Melihat bunga kertas yang ‘meriah’ bunganya memang cantik, dari kejauhan sudah terlihat serinya di laman rumah. Teringin juga untuk ditanam di dalam pasu untuk penambah seri pokok=pokok yang sedia ada di hadapa rumah. Untuk itu, mengetahu lanjut apakah tip dan rahsianya untuk mendapatkan pokok kertas bukan sahaja berbunga lebat, malah merimbun elok kita ketahui daripada yang berpengalaman. Jom semak perkongsian ini.
“Saya tunjukan cara tanam bunga kertas yang rimbun boleh cuba kat rumah.. silakan share ye boleh sama-sama pandai tanam bunga. Bila
pokok bunga kertas yang sudah hidup kat tempat matahari penuh ya tak mau tempat redup.”-Nano Nursery
Langkah-langkahnya :
1. Tanam dalam bag/ pasu yang sesuai. Saya guna tanah campur. Nak guna tanah lain pon boleh tak kisah.
Ads
2. Letak kayu di tengah-tengah sebagai sokongan 3. Naikan pokok ke atas lilit pada kayu
4. Ambil tali dan ikat pada bahagian bawah
5. Bila bunga dah habis gugur potong ranting pokok. Biarkan togel macam ni
Ads
6. Lepas trim mesti bubuh baja tinja tayam untuk tumbesaran pokok. Baja tayam campur baja 12+12 ( mcm dlm gmbr) gaulkan sekali pon tak apa baja tu. Pakai baja bunga kat kedai tu pon boleh jugak tapi mesti campur dengan baja tinja ayam. Lepas baja mesti siram ye bagi baja merasap ke tanah. Jika tak hujan hari-hari kena siram ye.
Ads
8. Pokok akan bertunas baru dan keluarkan bunga. Tengok tunas banyak kuarkan. Kena rajin potong/ trim dan baja. Bbaja pokok 2 minggu sekali dan ulang lagi proses tadi bila bunga dah gugur ye. Nanti pokok akan jadi macam ni
Tenang dan tabah tatkala berkongsi kejadian rumah lenyap ‘ditelan’ banjir membuatkan ramai yang kagum dan terharu dengan silap Ebby Yus.
Nasib rumah pelawak terkenal ini yang 90% sudah siap nyata tidak begitu baik apabila lenyap dibawa arus deras walaupun tinggal 10 % sahaja lagi bakal disiapkan.
Berkongsi cerita menerusi program Meletop baru-baru ini, Ebby Yus kelihatan tenang bahkan boleh ketawa ketika membuka cerita keadaan rumahnya Itu. Manakala pengacara program berkenaan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sudah bergenang air mata.
Dia sebelum Itu sempat singgah ke rumahnya untuk meninjau kerja-kerja pemasangan wallpaper dan kemudian mendapat panggilan dari seorang ustaz mengajaknya menyertai kerja kebajikan ke Kuala Kapar.
Ketika dalam perjalanan, dia mendapat panggilan daripada tukang buat rumah memaklumkan keadaan air yang mulai naik dan rumahnya yang sedikit senget akibat arus deras
Namun, tidak lama selepas itu, Ebby Yus sekali lagi menerima panggilan dalam suara sebak memberitahu rumahnya sudah habis dihanyutkan banjir.
Reaksi tenangnya disambut dengan tangisan daripada dua orang pengacara yang begitu sebak mendengar apa yang menimpa pelawak tersebut.
Dalam sekelip mata sahaja, dia mengalami kerugiaan RM200,000 dan rumah impiannya sejak berpuluh tahun bergelar anak seni hilang sekelip mata tanpa sempat dihuninya.
Ebby Yus jujur mengakui yang dia reda dengan ujian daripada Allah S.W.T.
“Rumah orang lumpur masuk, orang bersihkan. Rumah saya masuk dalam lumpur, jadi nak bersihkan apa pun saya tak tahu,” ujar Ebby Yus sambil tertawa kecil.
Rasanya kebanyakan orang ada pasang pemanas air kat rumah kan? Paling tidak, mesti pernah guna terutamanya ketika menginap di hotel. Betul tak?
Siapa sangka, alatan yang kerap sekali kita guna setiap pagi tu boleh membawa maut. Seperti yang terjadi pada gitaris profesional, Wan Radzie Wan Othman atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen, meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berpunca daripada alat pemanas air, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kakak gitaris berusia 30 tahun itu, Wan Nazira turut terbunuh.
