالعربية فانه يجوز عندنا بلا خلاف
Artinya : “Dan tidak harus membuat doa yang bukan terdapat dalam Quran dan sunnah dan membacanya dengan selain bahasa arab tanpa khilaf dan batal solat dengan sebab membacanya. Tetapi jika dibuatnya doa dalam bahasa arab maka hukumnya adalah harus disisi kami tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulan
Harus membaca sebarang doa di dalam solat samada doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith atau doa-doa yang lain.
Tidak boleh membaca doa yang bukan bahasa arab didalam solat dan jika dibacanya maka ia membatalkan solat.
wallahua’lam
*Boleh tambah doa dalam bahasa melayu tetapi dalam hati ketika sujud.
Setiap ibu bapa tentunya inginkan anak yang cemerlang serta menjadi anak soleh dan solehah. Oleh itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk anak menjadi seorang muslim yang bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat. Mengikut perkongsian puan Puan Cahaya Norhaini Sulaiman setiap ibu bapa perlu mendidik anak mencintai Al-Quran sejak kecil. Terdahulu dalam perkongsian lain beliau menasihati bahawa jika ada pasangan atau anak-anak yang belum dibukakan hati untuk membaca Al Quran, jangan perli, jangan kritik dan jangan tunjuk bagus.
Katanya, untuk keluarga yang nak mula mencintai Al-Quran sediakan ruang yang selesa dalam rumah untuk “menikmati” kalam Allah. Sebaik-baik ajakan dengan akhlak mulia dan tunjuk tauladan yang baik. Serta doakan Allah pilih kita semua.
Selanjutnya ikuti perkongsian ibu ini. Moga kita semua menjadi ibu bapa yang mendidik anak mengenal al-quran sejak kecil dan menjadi kitab
Bagaimana melahirkan anak pecinta Al Quran? Saya dalam bab parenting masih kurang ilmu, jadi senantiasa dahagakan ilmu dari Expert. Ilmu ini saya dapat daripada Guru merangkap sahabat alquran saya Puan Siti Aminah Sulaiman (Min) sewaktu menghadiri Kelas Hafazan Anak Kecil satu waktu dahulu. Kini Puan Min melancarkan FB QuranicParenting. Sila Follow banyak ilmu yang sangat bagus.
Ya Allah luaskan rezki Puan Min sekeluarga dunia akhirat, sayanginya, rahmatinya dan ampuni segala dosa-dosanya dan keluarga. Amin Amin Ya Rabb;
Ilmu yang dikongsikan oleh Puan Min adalah hasil pengalaman beliau melahirkan anak-anak syurga huffaz antaranya anak beliau yang sulung Muaz kini ada lebih dari 7 juzuk Alquran di dalam dada pada usia yang masih kecil, Alhamdulillah. Ya Allah permudahkanlah kami juga melahirkan anak-anak huffaz pecinta alquran
KUNCI RAHSIA ANAK PENCINTA AL-QURAN
1) Paling PENTING dan utama adalah DOA DOA DOA, dari Ibu dan Ayah.
Jangan berputus asa dalam berdoa. Teringat saya doa Nabi Zakaria sewaktu Allah hadiahkan kelahiran Yahya, apa kata Nabi Zakaria? Tulang belulangku sudah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban (sangat tua), tetapi aku masih tidak berputus asa berdoa kepadaMu (Surah Maryam:4)
2) Anak belajar melalui “PEMERHATIAN” (observation)
Jika kita mahu anak cinta alquran, kita dahulu perlu cintalalquran. Jika kita mahu anak membaca / menghafaz alquran, kita buat BERSAMA-SAMA dengan mereka. Ok yang ini selepas kelas Alhamdulillah kami telah apply kan teknik ini.
Contoh:
Sewaktu tasmik Surah An-Nas (contohnya); bergilir-gilir satu ayat anak, satu ayat ibu atau ayah. MasyaAllah anak-anak saya sangat seronok berlumba-lumba. Paling best apabila Kakak Humaira’ yang sudah menghafaz surah panjang-panjang, apabila buat teknik ini dia yang seronok seperti menjadi cikgu Alquran . Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
3) Role Model
Bagi anak-anak kecil Role Model mereka adalah Ibu Bapa. Apa yang ibu bapa suka lakukan, yang itu yang mereka akan tiru / buat. Cerita pasal Role Model, di London tempoh hari saya mahu memberi satu baju, kakak in the other hand nak juga baju dan corak yang sama. Allah ? Sungguhlah ibubapa memang role model anak-anak syurga. Allahu Akbar, yang ini saya perlu banyakkk berusaha lagi
4) Selain Ibubapa, anak kecil lebih suka menjadikan anak kecil yang lain sebagai Model mereka.
Contoh: Saya suka bacaan Imam Misyary, tetapi bagi anak kecil Imam Misyary ini terlalu jauh dengan mereka. Jadi di dalam Kelas, Puan Siti berkongsi model huffaz untuk dijadikan contoh ikutan: Boleh lihat di Youtube
1) Model Cilik Lelaki – Adik Muhammad / Musa 2) Model Cilik Perempuan – #QuranwithMaryam / Kaisa
5) Teknik Auditory
Seawal usia berapa tahun kita boleh mula mengajar Alquran kepada anak kecil? Menurut Puan Min, sedari Baby dalam kandungan. Apabila Baby sudah dilahirkan, gunakan teknik Auditory iaitu teknik mendengar. Pecahkan perkataan menjadi 1/ 2 atau maksimum 3 suku kata sahaja.
