Tanam Bayam Brazil, Triknya Potong Keratan Batang Ukuran 2 Inci!

Share

Memenuhi ruang masa yang terluang kini, apa kata anda mencuba untuk menanam bayam brazil  sebagaimana yang ditunjukkan caranya dengan detail di akaun Tengku Izra Paduka Tuan.

Bila tanamam hidup subur, bolehlah dijadikan hidangan sayur yang menyelerakan untuk seisi keluarga.

Jom semak.

TIPS MUDAH TANAM BAYAM BRAZIL

1) Masukkan sabut kelapa dalam polibeg berukuran 15 x 12. Paras isian cuma 1/2 atau 3/4 daripada ketinggian polibeg.

2) Kemudian, basahkan sabut terlebih dahulu hingga lencun. Jika tidak, benih akan lecur dan rosak kerana panas.

3) Racik batang pokok bayam brazil yang keras sepanjang 2 – 3 inci setiap satu.

4) Masukkan dan susun elok-elok dalam satu polibeg kira-kira 3 – 4 batang racikan tadi.

5) Gunakan baja A (botol kuning) B (botol biru) mengikut aturan bancuhan.

Caranya:

– Isikan air ke dalam baldi. Ambil 5 penutup baja A dan masukkan dalam baldi, kemudian kacau.

– Ambil 5 penutup Baja B pula dan masukkan dalam baldi, kemudian kacau.

– Guna secawan air bancuhan dalam baldi tadi dan siram pagi sekali, petang sekali.

6) Jaga elok-elok. Bacakan fatihah dan sedekahkan kepada pokok tiap-tiap hari. Jangan lupa, bercakap-cakaplah sikit sambil puji-puji pokok dan kebesaranNya.

In shaa Allah menjadi sesuci tangan sejuk pemberian Ilahi!

sumber : Tengku Izra Paduka Tuan

IKLAN