Kejadian dipercayai berlaku ketika wanita berusia 32 tahun berkenaan sedang memandikan anaknya sebelum tiba-tiba terkena renjatan elektrik.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah “terdapat dua mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 30-an terkena renjatan elektrik, selain seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah”
BAHAYA WATER HEATER ELEKTRIK
Berikut merupakan antara risiko yang terdapat pada water heater elektrik yang mungkin kita tidak tahu;
Renjatan elektrik
Sebelum anda menggunakan water heater elektrik, pastikan semua kabel unit pemanas elektrik sudah tersambung dengan baik dan betul. Terutama pada bahagian heater dan paipnya kerana alat ini diperbuat daripada tembaga dan anda mungkin terkena renjatan elektrik jika terdapat kebocoran pada mesin. Untuk mengelakkan ancaman ini, anda boleh memasang anti-kontak pada pemanas air anda. Hidupkan enjin selama kira-kira 15 minit sebelum anda menggunakannya dan jangan lupa mematikannya apabila selesai.
Cara pemasangan
Cara memasang pemanas air mesin sememangnya lebih mudah daripada pemanas air gas yang memerlukan anda memotong dinding hanya untuk menggantung mesin. Di sinilah kebanyakan orang melakukan banyak kesalahan. Secara umum, pemanas air elektrik tidak memerlukan bit gerudi 6 mm untuk melubangi dinding dan memasang penyokong mesin. Tetapi untuk kebaikan bersama, ternyata langkah ini diperlukan agar mesin pemanas tidak mudah rosak dan menyusahkan pengguna, terutama mereka yang menggunakan pancuran mandian. Pasang mesin pemanas menggunakan penyangga pemanas air gas yang lebih berkualiti.
TANDA-TANDA WATER HEATER ELEKTRIK ROSAK
Faktor lain yang menyebabkan kegagalan pemanas air adalah tanda kerosakan yang diabaikan oleh pemilik rumah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah ciri-ciri pemanas air yang rosak:
1. Air yang keluar keruh
Sekiranya air yang keluar dari pancuran mandi anda kelihatan keruh, matikan mesin pemanas dengan cepat dan elakkan menggunakannya dalam masa terdekat. Uji juga bau air, jika berbau amis, maka kesalahannya ada pada paip utama mesin pemanas. Segera hubungi pembaik pulih terdekat yang memahami cara membaiki paip pemanasan, kerana cara memperbaikinya lebih rumit.
2. Mesin pemanasan mengeluarkan bunyi
Enjin yang berbunyi biasanya menunjukkan bahawa unit pemanasan telah digunakan terlalu lama kerana enapan telah terkumpul di dalam tangki. Enapan yang terkumpul dari masa ke masa akan mengeras dan merosakkan penapis air sehingga mesin berbunyi. Anda perlu menukar kepada mesin pemanas yang baru.
3. Terdapat rembesan air di permukaan water heater elektrik
Kebocoran pada tangki pemanas air! Apabila mesin telah digunakan selama bertahun-tahun atau digunakan terlalu lama dalam sehari, logam di dalam tangki akan mengembang dan menyebabkan keretakan pada mesin. Sekiranya ia retak, anda boleh menggantinya dengan mesin baru tanpa perlu mengganti paip.
Dia diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun. Biarpun reda dan menerima andai diri diduakan, namun penceraian tetap menjadi pilihan bekas suaminya.
Wanita mana yang sanggup memegang status janda. Apatah lagi, lelaki yang diharapkan menjadi pelindung dan tempat berpaut namun kententuanNya, tiada siapa mampu menghalang. Akhirnya ikatan pernikahan terlerai jua di tengah jalan. Pun begitu, usah ditangisi apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Berkongsi kisah hidupnya dengan Majalah Keluarga baru-baru ini, akui Deja Moss atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, biar diduga dengan perpisahan dengan bekas suami, namun dia kuat untuk bangkit semula.
“Penceraian memberi tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas berpisah, saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Menipu kalau saya kata tidak sedih dan kecewa. Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya.
Namun, sedikit demi sedikit saya cuba saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir. Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja lagi yang sudah 10 tahun mengusahakan Kek Lapis Sarawak.
Kongsi rezeki dengan anak yatim
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Siti Nurdiana sanggup menangguhkan pengajian selama enam bulan demi menjaga ayahnya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat dan hilang penglihatan.