Bagi yang belum pernah mencuba menanam pokok di laman rumah, tentu membayangkan betapa sukarnya bercucuk tanam.

Namun melalui perkongsian daripada Coach Bahar yang sememangnya pakar dalam tanaman cili dan pelbagai tanaman lain, telah berkongsi tips dan info yang sangat berharga untuk anda memulakan langkah- langkah menanam cili hingga dapat dituai hasilnya.

Nak tahu detail ini perkongsiannya.

Menanam cili di tepi rumah

Tip tanam cili dirumah

1. Pilih tempat yang dapat pencahayaan yang baik.

2. Jika tempat redup menyebabkan nanti pokok cili kita tinggi dan berbuah kecil.

3. Anda boleh menanam ditanah atau didalam pasu dan kini ada teknologi fertigasi.

4. Kalau guna pasu 16 x 16 boleh pokok cili hidup 6 bulan. Mediam campuran tanah merah campur tanah hitam dan pasir.

IKLAN

5. Tanaman terus ke tanah mungkin akan bermasalah kerana tanah biasanya tak subur.

6. Jika nak tanam juga terus ke tanah, gemburkan dulu dan rawat dulu tanah dicampur kapur dan ditaburkan dengan baja tahi ayam.

7. Masa memindahkan anak pokok cili adalah antara berumur 3 – 4 minggu.

8. Biasanya saya memindahkan anak pokok cili pada waktu petang. Bukan tak boleh pindahkan anak pokok dipindahkan tengah hari. Takut terkejut dan mungkin anak pokok layu dan seterusnya mati.

9. Masa yang sesuai untuk menyiram pokok cili adalah pada waktu pagi dan petang. Pokok cili hendaklah disiram 2 kali sehari. Tapi jika gunakan sistem fertigasi siraman dibuat secara automatik 4 ke 5 kali sehari.

Biasanya 250 ml setiap kali siraman. Bermula jam 8 pagi dan selang dua jam. Ianya bergantung pada saiz pokok dan cuaca.

IKLAN

10. Jangan ditanam pokok pada lopak yang bertakung. Jika air luar terlalu banyak mungkin menyebabkan kulat.

Tanam Cili Tepi Rumah Nak Pastikan Subur, Ada 20 Tips A To Z Boleh Follow!

11. Jika gunakan pasu atau polybeg. Kayu pancang perlu dipasang lebih awal supaya akar tidak rosak jika dibuat pada umur matang.

12. Kayu pancang dibuat adalah mengelakan pokok tumbang bila berbuah lebat.

13. Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam dalam masa pembasaran pokok. Jika gunakan baja kimia kena ikut sukatan. Jika terlalu lebih pun mungkin pokok akan mati.

14. Jika dibuat secara manual, pembajaan dibuat 2 minggu sekali.

IKLAN

15. Jika ada semut mungkin merosakan pokok. Biasanya white fly juga akan membantutkan pembesaran pokok. Jika gunakan baja organik saya suka campuran air dengan bawang putih.

16. Jika musim hujan, pokok perlu kerap diracun. Racun untuk mencegah bukan untuk mengubat.

17. Waktu paling sesuai untuk meracun adalah waktu magrib.

18. Cili matang bila 70% cili berkilau dan berwarna merah. Waktu paling sesuai untuk memetik adalah selepas 9 pagi keatas kerana embun sudah kering.

19. Jangan biar cili basah. Jika nak disimpan lama keringkan cili dulu.

20. Jika buah telah dipetik, baja perlu cepat diberikan pada pokok semula.

Sumber : Coach Bahar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI