Pokok daun sup ni wajib ada di setiap rumah. Memang tidak sah kalau ketika keluar membeli barangan dapur anda tidak membeli daun sup sebagai penambah rasa dan hiasan dalam masakan terutama masakan sup.
Tidak nafikan ada yang tanam daun sup tidak menjadi dan tidak subur. Akhirnya ada yang mengambil keputusan untuk membeli aje di kedai.
Namun hakikatnya jika di tanam di halaman rumah pastinya daun sup lebih segar, siap boleh buat ulam lagi. Banyak khasiatnya! Awet muda lagi!
Apa kata ikuti petua puan Yan TieYasin menerusi group Berkebun Untuk Beginner cara menanam daun sup yang mudah. Namun katanya, jika tak menjadi, tetap usaha untuk tanam kali kedua dan seterusnya. Katanya lagi, kena banyak kali mencuba. Beliau sendiri, setelah percubaan pertama gagal, tapi percubaan kedua baru menjadi!
Ikuti lanjut perkongsiannya.
Ads
_____________________
Pokok daun sup, tanam dari keratan batang/akar. Tanam x hidup sudah bnyk kali. Kene cuba dan cuba lagi… Yg ini kali kedua tanam dan hidup.
INI CARANYA, MUDAH AJE! Keratan batang tu rendam bahagian akar sahaja. Lebihan batang yang tak berdaun buang dari pangkal pokok.
Ads
Dah keluar akar baru baru pindah ketanah/pasu. Tanam bahagian akar sahaja. Letak di tempat redup.
JANGAN LUPA LETAK BAJA!
Pokok dah stabil saya letak baja NPK 16,16,16 . Tak perlu siram bnyk air. Sekadar basah/lembab sudah cukup utk elak akar busuk dan btg reput
Ads
Nasihat: Kdg kene cuba berkali-kali baru hidup. Cuba dan cuba.
Kelahiran anak dalam sesebuah keluarga sememangnya begitu dinantikan. Penghujung tahun 2017 membariskan ramai artis yang menerima kelahiran anak dalam hidup mereka.
Ada yang menyambut kelahiran anak pertama, tak kurang juga kelahiran kedua dan ketiga. Menariknya nama anak-anak selebriti kita ini semuanya sedap belaka. Jom kita intai kelima-lima selebriti ini.
1. Hafiz Suip
Hafiz Suip yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 31 Disember lalu menamakan bayi lelakinya dengan nama Muhammad Riyadh Zafri Bin Mohd Hafiz. Sedap namanya. Hafiz dan isterinya, Nureffy yang mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 ini mengucapkan rasa syukur pada Allah atas kurnian ini.
2. Ramona Zamzam
Ramona Zamzam melahirkan puteri sulungnya pada 7 Disember tahun lalu. Selepas sebulan melahirkan, Ramona tampil memperkenalkan nama bayi perempuannya yang
cukup indah iaitu Ivanna Alashkar.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Ramona berkongsi video saat pertama kali menatap wajah anaknya selepas selamat bersalin. Tersangatlah comel. Secantik dan seindah namanya.
3. Jovian Mandagie
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie memilih nama Jeanelle Nika Mandagie untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 1 November lalu. Selain itu, Jovian dan isterinya Nina Ismail Sabri juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @princessmandagie yang kini memiliki lebih 75,000 pengikut. Kini si comel Nika makin montel dan buat pengikutnya geram melihatnya.
4. Hafidz Roshdi
Humairah Binti Mohammad Hafidz. Itulah nama puteri sulung pelakon kacak Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Humairah, sebuah nama indah yang bermaksud putih kemerah-merahan.
5. Zizie Izette
Pelakon Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula memilih nama Adam dan Alif untuk bayi kembar mereka.
Walaupun masih belum menamakan sepenuhnya kedua bayi kembar ini, namun nama Adam dan Alif telah pun dipilih lebih awal sebagai nama permulaan pasangan ini. Bayi kembar yang dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur ini sememangnya dinantikan pasangan ini.
6. Fizo Omar
Menantikan kelahiran cahaya mata lebih 4 tahun lalu, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim menamakan puteri sulung mereka dengan nama Wan Maryam. Ringkas namun cukup indah.
Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) dengan kapsyen berbunyi, “Assalamualaikum auntie uncle semua, nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol. Secantik ibunya.
7. Eira Syazira
Pelakon Azad Jazmin dan isterinya Eira Syazira menamakan anak ketiga perempuan mereka dengan nama Areisya Suri Rose. Anak ketiga mereka ini dilahirkan pada 2 Januari lalu. “Assalamualaikum Salam 1 Malaysia, memperkenalkan My 3rd Girlfriend Areisya Suri Rose,” tulis Azad di instagramnya.