Contoh:
QulhuwaAllahu Ahad,
Pecahkan menjadi- Qul (1 suku kata) Huwallah (3 suku kata) sehingga habis. Seawal usia 1 tahun 6 bulan, boleh meminta anak kecil tadi keluarkan kembali apa yang telah didengari / dan dipelajarinya sebelum ini.
Yang ni ibubapa perlu rajin (cakap pada diri saya sendiri sebab masih struggling).
Suruh mereka bercakap perkataan tersebut walaupun pelat.
Contoh: Baby Yusuf Al Hafiz sewaktu baru berusia 12 bulan, Alhamdulillah sudah dapat keluarkan perkataan “Awwah babak, lalalalaa (perkataan dalam bahasanya)” = Allahu Akbar, Asyhadu Alla illa haillallah
Teknik Auditory sesuai kepada Anak Kecil yang masih tidak pandai membaca (1-6 tahun)
Teknik Auditory adalah teknik yang powerful, teknik yang diajarkan Jibrail kepada Nabi yang Mulia Nabi Muhammad SAW
6) Kenali Cara pembelajaran Anak
a) Auditory b) Visual c) Kinesthetic
Ibubapa perlu sangat kreatif
7) Lain anak lain kemampuan, tidak sama. Enjoy & embrace the journey tak perlu terlalu rushing.
8 ) Salah satu cara untuk entice menghafaz sesuatu Surah adalah buat storytelling kenapa surah itu diturunkan dan penceritaan dalam surah tersebut
9) Jika kita tidak mampu, cari Guru yang ahlinya untuk mengajar anak kita. Itu yang dibuat oleh kedua ibubapa kepada adik Muhammad, kedua ibubapanya bekerja tetapi mencari guru yang Alim untuk anak kecil itu.
Dikongsikan juga dalam Kelas, apabila guru tersayang meninggal dunia, role itu diambil kembali oleh ibubapanya.
Allahu Akbar, mendengar cerita Puan Min, terdetik sangat hebat ibubapa yang berniat dan mahu melahirkan anak-anak #pecintaalquran. Banyak yang perlu dibuat dan dikorbankan.
Kalian memang insan terpilih!
Cukup setakat ini dahulu, dalam Kelas Puan Min terdapat banyak sangat ilmu, sangat details dan banyak lagi yang dikongsikan seperti beliau tunjukkan cara pembelajaran anak kinest dan banyak lagi teknik-teknik lain yang dikongsikan.
Saya sangat recommended kepada yang beginner seperti saya yang baru nak belajar cara untuk menjadikan anak kecil huffaz, belajar dari yang telah berjaya seperti Puan Min.
Didoakan perkongsian ini bermanfaat.
Astagfirullah hal azim, wa atubu ilaih, Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad
Nota: Gambar Abang Muhammad Amir Hazieq sewaktu usianya 7 tahun mohon izin mahu solat di Kedai Makan, Allahu Akbar, nikmat Allah yang manakah yang mahu saya dustakan?
Ya Allah, kurniakan kepada kami dan zuriat keturunan kami orang yang sukakan solat. Ya Allah perkenankanlah doa kami. (Doa Nabi Ibrahim dalam Alquran)
Bagi Shila Amzah, biarpun masih tidak banyak perkataan yang dikeluarkan oleh anaknya, Seth Uwais namun dia amat bersyukur dan begitu berbangga melihat perkembangan anaknya itu setiap hari.
Menerusi Instagramnya, Shila turut memuat naik video Seth yang sedang bermain dan menyebut beberapa perkataan ketika leka bermain.
“Seth perlahan-lahan makin nampak kemajuan dalam percakapannya.
“Dia sudah boleh sebut 50 patah perkataan sekarang. Dia cuba yang terbaik untuk kejar pencapaiannya tapi saya tak pernah berbangga seratus peratus,” ujar Shila dengan nada teruja tatkala berkongsi perkembangan anaknya itu.
Berbanding awal tahun lalu, Seth sudah semakin baik dalam percakapannya. Dan inilah yang membuatkan hati Shila tersentuh melihat pencapaian anaknya.
“Tanpa sebarang perkataan sehingga Januari 2022, kini dia dah boleh sebut perkara asas seperti nombor, warna, bentuk, susu, tidur..Brb,saya menangis 😭 #speechdelay #toddler,” ungkap Shila lagi.
Terbaru, Shila berkongsi tentang perkembangan anaknya itu selepas berjumpa dengan pakar.
Cuba teka ni lagu apa ? Haha😂
Ramai orang tanya pasal seth punya speech delay..
He will be 3 years old in 31st of august.
I was told that he has sensory issues Sebab tu nak reach all the milestones macam budak2 lain seth agak lambat dalam setahun lebih..
Siapa2 yang tanya utk pergi therapy tu, therapist takkan terus suruh buat speech therapy dulu..akan start the occupational therapy dulu then Baru speech therapy.
Siapa2 yang ada therapy centre dekat2 dengan rumah masing2 boleh suggest kat bawah ni k ❤️ so we can share information sama2 dengan all mommies.
Masa sha pergi check kat HUKM , doctor kata seth ada suspicion of autism, and that was 6 months ago.
Honestly, environment sangat memainkan peranan yang penting..
Bila tiada lagi anasir yang mengganggu tumbesaran dia , in sha Allah kita just kena sabar..
Seth went from no eye contact, kita cakap pun dia taknak layan..always in his own world ..Tak suka physical touch..
Now clingyyy cuddly, Alhamdulillah ☹️
Kalau screen time sha suka bagi dia tengok Ms rachel kat YouTube❤️ and sha dah beli trampoline semalam..hopefully it will be able to help seth further juga.