Sedap nama-nama anak selebriti kita. Maksudnya juga indah-indah belaka. Moga anak-anak ini menjadi puteri putera soleh dan solehah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew di lihat menerusi kemas kini di akaun Facebooknya memaklumkan seorang ayah kepada lima orang anak yang dikenali sebagai Ikhwan sedang menjalani kuarantin di rumah sementara isterinya dan seorang anaknya berusia sebulan menerima rawatan di hospital.
Menurut beliau lagi, keadaan itu menyebabkan Ikhwan terpaksa menjaga anak-anaknya walau sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ikhwan telah disahkan positif covid dan sedang dikuarantin dirumah. Ketika dia bercakap dengan saya, terasa betapa risau dan kusut dirinya. Isteri dan bayi berusia sebulan telah dimasukkan ke hospital, tinggallah dia bersama 4 orang anaknya yang masih kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun dirumah. Tiada siapa pun yang dapat membawa anak-anaknya ke klinik untuk ujian calitan Covid pagi esoknya.
“Saya amat terkejut bila mendapati pesakit covid yang sepatutnya dikuarantin, tetapi harus bergerak ke sana sini dirumahnya untuk menjaga keperluan anak-anaknya, termasuk memberi makan bayi berusia setahun kerana tiada orang dewasa lain dirumah.
“Banyak perkara perlu saya selesaikan dalam jam-jam berikutnya. Saya perlu segera menguruskan ambulans untuk membawa anak-anak ini membuat ujian calitan kerana tiada sukarelawan yang sanggup membawa mereka ke hospital atas sebab keselamatan.
“Jika tiada ambulans, saya sendiri perlu membuat ujian calitan kepada semua anak-anak dirumah ini seperti yang disyorkan Klinik Kesihatan.
“Ikhwan sememangnya tidak perlu berada diposisi ini untuk menjaga anak-anaknya. Saya terpaksa menguruskan permit perjalanan untuk ibunya di Puchong ke Wangsa Maju untuk membantunya. Seterusnya, rumah juga perlu disanitasi. Setelah melalui banyak kesukaran, akhirnya semua selesai,” menurutnya dengan panjang lebar.
Keadaan Semakin Serius
Yee Kew menjelaskan lagi, “Pagi ini, saya dan pembantu datang ke rumahnya dengan memakai PPE penuh, lengkap dengan pelitup muka, kit ujian calitan covid. Ketika dalam perjalanan, saya diberitahu, keadaan Ikhwan bertambah serius. Dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan berasa lemah serta tertekan.”
“Saya katakan kepada Ikhwan, bertenang! Semuanya akan baik-baik sahaja.
Nasib baik, pasukan sanitasi tiba tepat pada masanya dan ambulans juga sampai serentak.
“Selesai proses sanitasi rumah, Ikhawan dan anak-anaknya sudah sedia untuk ke hospital dengan ambulans,”katanya lagi.
Mohon Doakan
Yee Kew juga mohon agar kita semua sama-sama mendoakan agar keluarga ini segera sembuh.
“Marilah kita sama-sama doakan, kesembuhan yang cepat kepada keluarga Ikhwan. Saya menantikan saat untuk berjumpa dengan anak-anak perempuannya yang comel dan membesar dengan kuat dan sihat!
“Inilah kehidupan seorang ahli parlimen ketika pandemik!,” kongsinya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kotoran yang melekat pada pakaian putih terutama baju sekolah anak-anak memang memeningkan kepala para ibu. Jika sering menggunakan peluntur, warna pada baju itu pudar dan lebih kronik lagi baju mudah reput. Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?
Ikut 8 Tip ini jika mahu mengembalikan warna putih pada kemeja atau baju anak-anak. Jom cuba sama-sama:
1. Asingkan Daripada Pakaian Lain
Elak cuci baju putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar kerana ia boleh mempengaruhi pakaian berwarna putih. Akibatnya baju putih nampak seperti kusam.
2. Asingkan Ikut Material
Meskipun sudah diasingkan yang berwarna putih, sekali lagi perlu pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material iaitu:
– Acetates boleh digabung bersama acrylics
– Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
– Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
– Delicate perlu dicuci tangan
3. Rendam Dalam Air Suam
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih. Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.
4. Guna Jus Lemon Atau Cuka
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian
5. Periksa Mesin Basuh
Pastikan mesin basuh bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
6. Elak Cuci Dengan Air Sejuk
Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok. Elak cuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian.
7. Jauhi Klorin
Bahan kimia seperti chlorine bleach boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning.
8. Elakkan Matahari Terik
Elak gantung baju putih di tempat yang redup, jauh daripada cahaya matahari terlalu terik kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam. Selalulah jemur pakaian putih direct di bawah sinar matahari, kerana sinar matahari terbukti mampu mencerahkan warna putih, dan bonusnya adalah memberi aroma segar pada pakaian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.